bukanlah yang tinggal tetap itu
rehat bagi orang yang berakal dan berbudi
maka tinggalkanlah kampung halamanmu
dan pergilah mengembara
merantaulah
pasti kau akan temui pegganti mereka
yang kau tinggalkan
berusaha keraslah
sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada
dalam usaha yang bersungguh-sungguh
sesungguhnya aku melihat
air yang menjadi cemar
kerana tidak mengalir
andai ia mengalir
pasti elok keadaannya
dan andai ia bertakung
nescaya cemar jadinya.
Imam Syafie~
Ya Rabb..
Izinkan aku mengukir ikhlas
Di sepanjang lorong perjuangan ini
Biar gelap, panjang hatta sempit sekalipun
Ya Rabb..
Izinkan setiap inci tanah yang ditapaki
Setiap hayunan langkah
Mengharap Mardhotillah
Izinkan aku pulang Menghuni lembah damai itu~
-Yonezawa, Yamagata
1 comments:
Buat adik yang dihormati,
Janganlah belajar sekadar di dalam kelas, sebaliknya bahawa setiap langkah adik di tanah sakura itu adalah bilik kuliah anda!
Akiramenaide!
IlhamHamdani,
Canberra, Australia
Post a Comment