"Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan dengan-Nya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah...
Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal. Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya. Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya beserta segala isinya, keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..."
-Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.-
2 comments:
cantik blog ni dan tulisan nya. Teruskan menulis kerana kelembutan itu seni dalam dakwah ...
apapun yg terjadi..
berjln lah tanpa henti..
air mata tertahan..
waktu utk dijatuhkan..
nnt kte kan tahu..
betapa bijaknya hidup..
sepahit apa pun ini..
pelajaran yg bererti..
(by ct)
semoga Allah menguatkan jiwa kte semua..
Post a Comment