sejuk....sejuk menggigit jasad.
bunyi danbou buat telinga ku sakit. Tandanya toyou sudah tidak cukup menggerakkan kipas danbou.
Ohh..perlu cepat di isi minyak ke dalam tangki danbou, kalau tidak alamatnya sejuk kebekuan di bilik sendiri..
Pantas..menekan butang tekanan, minyak di isi sehingga penuh.
Lega...bilik mulai panas.
Duduk menghadap laptop...berfikir sejenak...
Kalaulah manusia bisa mengerti
Nilai tarbiyah pada jiwa manusia, sama pentingnya tangki minyak yang perlu di isi minyak itu.
Kalau lah manusia bisa merasai
Bekunya jiwa tanpa curahan tarbiyah, sama seperti bekunya jasad tanpa panas danbou...
kalaulah....manusia mengerti...kalaulah........
aku yakin, tiada seorang pun di muka bumi ini yang yatim dari 'USRAH'.
ooo..cukup2lah berkata 'kalau'
Wahai manusia yang kesejukan, manusia yang berfuton, manusia yang leka duduk depan danbou
Bangunlah!
Keluar dari kepompong kepanasan itu!
*************************************************************************************
Hari ini hati ingin mengatakan terima kasih yang tak terhingga
Kepada seorang yang sudah tua
Di dalam rahimnya saya menumpang duduk penuh selesa
9 bulan lamanya.
Sudah 23 tahun rupanya, saya keluar dari rahim yang hangat dengan kasih sayang itu.
Syukur Alhamdulillah Ya Allah.
Rahmati ibu yang sudah tidak mampu melihat jelas
Wajah anaknya yang telah terlalu lama meninggalkannya sendiri.
Rahmati dia Ya Allah,
Kasihi dia, seperti mana dia tidak pernah lupa mencurah kasih untuk ku sejak aku kecil.
Ya Rabb..ku impikan thabat sehingga hari2 akhir ku!
danbou dan terima kasih
Wednesday, 23 December 2009
Posted by misoshiru2312 at 20:58 2 comments
Labels: pena dari hati
-
Thursday, 17 December 2009
Penuh angan-angan menghiasi lorong..
Aku pernah tersadung melaluinya..
Bukan aku sendiri,
Tapi ramai jiwa lain lagi..
Ku lipat cermat
Catatan peristiwa tarbiyyah ini,
Bukan mudah melaluinya,
Masih panjang arahnya..
Mampukah thabat sehingga ke hujung sana?
Resah berbaur harapan.
Aku mencari cinta
Itu bekalku
Kerna cinta itu tanah
Di atasnya tumbuh rasa raja' dan khauf..
Yang buat aku selalu rasa bergantung
Yang buat aku tenang walau di goncang
Yang buat aku kecewa setiap kali aku lupa mengingatiNya
kekasih Agung kami,
ku impi Kau mencintai kami
dan ku damba mencintaiMu
Pada Dia,
yang selayaknya di cintai seluruh jiwa,
Terima kasih atas tarbiyyah ini
yang telah membuka lorong jalan menujuMu,
Yang memadam halus catatan silam,
Dan aku sekali lagi,
Takut memulakan harapan.
Tunjuki aku jalan mengemudi harapan ini kepadaMu ya Allah.
-
Posted by misoshiru2312 at 00:54 2 comments
Labels: pena dari hati
DOA
Thursday, 10 December 2009
kepada pemeluk teguh
Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut nama Mu
Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh
cahayaMu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk
Tuhanku
aku mengembara di negeri asing
Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling
13 November 1943
-Chairil anwar
Posted by misoshiru2312 at 13:42 5 comments
Labels: Hikmah
Adik, lagu dan akhawat (bukan matome..hehe)
Saturday, 5 December 2009
Subhanallah..
tersentuh dengan tulisan seorang adik
Aku ingin mencintaiMu
Seronok melihat penulis2 baru yang menghiasi INI CERITA KITA.
Berkobar-kobar semangat mereka ini menulis, penuh dengan perasaan ingin menyampaikan kepada semua, apa yang mereka faham melalui tulisan.
Adik,
Dakwah itu luas..gunalah apa saja medium untuk menyampaikan risalah ini.
Hari ini saya bertemu adik, waktu kyukei sempat dengar lagu2 dalam playlist adik, adik yang seorang ini suka lagu sebiru hari ini , yang seorang lagi suka lagu Menjadi diriku, maka saya taknak ketinggalan, nak juga pilih lagu yang saya suka..hehe..
lagu Aku ingin mencintaiMU tak valid dah, sebab semua yang ke AG baru-baru ini semua sukakan lagu tu..lalu saya memilih lagu Di persimpangan aku berdiri..hehehe...semua tu lagu edcoustic. Masing-masing suka lagu yang berbeza2, mungkin ada mesej dalam lagu itu yang menyentuh hati masing-masing. Dan hari ini, saya dah dengar lagu-lagu tersebut lebih 3 kali..nak tahu apa istimewa sangat lagu tu di hati adik-adik..alhamdulillah I've got the points! habislah adik lepas ni..hehehe...
Di bawah ni just nak share 2 tulisan dari akhawat yang jauh, mesejnya pelbagai, dan tulisan ini buat saya berfikir panjang.
Batu oh Batu!
Di bawah bayangan tarbiyyah
Saya rindu akhawat saya, moga ketemu di Fuyu Gathering 26hb ini!
p/s: Rasa nak menulis, tapi rasa kaku..oo tidak!
Dari akhawat untuk akhawat..
Ya Allah,
Izinkan kami mengerti
Bahawa..
Akhawat itu "HARTA" bagi akhawat..
Posted by misoshiru2312 at 22:25 1 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Sikap Kita
Wednesday, 2 December 2009
Kita sebagai pemegang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.
Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.
Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.
Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya:
"Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".
Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.
Posted by misoshiru2312 at 06:00 2 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Arfah Chang
Friday, 20 November 2009
Arfah..Arfah...
Arfah yang mengerti umminya...
p/s; Kepada semua yang bakal bermusafir, semoga perjalanan dimudahkan Allah. Tidak kira ke Niigata, Nara, Kyoto atau kemana-mana saja anda melangkahkan kaki untuk mencari redha Allah.
Jika tidak diajar dengan perkara-perkara besar, jiwa dan anggota akan terdorong kepada perkara-perkara kecil dan melalaikan.
Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, supaya ia akan benci kepada perkara yang rendah nilainya. Didiklah dirimu dengan perkara agung supaya ia bencikan hal remeh-temeh.
Posted by misoshiru2312 at 16:30 2 comments
Manusia yang faham syahadah..
Thursday, 19 November 2009
Hamidah Qutb..adik beliau menceritakan ketika baru keluar dari penjara;
Ketua penjara menemuiku pada hari 28 Ogos 1966. Beliau menunjukkan kepadaku kertas keputusan hukuman gantung terhadap Sayyid Qutb yang telah ditandatangani oleh Jamal Abdul Naseer.
Ketua penjara menyatakan; "Penggantungan Sayyid Qutb akan membawa kehilangan besar kepada dunia Islam dan dunia amnya. Di hadapan kita hanya ada satu sahaja peluang untuk menyelamatkan Sayyid Qutb dari tali gantung , iaitu dia meminta maaf di dalam TV. Dia akan diampunkan dan ditukarkan kepada penjara beberapa bulan sahaja. Marilah kita menemuinya, moga-moga kita dapat menyelamatkannya.."
Hamidah menceritakan; Lalu aku pun menemui abangku dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh ketua penjara .." Mereka akan mengampunkanmu jika engkau meminta maaf.."
Sayyid Qutb menepuk bahuku sambil berkata; " Aku perlu meminta maaf kerana apa wahai Hamidah? Kerana bekerja untuk Allah? Demi Allah..jika aku ini bekerja kerana pihak lain, nescaya aku akan meminta maaf, tetapi aku tidak akan sekali-kali meminta maaf kerana bekerja untuk Allah!"
"Bertenanglah wahai Hamidah, jika sekiranya umurku telah tamat, maka mereka akan melaksanakan hukuman ini. Tetapi jika umurku masih belum tamat, mereka tidak akan menggantungku. Meminta maaf langsung tidak akan melambatkan atau mempercepatkan ajalku.."
Ketika diminta meminta maaf kepada kerajaan Mesir..beliau berkata;
" Sesungguhnya jari telunjuk yang mengakui dua kalimah syahadah pada setiap kali solat ini enggan untuk menuliskan walaupun satu huruf mengakui pemerintahan yang tidak mengikut Islam.."
Semoga Allah merahmati Sayyid Qutb..semoga Allah memberikan syahid kepadanya.
(Dari buku: Gergasi Pemikiran Islam- Al-Syahid Abdullah Azzam)
Posted by misoshiru2312 at 14:20 1 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Open Your Eyes
Tuesday, 17 November 2009
Bismillah..
Saikin rumah Asad ni jadi studio Maher Zain pula.
Sebelum ni jadi studio untuk edcoustic..hehe...
Kongsi sama-sama lagu ni.
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreading from the view
The clouds floating by
The skies are clear and blue..
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pains
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hands
So are they really there
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When our baby is born
So helpless and weak
And you're watching it growing..
Like the night
Passing in front of your eyes,
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raised our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
Posted by misoshiru2312 at 21:04 1 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Hatsuyuki
Tuesday, 3 November 2009
Salam..
Alhamdulillah..hatsuyuki (permulaan salji kot ek dalam bahasa melayu nye..hehe) hari ini, selesai jumpa adik-adik tadi, jenguk luar tingkap..subhanallah..yuki tengah turun rupanya..=)
Rasanya, selama 4 tahun duduk kat jepun ni, inilah 1st time yuki turun sangat awal...selalunya hatsuyuki dalam akhir bulan 11 ataupun awal bulan 12.
Mungkinkah ini yuki terakhir dalam hidup?
Hanya Allah yang punya jawapan untuk itu..
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Seringkali kita mahu melakukan yang terbaik buat mad'u2 kita..mungkin dengan cara menunjukkan peribadi contoh yang baik. Peribadi yang baik, yang tidak dibuat-buat, peribadi yang menunjukkan siapa kita sebenarnya, dihadapan mad'u mahupun ketika ketiadaan mereka.
Bukankah, Allah itu Maha Tahu, Maha Melihat, dan Allah itu Saksi atas segala -galanya. Dan setiap yang kita lakukan itu, selayaknya untuk ditonton oleh Allah Taala, di ikhlaskan niat semata-mata untuk Allah bukannya manusia.
Bagaimana mahu dicintai mad'u?
Jawapannya ada dalam hadith di bawah;
Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w bersabda;
"Jikalau Allah Taala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu hai Jibril si Fulan itu. Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua- hai penghuni-penghuni langit akan si fulan itu. Para penghuni langit lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah penerimaan baginya- yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya di kalangan penghuni bumi." (Muttafaq' alaih)
Kalau Allah dah cinta, bukan setakat mad'u saja yang cinta, makcik tukang sapu kat skola, ikan2, kucing2, batu bata, rerumput, seisi bumi ni pun turut sama cinta kat kita...
Adakah kita dicintai Allah??..
Bagaimana nak dicintai Allah?
Takde syarat banyak pun nak jadi orang yang dicintai Allah..
Satu je syaratnya seperti Firman Allah;
"Tidak ada yang dianggap sebagai kekasih Allah, melainkan orang-orang yang bertaqwa kepadaNya"..
-Memburu cinta DIA Yang Maha Mencintai.
p/s: Ada adik pesan, suruh saya tulis sempoi2 sikit, saikin banyak sgtla pula puisinya..huhu
Jangan risau, blog ni pun dah nak tutup dah. Misoshiru dah nak bersara tak lama lagi..hehe
Posted by misoshiru2312 at 23:45 3 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Terima kasih.
Thursday, 29 October 2009
Bismillah...
(Siapa yg alergi dengan kejiwangan, dinasihatkan utk tidak membaca entry ini)
Ketika aku bertemu jawapan pada doa Kekasih Allah, Zakaria..
Ketika aku bertemu kekuatan pada pujukan Allah terhadap Mariam...
Dan aku yakin jalanku..dimana tanah yang bakal kutapaki.
Adik,
Qadar ku sudah ternukil begitu...
Pena sudah diangkat..
Dakwat telahpun mengering...
Itulah ketentuan Dia yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.
Kelak,
Dimana pun jasad ini bekerja
Pada tanah mana jejak ku tertinggal
Doakan aku
Thabat di jalan ini.
Doakan keringat ini mengalir
di atas jalan menuju Allah.
Tarbiyyah ini terlalu manis
Tarbiyyah ini terlalu istimewa
Tarbiyyah ini telah mengisi seluruh jiwaku yang kontang
Dan tarbiyyah ini
Telah menemukan aku dan adik.
Adik,
terima kasih untuk ungkapan ini,
Adik,
Selagi mana kita berada di jalan ini,
Terpisah jauh beribu batu sekali pun,
Kita takkan pernah rasa jauh.
Amin..
Posted by misoshiru2312 at 23:38 2 comments
Labels: pena dari hati
Murabbi Teragung
Wednesday, 21 October 2009
Kalau kita tak sabar
Allah akan ajarkan kita erti sabar
Sehingga kita jadi orang yang bersabar
Kalau kita tak redha
Allah akan ajarkan kita erti redha
Sehingga kita jadi orang yang redha
Kalau kita tak tawakkal
Allah akan ajarkan kita erti tawakkal
Sehingga kita jadi orang yang sentiasa bertawakkal
Kalau kita kaku dengan kasih dan sayang
Allah akan ajarkan kita erti kasih sayang
Sehingga kita jadi manusia yang hangat dengan kasih sayang..
Begitulah kita diajarkan olehNya..
Maka siapakah lagi Murabbi Teragung buat manusia??
Tiadalah tarbiyyah yang lebih kemas mengikat jiwa
Selain tarbiyyah terus dari Murabbi Teragung..
Posted by misoshiru2312 at 16:59 4 comments
Labels: pena dari hati
..
Thursday, 15 October 2009
Bermain dengan jiwa manusia
Tapi aku tidak pernah rela
Membiarkan jiwaku kaku
Bermain dengan benda yang tidak punya perasaan
Penat dengan lab=(
Posted by misoshiru2312 at 15:29 2 comments
Labels: pena dari hati
Ramai namun sendiri
Monday, 5 October 2009
Sendiri menyepi...
Tenggelam dalam renungan
Ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan
perlahan kucari, mengapa diriku hampa…
mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi…
Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
benderang di hidupku..
Perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi
Oh Tuhan aku merasa..
sendiri menyepi…
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala
Oh Tuhan aku merasaaaaaaaa……
sendiri….aku merasa sendiri..
sampai kapan begini
resah tiada bertepi…Ooohh..
Kuingin cahyaMu
benderang di hidupku..
Posted by misoshiru2312 at 23:52 2 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Sunnah berjuang..
Sunday, 6 September 2009
Posted by misoshiru2312 at 14:51 0 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Tatkala Kelam
Wednesday, 19 August 2009
Di ufuk cahaya kaki As-Sama',
Sukarnya jalan tarbiyyah, mehnah,
Ujian dan prasangka,
Hiasan capai taqwa ahsan,
Dan berapa ramai mereka tidak ngerti,
Setiap langkah derap pejuang,
Rahsia hikmah yg di ludah,
sang jiwa yg dahaga diisi..al-hawa,
Berapa ramai mata,
Hati yg masih belum ngerti,
Erti peritnya rasa diolah,
erti peritnya rasa dilentur,
Dek sebuah kata,
S.A.B.A.R,
Dek sebuah kata,
Lawan E.G.O.I.S
Dek sebuah kata,
Terima seadanya,
Dek sebuah kata,
Syukuri nikmat,
Dek sebuah kata,
Menelan kata nafs yg tewas. .
Dan betapa ramainya ummah,
Yang hanya H.E.R.O pd hawa sendiri...
-muhasabah juang al-ukht
hasil nukilan seorang akhawat~
Terima kasih akhawati sayang..atas sebuah mukhayyam yang terlalu banyak ibrahnya itu...
"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi , nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Al anfal 8: 63)
Ya tuhan kami, yang membolak balikkan hati, tetapkan kami atas jalan agamaMu...
Posted by misoshiru2312 at 20:40 0 comments
Labels: pena dari hati
Why I wish I could understand Arabic
Friday, 7 August 2009
Assalamualaikum.
100th post seem to take so long to accomplish and yet this is it.Dah 2 tahun blog ni. Baru nak sampai post ke 100...*sigh*
*************************************************************************************
Awal pagi tadi, saya dikejutkan dengan mesej dari seorang murabbiyah. Isinya ringkas tapi penuh makna.
"Akhowatfillah, dari surah Fussilat ayat 33 hingga 36, jelas terkandung undang-undang dakwah yang perlu kita pastikan, kita ikuti agar dakwah yang kita jalankan akan dapat membuahkan hasil di dunia dan akhirat. InshaAllah."
*************************************************************************************
Saya bangun, mencapai Tafsir Quran, menyelak Surah ke 41 ayat 33-36
33. Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh aku termasuk orang muslim (yang berserah diri)?"
34. Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman setia.
35. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.
36. Dan jika setan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
*************************************************************************************
Dan saya mendengar alunan bacaan ayat ini melalui video di bawah;
Dan saya mencemburui manusia-manusia ini, kerana ayat-ayat Allah ini menusuk sampai ke dalam hati mereka...saya mahu mendalami bahasa Al-Quran, merasai yang sama.......inshaAllah, mahu melaksanakan impian ini dengan seseorang kelak...doakan.
4 cara memahami Al-Quran dengan hati.
1. Memahami bahasa Arab.
2.Mengetahui asbabunnuzul surah/ayat
3.Mengetahui Sirah Nabi
4.Hidup seperti Rasulullah s.a.w.
*************************************************************************************
Bakal bermusafir jauh, berjumpa dengan mereka yang dirindui. Bakal berhadapan sesuatu yang mencabar dalam 5 hari lagi..
Doakan kami selamat pergi dan pulang.
Selamat bercuti semua.
*************************************************************************************
Dibawah ini ada disertakan booklet Ramadhan khas untuk iwatetcahi. Dan inshaAllah boleh saja dikongsikan dengan semua. Bolehlah download booklet ini ya. Jangan segan-segan, nak kongsi dengan rakan-rakan kat komuniti sendiri pun bole..silakan..
Ramadhan Iwatetachi
Posted by misoshiru2312 at 13:05 3 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
2:272
Thursday, 6 August 2009
Posted by misoshiru2312 at 21:01 0 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Terima kasih dan angin
Tuesday, 4 August 2009
Terima kasih kerana sudi
Terima kasih kerana ambil tahu
Terima kasih kerana melepaskan
Terima kasih kerana berterus terang...
Yang terlalu lama ditinggalkan..
Dan akan terus dibiarkan sepi..
*******************************
Musim panas yang dihiasi angin
Namun masih kering..
Wahai sang angin..
Berhembuslah ke hadapan masaku
Agar tiada lagi arah
Yang bisa kemudi aku
Kembali memeriahkan
Yang sepi itu.
********************************
Terima kasih sang angin
Diatas deru keringmu
Muhasabah aku..
********************************
Pada Dia segala harapan
Posted by misoshiru2312 at 21:28 1 comments
Labels: pena dari hati
Matome
Wednesday, 29 July 2009
Kekadang ada ketikanya terasa sesuatu kebimbangan dalam hati yang amat berat.
Tiada bicara untuk merungkainya, bilamana terpaksa berpura-pura di depan teman-teman.
Kekadang coretan lebih bisa membiarkan kebimbangan itu deras mengalir laju.
Itulah saya, yang masih belum bisa bercerita dengan manusia hal-hal keberatan dalam hati.
Setiap kali ada masa untuk curhat bersama-sama akhawat lain, setiap kali itu juga setiap perkataan mati di kerongkongan..saya tidak bisa meluahkannya. Maaf untuk adik-adik, usrati, naqibah, untuk murabbiyah, untuk rakan serumah
Hari ini saya tetiba rasa sedih, tidak tahu kenapa..perasaan itu tiba-tiba muncul, hadir tanpa sebab. Berulang-ulang jari dihitung-hitung, mengira sebab apa untuk saya bersedih..sedangkan saya seharusnya gembira kerana saya punya masa 2 minggu untuk bebas sepenuhnya dari kesibukan lab.
Dan surah Mu'minun menjadi pengubat hati saya kali ini...Subhanallah, ayat-ayat cinta dari Allah itu juga yang bisa meredakan segala rasa gundah dalam hati..terima kasih Ya Allah.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kita sudah hampir menuju gerabak akhir perjuangan di nihon..untuk teman sebatch, siapa yang bakal pulang ke Malaysia hanya ada masa 8 bulan sahaja lagi di nihon..yang merancang untuk meneruskan pengajian pula..inshaAllah bakal menduduki exam dalam masa terdekat ini.Selamat bermujahadah kawan-kawan...
Saya bagaimana..?
Siku-siku hidup terbentang lagi di depan mata..sukarnya membuat pilihan. Pilihan yang bukan calang-calang, sekali memilih, tidak bisa berpatah ke belakang lagi..Benarkah segenap hati 100% melakukan ini dan itu untuk redha Ilahi? Benarkah tiada terlintas sedikit pun dalam hati melakukan ini dan itu untuk kepentingan diri sendiri?
puncak keindahan ibadah itu pada ketika kita menyerahkan pilihan pada pilihan Allah Taala...
"Ya Tuhanku, aku tidak punya pilihan di kehidupanku, maka pilihkan untukku, wahai Penguasa dari segala Raja.."
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Saya ditakdirkan bertemu dengan seorang dia sewaktu jaulah UK/Eire tahun lepas. Dia berjubah, memakai purdah menutupi keseluruhan wajahnya kecuali matanya, saya tidak sempat menegurnya, cuma tertarik dengan perangainya yang ala2 "rock" itu, walaupun berpenampilan sebegitu. Setiap detik, tafsir Al-Quran di genggamannya. Cuma memerhatinya dari jauh..namanya pun saya tidak sempat bertanya. Ditakdirkan Allah, saya berjumpanya sekali lagi sewaktu daurah di Malaysia ogos tahun lepas. Gembiranya saya, peluang ini saya gunakan untuk berkenalan dengannya. Rupanya dia seusia saya, sudah berkahwin. Menariknya, saya sempat berkongsi kisah turning point nya dalam jalan dakwah dan bagaimana dia ditakdirkan bertemu jodohnya. Dalam diam saya mengagumi semangatnya. Maha hebat Allah, Yang memegang setiap jiwa manusia..bagaimana seorang manusia diangkat dari lubuk yang paling dalam, diselaputi lumpur jahiliyyah, di arah lorong jalannya dengan cahaya dari Nya. Semoga terus thabat ya ukhti. Dan hari ini saya terbaca kisahnya, dia berjaya menjadi antara 6 pelajar terbaik di universitinya. Subhanallah.. Alhamdulillah.. betapa dia telah memberi semangat kepada para daei untuk membuktikan kesibukannya dengan dakwah tidak menjejaskan pelajarannya. Alhamdulillah..semua atas izin Allah.
Dan saya merenung diri..saya tidak punya apa-apa contoh yang baik untuk diteladani. Khilafnya diri...maafkan saya Ya Allah..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Saya mahu segera bertemu "mereka"..rindunya..
Bila diimbas kembali..saya tidak pernah terfikir akan menjadi begitu rapat dengan manusia-manusia ini..latar belakang yang berbeza..baru setahun lebih saling mengenali..sementelah masing-masing masih diselubungi semangat AAJ,JAD,IBT seawal pertemuan dengan mereka. Tapi dengan kuasa Allah, atas kefahaman dan cita-cita yang sama, Allah takdirkan ukhuwwah ini menjadi sangat indah. Bagaimana rindu bisa terdetik di hati, merasai ketenangan dan merasakan diri dekat denganNya saat bertemu mereka. Merasai lembayung rahmat Allah, dinaungi sayap-sayap para malaikat dalam setiap perjumpaan dengan mereka..saya amat rindu........
Dan saya bakal bertemankan buku2 dan nota2 turun ke daurah kali ini. Hehe..saya peru mencuri-curi masa untuk menelaah kali ini. Sebulan untuk "cover" segala jenis matapelajaran dari 1st year ke 3rd year..oo..doakan saya..=)
p/s: Beginilah jadinya bila terlalu lama tidak menulis. Dalam satu entry ada banyak bab. Hehe..
Posted by misoshiru2312 at 21:19 5 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Jalan itu
Sunday, 26 July 2009
Jauh sudah yang lalu itu..
Namun bayangnya
Masih melingkari jejakku..
Ketika tekadku berkata
Lupakan angan-angan itu
Padamkan harapan
Pada impian yang kusam
Selamat tinggal masa lalu..
Sungguh..
Aku mahu pulang
Ya Rabb..
Segenap jiwaku
Mengharap hidayah
Tunjuki aku jalan lurus itu
Posted by misoshiru2312 at 01:10 0 comments
Labels: pena dari hati
Sense Our Soul (Kantou)
Sunday, 28 June 2009
sedihnya tak dapat join sekali...huhu..xpe2, saya ke taman syurga yang lain hujung minggu ni inshaAllah..=)
Posted by misoshiru2312 at 02:37 1 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
LAb
Tuesday, 12 May 2009
Assalamualaikum..
Bersawang misoshiru..lama benar saya tinggalkan misoshiru ini tidak disentuh..buat masa ini, saya sedang mengalami transisi hidup, dari seorang pelajar biasa yang langsung tidak sibuk, kepada seorang pelajar tahun akhir, yang sehariannya banyak dihabiskan di dalam makmal. Mungkin agak berlainan sedikit dengan pelajar fakulti lain, fakulti chemical engineering mungkin agak bz (bukan agak tapi sangat bz)..hehe..kalau dilihat sahabat sebatch di fakulti mechanical dan electrical, sangatlah berbeza dengan sahabat2 di fakulti chemical..oo..apa guna saya mengeluh, hanya tinggal 1o bulan lagi sebelum grade..tak sangka, sudah masuk tahun ke 4 saya di bumi sakura ini.
Alhamdulillah, atas izin Allah, semalam..eksperimen saya berjaya, setelah 2 kali gagal (2 kali tu)..kasihan senpai saya yang bertungkus lumus mencari kaedah baru untuk menjayakan eksperimen saya itu..Walaupun 2 kali gagal, tapi saya cukup puas hati..ada banyak hikmah dari Allah disebalik kegagalan itu. Jangan fikir dalam makmal xde tarbiyyah..dimana-mana kita boleh dapat tarbiyyah chokusetsu dari Allah..ada satu masa tu, rasa nak nangis sangat..time buat eksperimen kali ke 3, waktu nak kakunin (cek) seiseibutsu (bahan) dengan TLC, senpai kata, kemungkinan besar jikken saya tak berjaya..sebab bila cek dengan TLC, nampak gaya macam seiseibutsu xde..mungkin bahan-bahan dah bertindak balas dengan benda lain atau dah kembali semula ke asal..(uhuk..faham ke apa saya tulis)..so time tu, cuma berserah pada Allah je..rasa dah sangat ochikonda(kecewa), sebab dah duduk dalam lab dari pukul 9 sampai tengah malam..dalam hati time tu sangat berharap pada Allah..macam2 dalam hati..dok fikir, apa salah aku, sampai dah kali ke 3 buat jikken, tapi still tak dapat lagi seiseibutsu(bahan) yang patutnya dapat..rasanya dah buat komakai (teliti)..setitik bahan kimia pun x tumpah rasenya..walaupun dah agak kecewa, tapi saya tetap teruskan juga jikken..time tu cuma kata dalam diri..mungkin Allah nak bagi aku gagal banyak2 kali..supaya aku buat jikken ni berulang kali..supaya aku cepat belajar dan mahir benda2 dalam makmal ni..xpela juga kalo kena ulang banyak2 kali..dalam hati terus menerus bersangka baik pada Allah..so saya teruskan juga jikken..sampailah kena buat sousa (step) terakhir iaitu Column chromatography..step ni step paling last dalam jikken..CC ni utk wakeru (asingkan) bahan-bahan yang ada dalam sample yang kita buat melalui warna-warna yang terhasil bila dialirkan dengan chloroform atau hexane melaui silica gel dalam CC. Waktu nak wakeru ni, adalah beberapa warna yang terhasil..ada putih, kuning, hijau, perang, coklat...so, saya kenalah duduk kat meja eksperimen beberapa jam hanya untuk wakeru (asing) bahan-bahan mengikut warnanya satu persatu,dan kena buat TLC untuk setiap bahan..dalam hati time asyik dok fikir lagi, mohon Allah mudahkan kerja..waktu tu saya dah tak berharap apa2 dah kat jikken yg saya tgh buat tu..wakeru pun sambil lewa je..sempai saya kata wakeru sampai bahan warna kuning saja, warna hijau tak payah wakeru pun xpe..tapi time tu tetiba saya rasa nak ambil juga bahan warna hijau tu..dalam hati nak ambil bahan warna hijua tu sebab saya memang suka hijau..so saya abaikan arahan sempai saya, saya ambil sampai bahan yang berwarna hijau..hihi..
Tapi..tahu tak....pagi esoknya saya pegi cek proton NMR dan Carbon NMR..dan data yang diperolehi menunjukkan saya telah berjaya menghasilkan bahan yang sepatutnya..tahu tak cmne perasaan saya time tu??
Semalam rupanya..ilham nak ambil bahan berwarna hijau tu datang dari Allah..walaupun niat saya nak ambil bahan warna hijau tu hanya dengan alasan saya suka warna hijau..tapi Allah makbulkan permintaan saya..Allah mudahkan kerja saya..sempai saya kata..mezurashinaa(peliknya)..hihi..rasa nak cakap je kat sempai tu..."Sempai..saya ada sesuatu di dalam hati, yang sentiasa menemani saya..yang akan beri saya ilham, walaupun kadanag-kadang saya tak faham dan tak tahu apa2"...oo sempai alangkah bestnya kalau sempai juga rasa apa yang saya rasa...
p/s: Maaf ya..bahasa agak tunggang langgang..bercampur baur pulak bahasa..dah lama tak menulis, jadi camni pula..
Saya rindu sahabat-sahabat saya..
Kesibukan sentiasa membawa ingatan saya pada antuna semua..
Kerana, ada satu perasaan yang saya tak pernah rasa, melainkan bila bersama antuna sume..
Kerana, saya mahu jadi si perindu syurga seperti yang ustazah Maznah kata tempoh hari...
Gambar skema Batch@ GWG 09..rase macam kanak-kanak form 1 je sume..xde muka final year student langsung..kata kohai saya..hihi..
p/s: Nampak tak wajah2 surirumah tangga dalam ni..kohai saya kata, kakak2 yang dah kawen, xnampak langsung macam dah kawen..ihik...jgn terasa ye makcik2
Posted by misoshiru2312 at 23:33 6 comments
Labels: pena dari hati
Di dalam hati
Thursday, 23 April 2009
Posted by misoshiru2312 at 19:36 2 comments
Labels: Hikmah
Cahaya Atas Cahaya
Monday, 20 April 2009
Posted by misoshiru2312 at 23:24 2 comments
Labels: Hikmah
Lorong-lorong zaman
Saturday, 11 April 2009
Posted by misoshiru2312 at 23:23 0 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
Merantaulah
Sunday, 29 March 2009
bukanlah yang tinggal tetap itu
rehat bagi orang yang berakal dan berbudi
maka tinggalkanlah kampung halamanmu
dan pergilah mengembara
merantaulah
pasti kau akan temui pegganti mereka
yang kau tinggalkan
berusaha keraslah
sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada
dalam usaha yang bersungguh-sungguh
sesungguhnya aku melihat
air yang menjadi cemar
kerana tidak mengalir
andai ia mengalir
pasti elok keadaannya
dan andai ia bertakung
nescaya cemar jadinya.
Imam Syafie~
Ya Rabb..
Izinkan aku mengukir ikhlas
Di sepanjang lorong perjuangan ini
Biar gelap, panjang hatta sempit sekalipun
Ya Rabb..
Izinkan setiap inci tanah yang ditapaki
Setiap hayunan langkah
Mengharap Mardhotillah
Izinkan aku pulang Menghuni lembah damai itu~
-Yonezawa, Yamagata
Posted by misoshiru2312 at 05:46 1 comments
Labels: pena dari hati
Jodogahama
Thursday, 26 March 2009
Salam..
Lama rasanya tidak menulis di misoshiru ini. Agak sibuk kebelakangan ini menguruskan bermacam-macam hal, dari hal-hal kenkyu hinggalah kepada hal perpindahan senpai dan menyambut kedatangan kouhai baru..
Dibawah ini, ada sedikit cerita mengenai trip bijintachi (walaupun tidak semua) ke Jodogahama. Salah satu pulau yang sangat terkenal di Iwate.
Kami merancang satu perjalanan menaiki train bersama Kak Aida, sebelum kakak kesayangan kami ini pulang ke Malaysia dan tidak akan kembali ke Iwate lagi selepas ini. Perjalanan jauh bersama-sama untuk kali terkahir. Tahniah Kak Aida..sotsugyou omedetou..selamat pulang ke Malaysia...
Jodogahama tiada dalam plan perjalanan kami (memang xde plan pun), tidak pernah tahu tentang pulau ini, kami memang tidak punya plan yang tetap untuk perjalanan kali ini. Dari Morioaka eki, tekotouni kami pilih untuk naik train yang dalam 2 minit lagi mahu bertolak. Bila dah dalam train, baru perasan train yang kami naiki itu rupanya menuju Miyako.
Perjalanan untuk sampai ke Miyako mengambil masa selama 2 jam. Sepanjang jalan kami berdiri, langsung tidak tidur (kecuali budak comel yang pening )..sudahlah berdiri di bahagian paling hadapan train, riuh rendah train tu dengan suara2 orang melayu, lagak macam orang tak pernah naik train pun ada. Tapi pakcik pemandu tak marah pun dengan kami, selagi tak ganggu kosentrasi pakcik, takpela ye..hi..hi..hi..
Tapi kosentrasi pakcik terganggu kot bila ada seorang akak tu yang meninggalkan kesan dahi di bahagian cermin yang memisahkan bahagian penumpang dan pemandu..rasanya bukan saja pakcik pemandu yang terganggu, tapi penumpang lain yang tengah tidur pun ade yang terkejut dari tidur bila dengar bunyi dahi yang mencium cermin tadi..adalah dalam 2 minit kakak tu tadi kena gelak..hi..hi..hi..
Di bawah ni ada beberapa gambar yang sempat diambil dari dalam train. Mungkin untuk next trip setiap kali cuti musim panas, iwatetachi bolelah ke Miyako menaiki train. Rasanya pemandangan di sepanjang laluan train lebih menarik berbanding laluan lebuh raya (kalau ikut lebuh raya, tak boleh tengok sungai)
Teringat satu artikel dalam buku teks nihonggo waktu kat AAJ dulu mengenai aliran sungai di Jepun yang sangat deras
Si adik tanya, pokok-pokok ni ada orang yang tanam ke ek? Tersusun je semua.
Semua itu atas kehendak Allah yang menjadikan harakat alam sangat indah~
Beza antara setiap pokok seakan-akan punya ukuran yang sama.
Sampai saja di Miyako, kami terus ke kaunter pertanyaan, tanya dimana tempat pelancongan yang paling menarik di Miyako. Makcik kaunter kata, Jodogahama paling dekat, naik bas dalam 15 minit saja. Alhamdulillah..sangat2lah gembira waktu tu, sebabnya kak Aida dah bising sejak dalam train lagi, katanya mahu ke Jodogahama. Kak Aida tahu tentang Jodogahama ni pun sebab salah seorang senpai kami yang baru berkahwin (eh dah nak dapat anak pun) pernah berbulan madu di Jodogahama ni. Tercapai juga hasrat kak Aida nak datang ke pulau ni, rezeki dari Allah...=)
Bandar Miyako ni sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan bandar Morioka. Dipenuhi dengan orang-orang tua, sangatlah susah nak jumpa anak-anak muda. Sepanjang duduk dalam bas, saya asyik berfikir, rasa mcam dah nak pupus manusia dalam bandar ni, sangat sedikit. Keadaaan sekeliling yang sangat tenang, tak banyak kereta, bangunan-bangunannya pun tidaklah setinggi mana. Bandar ini tenang, tapi tiada ruh..lain keadaannya dengan kampung2 di Malaysia. Keadaan bandar dan kampung di Jepun ini memperlihatkan kepada saya dua sisi kehidupan yang berbeza pada orang Jepun. Sangat berbeza..yang saya sendiri pun pelik, kenapa ada jurang yang sangat berbeza ini. Negara maju yang pelik..oo..itu pandangan saya saja.
Tiba di Jodogahama, semua terpaku..sangat cantik..sangat indah.. subhanallah..subhanallah..subhanallah...adanya pemandangan yang indah ini bukti kuasa Dia Yang Maha Pencipta. Bagaimana nak kenal Allah, maka berjalanlah dan lihatlah apa yang ada pada diri kita dan alam ini.
Keindahan Jodogahama tidak dapat diceritakan dengan taipan huruf-huruf pada keyboard laptop saya. Cukuplah gambar-gambar dibawah ini yang membawa tafsiran kepada kebesaran Allah Yang Maha Besar.
Sangat kinchou kayuh hakuchou, takut bila ombak kuat memukul2 hakuchou..bising suara bergema, makin kuat Kak Aida kata jangan kayuh ke kanan, makin galak pula Aar kayuh ke kanan, saja nak kenakan kak Aida..hi.hi.hi. *comel je mereka berdua ni*
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga hatimu seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang airnya memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:74)
~Sekeras-keras batu, batu setia mengikut arahan Allah. Sekeras-keras batu, keras lagi hati manusia.
~Kita berbeza dengan semua makhluk Allah ini, Islam mereka atas ijtibari, Islam kita atas Iktiyari.
Walaupun singkat, tapi ini perjalanan yang sangat menarik. Langkah kaki hanya menurut takdir Allah yang mahu membawa kami kemana hari itu. Setiap jenaka, setiap muhasabah sangat bererti..saya sayang semua~~~~~~
Lain kali bolelah rehlah bersama hamasatus syabab disini pula..=)
Posted by misoshiru2312 at 23:49 5 comments
MERAH SAGA
Friday, 13 March 2009
Bismillah.
Mari kita dengar lagu ini.
MERAH SAGA
Saat langit berwarna merah saga
Dan kelikir perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu
Ketika Yahudi-Yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cintaNya
siapa yg berkaca mata itu?
namanya Abdul Aziz Rantisi
Dia sudah syahid.
Yang pakai penutup kepala berwarna putih itu namanya syeikh Ahmad Yassin.
Dia juga sudah syahid.
Saya tahu tentang as-syahid berdua ini melalui berita syahid mereka di televisyen dan melalui emel yang saya terima.
Apalah sangat yang difahami waktu itu.
Yang saya tahu,
kasihan melihat tubuh yang berderai menjadi cebisan-cebisan daging..
Jahatnya Israel!
Tanpa faham erti perjuangan sebenar Palestin
Tanpa tahu apa peranan saya sebagai muslim dalam isu ini
Mereka berdua sudah syahid..
Syahid mereka Allah takdirkan dengan apatchi dan peluru berpandu.
Apalah sangat Apatchi dan peluru berpandu itu untuk manusia berjiwa besar seperti mereka.
Tapi untuk mencapai martabat itu, tidak dengan jalan yang mudah!
Terharu dengan kata-kata Abdul Aziz Rantisi itu..
live in dignity or die as a martyr!
Tidurlah dengan aman disisi Allah taala..
Posted by misoshiru2312 at 02:48 4 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL
En tutor
Saya penat baca suratkhabar Malaysia..
Penat baca banyak pendapat yang saya rasa ntah apa2..
Penat baca pendirian manusia-manusia yang hanya pentingkan diri sendiri saja.
Serius..saya sayangkan negara saya.
Mengapakah sistem negara saya begitu?
Generasi baru muslim bakal hidup dalam sistem itu.
Adehh..
Malas nak ulas.
Saya geram dengan tutor saya!
Dia janji nak hantar pdf file ronbun hari ini.
Tapi dia tak hantar..setiap minit saya cek email.
Nampaknya saya kena ubah jadual.
Saya mahu siapkan powerpoint happyou saya malam ini juga.
Esok ada halaqah..
Hujung minggu tiada di rumah.
huarghh..huhu..
En. tutor..hujung minggu saya busy.
Hujung minggu saya ada tugas lain.
Huhu..marah-marah kat sini pun tiada gunanya.
Harus menelefon en tutor esok hari.
Saya tidak mahu membazir masa!
Posted by misoshiru2312 at 02:09 2 comments
Fuyu ke Haru~
Friday, 6 March 2009
Hari ini hujan sehari suntuk. Langit sudah tidak menghidangkan buti-butir putih. Salji sudah bertukar menjadi hujan. Suhu juga sudah tidak sesejuk sebelum ini. Dari -7darjah kepada suhu yang biasa-biasa saja. Hampir 3 tahun menjalani kehidupan di sini, sudah ampuh berhadapan kesejukan bumi. Fuyu bakal pergi, haru tiba bertandang. Subhanallah, indah caturan Dia. Alhamdulillah diberi peluang menikmati nikmat 4 musim, kuasa Allah yang Maha Hebat.
Bunyi angsa putih ini juga bakal hilang. Angsa bakal pulang ke teduhan asal. Pulang semula ke bumi Hokkaido setelah hampir 2 bulan berkampung di bumi iwate. Selamat tinggal makhluk Allah yang bernama angsa. Kirimkan salam kami pada bumi Allah "Hokkaido".
Semoga jumpa lagi di fuyu yang bakal datang disember ini.
Sepanjang fuyu, 3 kali kami melawat takamatsu ike ini..huhu..dalam jangka masa 2 bulan, hanya 3 kali berkesempatan ke sini. Tidak sanggup meredah ais yang membeku menyeliputi tanah. Ibarat bermain ice skating, perlu berhati-hati berjalan diatasnya. Sebab itu, aktiviti di musim fuyu agak berkurangan. Banyaknya masa dihabiskan di dalam rumah. Mujur, 3nen sei kouki ini hanya ada 4 kelas seminggu..dan sekarang saya telah meninggalkan zaman "hima" itu..hihi.
3 kali saya berkunjung disini, ditemani oleh kouhai2 saya.
Perbualan bersama mereka yang masih saya ingat.
Bersama nik, dia utarakan soalan ini;
"Kenapa itik tu berjalan berkumpulan, tidak seperti angsa?"
huhu..saya blurr..apa ek jawapan yang sesuai..
Saya jawab ringkas, tak tahu betul ke tak jawapan tu;
"Sebab itik kecik dari angsa, takut angsa makan dia"..(Ade ke angsa makan itik??)
Bersama Huda, soalan ini diutarakan:
"Tengok angsa-angsa ni kan..mesti dorang pun tengok kita, berbual-bual pasal kita, sama seperti manusia tengok dorang kan..manusia borak-borak..."
huhu..tiada jawapan dari saya..waktu itu juga tengah berfikir.."Apalah angsa tu kata bila tengok manusia sebok amik gambar dia ek?"..
Yang pasti, semua makhluk Allah itu bertasbih memujinya..cuma kita je yang tak faham tasbih-tasbih mereka..kan..kan..
(Al-Isra 17: 44)
Musim baru...gakunen baru...semangat baru..tekad baru..doakan segalanya berjalan lancar..
=)
Posted by misoshiru2312 at 14:41 2 comments
Misoshiru saya~
Wednesday, 4 March 2009
Banyak perkara tidak terluah..
Perasaan tidak mampu saya kongsi..
Tersekat tidak diluah..
Menulis juga saya tidak mampu..
Mahu menulis apa yang ada di dalam hati..
Namun tidak kesampaian..
Saya mahu bercerita dengan sahabat..
Tapi tidak terluah..
Kadang-kadang,
Perasaan ini hanya terluah dengan tangisan..
Tapi,
Saya tidak suka menangis di hadapan ramai
Tidak suka wajah sedih dihidang di depan mata semua..
Kerana itu saya selalu dilabel "blur"
hmm..
Saya tidak gemar menulis..
Kalau hati tidak hadir menari bersama jari2 yang menekan keyboard..
Kerana itu, misoshiru saya biar tersadai tanpa apa-apa pengisian..
Mungkin juga misoshiru bakal berkubur..
Seorang sahabat menukar isi blog,
Dari perkara-perkara serius kepada aktiviti seharian yang melambangkan dirinya,
Mungkin juga untuk menggambarkan kehidupan seorang daei yang manis dan gembira..
Ada baiknya, daie juga seorang manusia bukan..
Hidupnya tidak selalu pahit..bukan seharian berkisar perkara-perkara yang serius dan memberatkan jiwa..
Saya menyokong perubahannya..
Tapi saya?
Masih terus begini..
Apa yang ditulis tidak menggambarkan sepenuhnya diri saya.
Tahu, manusia di luar sana menilai peribadi seseorang melalui tulisannya.
Kerana itu..misoshiru tidak menjadi persinggahan wajib bagi saya.
Banyak perkara yang tidak dirakam disini..hee
Kalau tiada input yang berguna..
Maka janganlah dibuang masa singgah disini..
~
Posted by misoshiru2312 at 00:07 4 comments
Labels: pena dari hati
Shahadah ini bukan sekadar pasport!
Tuesday, 3 March 2009
Salam~
Shahadatul Haq untuk kedua kalinya.
Penyampai yang sama.
Di bilik sendiri..alhamdulillah ruang yang hanya sebesar 12jyou, mampu memuatkan seramai hampir 30 orang.Awalnya khuatir ruang yang tidak mencukupi untuk jumlah yang sebegitu.
Almaklum sebelum ini bilik kami hanya diguna untuk liqa` iwatetachi sahaja.
Alhamdulillah..Allah melapangkannya untuk program kali ini..subhanallah..Maha suci Dia..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Pertama kali saya dapat Shahadatul Haq..autumn 2007 di Nagano..
Penangan beratnya bebanan Shahadah itu menggerak seluruh jasad mengutip Mutiara iman,kerna sedar ruh masih kontang..
sehingga akhirnya dipilih Allah untuk ke jaulah uk/eire..
Mulai saat dan detik itu perjuangan saya bermula..
Manis pahitnya sama banyak..diuji pelbagai..jalan ini bukan untuk meraih gembira..
Pahit itu ujian..iman ada turun naiknya..ukhuwwah teruji..masa rehat terbatas..minda perlu bergerak..berfikir dan berfikir..
Ahh..ujian baru sekecil ini, kadang-kadang sudah terngadah..apatah lagi bila diuji ujian yang lebih besar..
Mengeluh...
Wahai hati..kamu masih jauh rupanya dari Dia..
Matlamatmu mahu tetap di jalan ini bukan?
Ikhlas..ikhlas..ikhlas..
Itu kuncinya.
Melihat adik yang menangis kerana beratnya bebanan Shahadah yang selama ini hanya dianggap sebagai pasport untuk melangkah ke syurga..
Lidah saya kelu, duduk di sebelahnya mendengar luahan hatinya..saya tidak mampu memberi nasihat terbaik..kamu bertuah adik, hidayah Allah itu sedang memenuhi lompong-lompong di dadamu..teruskan perjalanan mencari mutiara iman dariNya..kami di sini sedia untuk bermusafir ke lokalitimu..kerana beban shahadah itu juga terpikul di bahu kami..
Shahadatul Haq kali ini membawa saya ke fokus yang lain. Tidak sama seperti pertama kali saya mendapatnya setahun yang lalu.
Sudah tiba masanya saya perlu serius berfikir untuk lokaliti di bumi kelahiran sendiri..
Saya bakal pulang.........................
Bagaimana tarbiyyah di sana kelak?
Jauh dari semua..
Kerana bumi itu tidak pernah disentuh..
Hati ditanam benih-benih tekad..
Bertekadlah dengan nama Allah..
Semoga Allah memudahkan perjuangan disana kelak~
Posted by misoshiru2312 at 23:27 0 comments
Labels: Bara api yg digenggam RIJAL