Assalamualaikum..
Bersawang misoshiru..lama benar saya tinggalkan misoshiru ini tidak disentuh..buat masa ini, saya sedang mengalami transisi hidup, dari seorang pelajar biasa yang langsung tidak sibuk, kepada seorang pelajar tahun akhir, yang sehariannya banyak dihabiskan di dalam makmal. Mungkin agak berlainan sedikit dengan pelajar fakulti lain, fakulti chemical engineering mungkin agak bz (bukan agak tapi sangat bz)..hehe..kalau dilihat sahabat sebatch di fakulti mechanical dan electrical, sangatlah berbeza dengan sahabat2 di fakulti chemical..oo..apa guna saya mengeluh, hanya tinggal 1o bulan lagi sebelum grade..tak sangka, sudah masuk tahun ke 4 saya di bumi sakura ini.
Alhamdulillah, atas izin Allah, semalam..eksperimen saya berjaya, setelah 2 kali gagal (2 kali tu)..kasihan senpai saya yang bertungkus lumus mencari kaedah baru untuk menjayakan eksperimen saya itu..Walaupun 2 kali gagal, tapi saya cukup puas hati..ada banyak hikmah dari Allah disebalik kegagalan itu. Jangan fikir dalam makmal xde tarbiyyah..dimana-mana kita boleh dapat tarbiyyah chokusetsu dari Allah..ada satu masa tu, rasa nak nangis sangat..time buat eksperimen kali ke 3, waktu nak kakunin (cek) seiseibutsu (bahan) dengan TLC, senpai kata, kemungkinan besar jikken saya tak berjaya..sebab bila cek dengan TLC, nampak gaya macam seiseibutsu xde..mungkin bahan-bahan dah bertindak balas dengan benda lain atau dah kembali semula ke asal..(uhuk..faham ke apa saya tulis)..so time tu, cuma berserah pada Allah je..rasa dah sangat ochikonda(kecewa), sebab dah duduk dalam lab dari pukul 9 sampai tengah malam..dalam hati time tu sangat berharap pada Allah..macam2 dalam hati..dok fikir, apa salah aku, sampai dah kali ke 3 buat jikken, tapi still tak dapat lagi seiseibutsu(bahan) yang patutnya dapat..rasanya dah buat komakai (teliti)..setitik bahan kimia pun x tumpah rasenya..walaupun dah agak kecewa, tapi saya tetap teruskan juga jikken..time tu cuma kata dalam diri..mungkin Allah nak bagi aku gagal banyak2 kali..supaya aku buat jikken ni berulang kali..supaya aku cepat belajar dan mahir benda2 dalam makmal ni..xpela juga kalo kena ulang banyak2 kali..dalam hati terus menerus bersangka baik pada Allah..so saya teruskan juga jikken..sampailah kena buat sousa (step) terakhir iaitu Column chromatography..step ni step paling last dalam jikken..CC ni utk wakeru (asingkan) bahan-bahan yang ada dalam sample yang kita buat melalui warna-warna yang terhasil bila dialirkan dengan chloroform atau hexane melaui silica gel dalam CC. Waktu nak wakeru ni, adalah beberapa warna yang terhasil..ada putih, kuning, hijau, perang, coklat...so, saya kenalah duduk kat meja eksperimen beberapa jam hanya untuk wakeru (asing) bahan-bahan mengikut warnanya satu persatu,dan kena buat TLC untuk setiap bahan..dalam hati time asyik dok fikir lagi, mohon Allah mudahkan kerja..waktu tu saya dah tak berharap apa2 dah kat jikken yg saya tgh buat tu..wakeru pun sambil lewa je..sempai saya kata wakeru sampai bahan warna kuning saja, warna hijau tak payah wakeru pun xpe..tapi time tu tetiba saya rasa nak ambil juga bahan warna hijau tu..dalam hati nak ambil bahan warna hijua tu sebab saya memang suka hijau..so saya abaikan arahan sempai saya, saya ambil sampai bahan yang berwarna hijau..hihi..
Tapi..tahu tak....pagi esoknya saya pegi cek proton NMR dan Carbon NMR..dan data yang diperolehi menunjukkan saya telah berjaya menghasilkan bahan yang sepatutnya..tahu tak cmne perasaan saya time tu??
Semalam rupanya..ilham nak ambil bahan berwarna hijau tu datang dari Allah..walaupun niat saya nak ambil bahan warna hijau tu hanya dengan alasan saya suka warna hijau..tapi Allah makbulkan permintaan saya..Allah mudahkan kerja saya..sempai saya kata..mezurashinaa(peliknya)..hihi..rasa nak cakap je kat sempai tu..."Sempai..saya ada sesuatu di dalam hati, yang sentiasa menemani saya..yang akan beri saya ilham, walaupun kadanag-kadang saya tak faham dan tak tahu apa2"...oo sempai alangkah bestnya kalau sempai juga rasa apa yang saya rasa...
p/s: Maaf ya..bahasa agak tunggang langgang..bercampur baur pulak bahasa..dah lama tak menulis, jadi camni pula..
Saya rindu sahabat-sahabat saya..
Kesibukan sentiasa membawa ingatan saya pada antuna semua..
Kerana, ada satu perasaan yang saya tak pernah rasa, melainkan bila bersama antuna sume..
Kerana, saya mahu jadi si perindu syurga seperti yang ustazah Maznah kata tempoh hari...
Gambar skema Batch@ GWG 09..rase macam kanak-kanak form 1 je sume..xde muka final year student langsung..kata kohai saya..hihi..
p/s: Nampak tak wajah2 surirumah tangga dalam ni..kohai saya kata, kakak2 yang dah kawen, xnampak langsung macam dah kawen..ihik...jgn terasa ye makcik2
6 comments:
salam wbt. it's nice to hear from u :)
risau tau mah.. kasi msg ta balas, kol tak angkat, hihi.. tp faham ken9 u tu camne..
inshaAllah mutiara tarbiyah tu ada d mana2.. samada kte mengerti atau sebaliknya..
do pray a lot to Allah.. moga dimudahkan segala urusan kte.. gambaroune!
p/s: macik2 ni bakal menjadi ustazah maznah in future..iA. malah mungkin lebih baik lagi! ops jgn lupe ada seorang mujahid dlm tummy seseorang :)
kak rahmah, salah la.. bukan macam form 1 tapi cikgu2 budak form 1 la kak..
salam kak rahmah:)
sihat?lama xkontek2.harap sihat2 selalu.
dila tours,france:p
salam rahmah :)
all the best ye for ur study. bile rahmah akan tamat stdy kat sana?
p/s: saya pun suka warna hijau :D
salam ziarah dari ana, atiqah..
from bumikiwi, new zealand..
salam rahmah...
setelah begitu lama mengikuti blog rahmah ni...br skrg nmpk muka...
Alhamdulillah...rahmah baik2 saja di sana...
akak minta izin nak letak blog rahmah ni kt link blog akak...
harap permission granted...
ni ingat lg tak akak???
semoga berjaya hbskan final year project tu...sabar ye...
Post a Comment