skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ▼ 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Manusia yang faham syahadah..

Thursday, 19 November 2009

Dunia tetap mengingati pagi isnin bertarikh 29 ogos 1966, ketika syahidnya beliau di tali gantung kerajaan Mesir yang pengkhianat.

Hamidah Qutb..adik beliau menceritakan ketika baru keluar dari penjara;

Ketua penjara menemuiku pada hari 28 Ogos 1966. Beliau menunjukkan kepadaku kertas keputusan hukuman gantung terhadap Sayyid Qutb yang telah ditandatangani oleh Jamal Abdul Naseer.
Ketua penjara menyatakan; "Penggantungan Sayyid Qutb akan membawa kehilangan besar kepada dunia Islam dan dunia amnya. Di hadapan kita hanya ada satu sahaja peluang untuk menyelamatkan Sayyid Qutb dari tali gantung , iaitu dia meminta maaf di dalam TV. Dia akan diampunkan dan ditukarkan kepada penjara beberapa bulan sahaja. Marilah kita menemuinya, moga-moga kita dapat menyelamatkannya.."

Hamidah menceritakan; Lalu aku pun menemui abangku dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh ketua penjara .." Mereka akan mengampunkanmu jika engkau meminta maaf.."
Sayyid Qutb menepuk bahuku sambil berkata; " Aku perlu meminta maaf kerana apa wahai Hamidah? Kerana bekerja untuk Allah? Demi Allah..jika aku ini bekerja kerana pihak lain, nescaya aku akan meminta maaf, tetapi aku tidak akan sekali-kali meminta maaf kerana bekerja untuk Allah!"
"Bertenanglah wahai Hamidah, jika sekiranya umurku telah tamat, maka mereka akan melaksanakan hukuman ini. Tetapi jika umurku masih belum tamat, mereka tidak akan menggantungku. Meminta maaf langsung tidak akan melambatkan atau mempercepatkan ajalku.."

Ketika diminta meminta maaf kepada kerajaan Mesir..beliau berkata;
" Sesungguhnya jari telunjuk yang mengakui dua kalimah syahadah pada setiap kali solat ini enggan untuk menuliskan walaupun satu huruf mengakui pemerintahan yang tidak mengikut Islam.."

Semoga Allah merahmati Sayyid Qutb..semoga Allah memberikan syahid kepadanya.
(Dari buku: Gergasi Pemikiran Islam- Al-Syahid Abdullah Azzam)

Posted by misoshiru2312 at 14:20    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

1 comments:

Anonymous said...

jari telunjuk itu..

sama, ada dalam novel hari2 dalam hidupku..karangan zainab alghazali.

20 November 2009 at 19:49  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.