skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ▼ 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Sikap Kita

Wednesday, 2 December 2009

Kita sebagai pemegang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya:

"Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Wallahu A'alam.

Posted by misoshiru2312 at 06:00    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

2 comments:

Anonymous said...

Salam kak Rahmah.. thanks atas perkongsian and peringatan.. nak minta izin copy untuk forward kat forum boleh? :")

2 December 2009 at 21:03  
misoshiru2312 said...

salam..
siapekah adik ini??

sile2..copy dan paste la dimana2..
akak pon copy dari buku juga..=)

impikanlah!

2 December 2009 at 21:06  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.