skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ▼ 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

お誕生日おめでとう!

Sunday, 23 December 2007

Hadiah dari cik mad dan cik siti..arigatou!!.

Alhamdulillah...sebelum lebih panjang entry ini ditulis..ada pembaharuan sedikit bermula dari entry ini hinggalah untuk entry2 seterusnya..perkataan aku akan digantikan dengan perkataan saya..:)..setelah dinasihati dan mendengar pandangan dari seorang sahabat..saya bersetuju untuk menulis menggunakan perkataan saya..:)
.......Tahun 2007 telah dilewati dengan penuh dugaan dan cabaran..alhamdulillah dengan meminjam kekuatan dariNya..saya masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah, Iwate ini...dan saya akhiri tahun 2007 ini dengan kenangan yang sungguh indah dan manis..dengan penuh sejarahnya..saya telah menyambut hari lahir ke 21 saya di bumi Ibaraki...bersama sahabat2 yang disayangi cik mad dan cik siti...terima kasih yang tak terhingga..saya bukanlah jenis orang yang menyambut ulang tahun..malah kadang2 saya juga lupa tarikh lahir saya sendiri..alhamdulillah masih ada yang ingat akan saya ini..:)...
Namun, ulang tahun kelahiran saya kali ini amat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya..saya kehilangan seseorang yang tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada saya sebelum ini...awalnya terasa juga kesedihan,kerana kesimpulan awal yang saya buat bahawa saya telah dilupakan, dan saya telah dibuang jauh dari hidup nya..tapi akhirnya saya dapat meneutralkan perasaan negatif itu..ingatan kepada seorang teman bukanlah hanya pada ucapan selamat hari lahir tapi,ingatan itu lebih utuh dan lebih bermakna bilamana kita mengingati sahabat2 kita dalam doa setiap hari..:)

Anak-anak cik Siti..kucing yang montel2 belaka..:)

Saya telah bermalam lama di rumah cik Siti, berjalan2 mengelilingi bumi Ibaraki(wlupun tidak semua)..alhamdulillah terasa ukhuwwah yang sangat indah...walaupun tidak selalu bertemu atau berhubung..tapi kami seolah2 rakan serumah yang tinggal sebumbung...itulah sebabnya saya sayangkan semua sahabat2 saya di AAJ..pertama kali dalam hidup saya bertemu insan2 yang baik seperti mereka..walaupun berbeza latar belakang,bangsa mahupun keturunan..tapi kami seolah2 adik beradik..tidak pernah berkira dengan sesiapa...:).
Pertama kali datang ke rumah Cik Siti..saya amatlah terkejut bila melihat begitu banyak kucing2 yang terbiar seperti gambar di atas...pelik, kerana yang saya tahu..di Jepun ini, amatlah susah untuk berjumpa dengan binatang2 peliharaan yang terbiar..malah untuk memelihara haiwan2 seperti kucing ataupun anjing..pemilik haiwan2 berkenaan mestilah memohon lesen terlebih dahulu..tapi apa yang saya lihat di Ibaraki ini amat berbeza..dan saya kagum dengan cik Siti yang setia memberi makan kepada kucing2 ini...mulianya hatimu Cik Siti Comey..semoga Allah berkati keikhlasan dirimu..insyaALLAH..:)


Bersama Cik Mad...di Bandar Hitachi,Ibaraki

Satu lagi info yang baru saya tahu..rupanya barangan elektronik berjenama Hitachi adalah lambang utama bagi Ibaraki Ken...bandar yang Cik Siti duduki adalah bandar Hitachitaga..dan bandar selepas itu adalah bandar Hitachi..dan sepanjang perjalanan menaiki train di sekitar kawasan ini..anda akan melihat banyak kaisya2(syarikat) Hitachi...dan menurut Cik Siti juga..segala kelengkapan elektronik di Universitinya juga berjenama Hitachi...sudah hampir 2tahun tinggal di Jepun, baru kali ini saya tahu info ini..hihi...:)...

Cik Mad dan Cik Siti bersama baby nihonjin dan ibunya yang sgt baik hati..:)

Sepanjang perjalanan mengelilingi bandar Hitachi..kami berjumpa dengan ibu dan anak berbangsa jepun seperti gambar diatas..hihi...sempat lagi nak posing amik gambar...mulanya budak ni takut2 dengan kami...biasalah nihonjin amat segan dan kurang ramah dengan gaijin(org luar)..tapi alhamdulillah wanita nihonjin ini sangat peramah..sempat bertanya kami beberapa soalan...dan seperti biasa mereka akan berasa begitu kagum dengan kebolehan berbahasa jepun kami yang tidaklah seberapa...adat bagi nihonjin..walau hanya boleh mengucapkan selamat pagi dalam bahasa jepun..mereka akan memberikan pujian menggunung tinggi...oleh itu, bagi mereka yang pertama kali ke Jepun dan dipuji berlebih-lebihan..jangan cepat rasa bangga ya..itu perkara biasa bagi mereka..kadang2 dari pujian itu sebenarnya terselit sindiran yang tidak kita sedari...huhu..ooo..saya tidak berprasangka buruk pada wanita yang baik hati ini ya..:)




Inilah pantai yang kami kunjungi di Ibaraki...sejuk yang tak terkata..hihi..walaupun telah di`warning` oleh Cik Siti..kami tetap berkeras mahu berkunjung ke pantai ini..dan sebagai padahnya terpaksa lah bersabar dengan kesejukan yang dibawa angin ...dan terima kasih kepada hanif a.k.a macha yang sanggup mengorbankan masa tidur paginya semata2 untuk membawa kami ke pantai ini..:)


Cik Siti dan Cik Mad yang sangat baik hati...:)

Posted by misoshiru2312 at 20:39 2 comments    

Salam Aidiladha..

Thursday, 20 December 2007


Salam Aidiladha 1428Hijrah...:)
Assalamualaikum everyone...

Selamat menyambut hari raya qurban untuk semua umat islam..untk sahabat2 semua tidak kira yang berada di Jepun,Malaysia dan dimana-mana sahaja..:)

Hari ini winter break kami bermula..cuti untuk 2 minggu..dan malam ini kami akan bertolak ke tokyo..untuk pelbagai program sepanjang cuti ini..semoga perjalanan kami diberkatiNYA..
Salam aidiladha sekali lagi..semoga kita akan sentiasa bersedia untuk menghulur dan berkoban untuk agama ALLAH..semoga kisah pengorbanan Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar menjadi panduan kepada kita untuk sepanjang zaman..insyaALLAH..
 
  過去に戻れば、全部直したいけど、、それは可能ではないことだ。。。。。






Posted by misoshiru2312 at 23:54 1 comments    

忘年会07

Sunday, 16 December 2007

留学生と市民の忘年会07

Hari sabtu lepas persatuan pelajar asing universiti aku adakan satu upacara tahunan yang dinamakan bounenkai...bounenkai ni adalah salah satu upacara wajib bagi orang2 jepun..diraikan sebelum berakhirnya sesuatu tahun dan dirayakan beramai2..bertujuan untuk melupakan segala kisah2 di tahun sebelumnya,ataupun berjumpa dengan rakan2 dan saling beramah mesra sesama sendiri dan berterima kasih dengan segala jasa dan kebaikan yang telah dilakukan sepanjang tahun ini sebelum melangkah ke tahun baru....Bounenkai pelajar asing ni biasa2 saja..buat pun kat dewan makan..hihi...tapi yang pentingnya meriah..tapi rasa xbest sgt,sebab makanan yang disediakan kurang menarik..banyak hidangan yang ktorg xbley makan..cuma bole makan sushi ikan dan sayur sayuran je..isk..isk....org jepun ni xbole dipisahkan ngn "sake"(arak) dan juga daging khinzir..wajib ada dimana2..uhuh
Sempena bounenkai kali ni...satu pertunjukan fesyen oleh pelajar2 asing telah diadakan..dan negara2 yang turut serta dalam pertunjukan fesyen ni adalah Malaysia,Korea,China(China bnyk sgt..huhu),Bangladesh,Nepal,Wighur dan Mongolia.

Kat sini ada beberapa gambar2 yang agak menarik...krdt tuk housemate ku, sayang ajat utk pic2 ni..:)



Korea

Yang ni pakaian tradisional orang Korea..sayangnya pasangan lelaki xde...biasa ar kot,stud lelaki selalunya malas nak join benda2 camni..apa2 pun lawa baju org korea ni,tapi xbest sbb bole pakai time kawen ngn upacara tertentu saja..xpraktikal kalo nak pakai jalan2 kat tgh bandar.hehe..:)


Wighur

Yang ni pula pakaian org2 Wighur(xtau eja btul or x)..kalo korang sume nak tau..bangsa wighur ni adalah salah satu bangsa yang ada kat China..majoriti mereka berasal dari turki ataupun kazahkstan..boleh berbahasa China dan juga Turki..dan majoriti mereka beragama Islam..pakaian mereka ni ada 2 version..yang sebelah kiri ni,fesyen lama2..dipakai time majlis2 tertentu saja..dan sebelah kanan ni adalah fesyen terkini kata mereka..huhu..



China

Yang ni aku konpius sket..kalo pandang skali..rasa macam pakaian org korea..tapi ini adalah pakaian org china..Model ni kata,ni salah satu pakaian bangsa china..yang terpengaruh dengan fesyen org2 Korea..kerana nenek moyang mereka berasal dari korea..



China

Yang ni pun pakaian bangsa China juga..kalo xsalah Model ni kata,ni pakaian bangsa China di bhg Utara China..



Mongolia

Yang ni pakaian org2 Mongol,baju mereka ni sgtla tebal dan "atatakai"(panas)..sebabnya,cuaca di Mongolia sangat sejuk..kalau time winter,boleh sampai -40drjh..huh..gila arrr...so,pakaian ni hnya layak dipakai di Mongolia,Rusia dan juga negara2 yang sgt sejuk..xbolela pkai kat Iwate..sbb Iwate plg sejuk pun -15drjh saja..huhu



China


Hah..yang ni barula pakaian org China yang kita slalu tengok dalam drama2 China tu...Model ni kata, pakaian ni selalunya dipakai time majlis perkahwinan..ke2-2 model ni adalah suami isteri..baju yg mereka pkai ni sure baju kawen dorg ek..hehe...



Nepal

Yang ni..pasangan suami isteri dari Nepal...Model ni kata untuk menjahit sari ni 6meter kain diperlukan..huhu..dan pakaian lelaki pula mesti wajib ada topi dan kot ni..ni pun rasa2nya baju kawen dorg kot dulu..hihi..



Bangladesh

Ini juga pasangan suami isteri dari Bangladesh..rasanya kalo pakaian perempuan xdela beza sgt ngn org Nepal tadi..tapi pakaian lelaki ada beza sikit....



Malaysia

Hah..yang ni paling comel...org Malaysia..tapi mereka ni bukan pasangan suami isteri..hehe..baju Melayu yang dipakai oleh jejaka2 ni ada 2 jenis satu teluk belanga dan satu lagi cekak musang..yang gadis2 ni pakai pula,satu baju kebaya dan satu lagi baju kurung moden..huhu..xyahla aku explain lebih2 korg sume pun tau...tapi lagi best kalo ada baju kaum pribumi ek..menarik sket..hehe...


Ada banyak lagi ryuugakusei dari negara lain..tapi xtau kenapa kali ni sikit je yang turut serta..
Sepanjang pertunjukan fesyen ni..aku terfikir satu benda..sebab negara kita ada bangsa India dan China juga..aku x teruja dengan pakaian2 mereka...tapi kebanyakan mereka,sangat suka tengok pakaian org Melayu/Malaysia..sebab kata mereka baju2 kita nampak lawa,simple dan mudah dipakai...mc malam tu pun pakai baju melayu dan baju kebaya...lawa je tgk org jepun pkai baju2 kebangsaan kita...satu lagi org2 jepun sangat berminat nak tau,kenapa kita tutup kepala dengan tudung...kebanyakan mereka berpendapat kita menutup kepala kerana cuaca yang sejuk,dan ada juga yang bertanya adakah warna tudung kita itu menunjukkan kedudukan ataupun darjat kita..hihi..lawak juga bila fikir balik anggapan mereka2 ini...tapi jwpnnya simple.."Sebagai org islam,saya wajib memakai tudung ini,kerana ini adalah perintah dari Tuhan untuk setiap wanita muslim"...:)



"Tak kira apa warna kulit sekali pun kamu..dimana letaknya benua yang kamu duduki..sesungguhnya DIA mengetahui setiap apa yang kamu sembunyi dan nyatakan"

Posted by misoshiru2312 at 00:40 2 comments    

Buntu...

Saturday, 15 December 2007

Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya,tidak ada yang mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya.Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering,yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz)..(Al-An`am:6:59)



Membuat Pilihan itu sukar...
Memastikan tiada hati2 yang terluka atas pilihan yang dibuat itu juga sukar...
Buntu...aku buntu dalam merencana jalan-jalan yang ada di depan mata...
Tersepit antara kemahuan diri dan juga kepuasan hati insan lain...
Entah kenapa..kali ini aku betul-betul sukar memilih mana satu...
Goyahnya hati..rapuhnya pendirian..
Aku cuma mampu berdoa..memohon padaNya..agar pilihan yang akan ku buat nanti adalah yang terbaik untuk agamaNYA..untuk diriku juga insan2 di sekelilingku...
Sungguh..aku tidak mahu sesiapa terluka..Kerana aku sayangkan mereka semua
Sungguh..aku tidak mahu sesiapa terluka..tapi aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua...


Posted by misoshiru2312 at 00:19 3 comments    

Genki...!!

Saturday, 1 December 2007

Autumn Gathering 07

Assalamualaikum everyone...:)

Alhamdulillah...setelah seminggu aku hidup dalam ke"busy"an yang melampau,akhirnya dapat juga mouse dan keyboard laptopku ini merasa kehangatan tanganku..hehe..boleh tak tido sampai subuh sebab edit video autumn gathering tempoh hari..(jgn tiru perangai diriku ini ya!)...

Dah seminggu balik dari program tempoh hari,tapi kehangatan dan semangat yang diperolehi dari program tu masih tersemat dihati..Alhamdulillah..tema program hari tu adalah "shahadatul Haq"=Pengakuan kepada kebenaran...sambungan daripada isi program b4 ni iaitu "ISK"=Ini sejarah kita..tapi kali ni xnak tulis pasal isi program tersebut..semua tu dah dibuat tapi masih dalam kotak2 draft blog ni..utk tulis semua tu aku memerlukan rujukan dan tunjuk ajar dari kakak2 n sahabat2 lain..so x berani lagi nak kongsi..:)

Alhamdulillah..program hari tu best sgt2!!..terima kasih pada kak Aimi,Che sue,Nurrina n Suraya yang galakkan ktorg join program tu..Alhamdulillah dipilih untuk join program kali ni..so..galakan utk shabat2 lain turut serta pula untuk next program kat Chiba..

Terima kasih+sayang untk semua...terasa ukhuwwah yang ALLAH beri ni sangat berharga..terasa keindahan yang terlalu sukar untuk diungkap dengan kata2..hanya mereka yang mengerti sahaja yang tahu..cewah..hehe..

Mohon maaf sbb video ni xla seberapa..almaklumla diri ini budak baru belajar..lagi2 gambar2 dalam video ni kebanyakannya muka org yang sama je...xdpt pic dari sempai2 n kohai2 lain..cuma dapat dari kamera ayu n aar je..terima kasih ayu n aar..mulanya nak upload je gambar2 ni,tapi bnyk sgtla pula..dahla xde frenster,malas nak upload kat flickr..last2 buatla video ni..:)

ok guys,pasal pengisian insyaALLAH akn kita kongsi bersama nnt..i`ll write more(A lot more to be told..this could become a book!!)

Satu Hari dengan SUSHI & 100yen shop

Munieru,ika sarada n shichiking..sedap...:)

Sebab malas nak buat 2 entry aku sekalikan entry ni..hihi...dah lama mengidam sushi ni..dah 2 minggu xmakan sushi..sebagai melepaskn tension (ni semua sebab chukan test n jikken(eksperimen) yang memualkan.huhu)..petang tadi aku ngn mad sanggup jalan kaki hampir 2km semata2 nak mkn sushi..sedap sungguh sushi ni..kpd mereka yang xpernah lagi merasa sushi..jom2 dtg jepun utk rasa keenakan sushi sebenar..hehe...



100yen shop best!!

Dalam perjalanan pulang..kami singgah di 100yen shop..stud jepun mesti suka sgt ngn kedai ni kan..macam2 ada...tapi kali ni masuk kedai ni xbeli apa pun..mulanya ktorg singgah kat shopping complex ni nak survey baju n kamera...tapi sebab semua harga barang mahal..jadi pening pula kepala..utk hilangkan pening kami pun singgahla kat 100yen shop..lega sket dpt tgk harga barang murah...kami kan budak jimat(trademark bdak iwate)...:)

100yen shop: Barang2 yang dijual kat sini semuanya harga 105yen termasuk cukai..ala2 kedai rm2 kat mesia..tapi yang menariknya,barang2 kat kedai ni semua tahan lama belaka, sama standard ngn brg2 mahal....itu sebabnya kami suka 100yen shop!!!..hihi

Actually bnyk pic2 menarik sepanjang perjalanan kami ni..tapi xtaula macamn bole xde pula time masukkan dalam laptop tadi..rasa tension sket..tu yang skalikan 2 benda dalm satu entry ni..huhu..

p/s:gomen bahasa agak tunggang langgang sedikit...mata x tertahan mau tido!

Posted by misoshiru2312 at 05:13 6 comments    

Walau dimana kamu berada.......

Saturday, 17 November 2007

" Dan ingatlah, Akutidak menciptakan jin & manusia melainkan untuk mereka meyembah
& beribadat kepada Ku."(Adz-Dzaariyat51:56)

Terpanggil untuk menulis secara ringkas mengenai solat.Terbit idea dari blog Habibah dlm entry bertajuk "Solat tiang agama".Tetapi yang ingin diutarakan disini tidaklah terlalu mendalam,kerana ilmu diri ini tidak sampai ke tahap mana..aku cuma insan biasa..sama saja dengan sahabat semua..

Solat merupakan rukun kedua daripada rukun-rukun Islam yang lima. Juga merupakan amalan asas bagi setiap muslim. Ini jelas sebagaimana diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud:

"Agama Islam itu terbina di atas lima asas, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan".

Rasanya tidak perlu ulasan lebih lanjut mengenai soalan yang aku kira sahabat semua sudah sedia maklum mengenainya...Yang ingin dikongsi disini ialah pengalaman menunaikan solat di sepanjang aku berada di negara yang majoriti penduduknya bukan muslim ini...



*ketika di tahun pertama dulu..di musim sejuk pada suhu puratanya -8drjh*

Aku perlu menghadiri kelas sehari suntuk..dari pukul 8.40am higgalah 6.00pm..hanya ada peluang rehat pada pukul 12.00tghari dan hanya sempat untuk menunaikan solat zohor ketika itu..dan selebihnya kami akan solat ketika kuliah sedang berjalan..


Memandangkan waktu itu adalah musim sejuk,ternyata ianya adalah satu ujian bila wudhuk yang disimpan sejak zohor tadi terbatal, terpaksa mengambil wudhuk semula dengan air sejuk(di universitiku ini hnya blok tertentu shja yang tandasnya ada air panas)..dan selalunya kami memilih untuk berwudhuk di tandas khas untk org2 kurang upaya..lebih selesa mengangkat kaki untuk dibasuh di atas singki..hehe...untuk solat asar kami memilih untuk solat di tingkat teratas blok gakusei center...mujurlah sensei yang mengajar subjek waktu itu berfikiran terbuka
dan sekiranya kami lewat masuk ke kelas ....mudah saja, bgtau yang anda lewat kerana anda solat..alhamdulillah sensei faham situasi pelajar muslim, memandangkan sensei tersebut pernah bertugas di malaysia...


Untuk kuliah terakhir pada hari tersebut , agak sukar untuk kami keluar solat beramai2,oleh itu masing2 akan jaga line , bergilir2 untuk solat..memandangkan kuliah ini adalah kuliah di dewan kuliah yang agak besar, sensei akan mengunci pintu untk mengelakkan pelajar keluar awal..huhu..jadi terpaksalah kami keluar selang 10minit...selalunya waktu ini, kami akan solat di kelas2 kosong..penah sekali kami tersalah memilih tempat ..rupanya tempat tersebut adalah bilik kenkyu(research), tapi alhamdulillah pertolongan ALLAH itu sentiasa ada..nak dijadikan cerita..tengah kami sibuk2 cari arah kiblat..datang seorg sensei sergah ktorg..dengan muka garang semacam..agak cuak waktu itu..segera kwnku menjawab memberitahu kami ingin tumpang solat di tempat tersebut..tetiba riak wajah sensei tersebut berubah..mengangguk2 dan berlalu pergi begitu saja...aku tersenyum memandang kwnku yang comel itu...seraya berkata.."jom solat!"...maka kami pun solatlah dengan hati yang tenang....hehe


"Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".

Gambar diatas adalah ketika sahabat2 ku sedang solat di shibuya eki(sta),Tokyo..time aku amik gambar ni..ada seorg pakcik jaga ..memandang dengan peliknya..diperhatinya betul2 insan2 yang sedang menyembah Tuhan Yang Maha Agung ini...aku senyum memandang pakcik tersebut..pakcik tersebut membalas senyumanku lalu berlalu pergi..hehe..mungkinkah pakcik tersebut malu padaku yang memberikan senyuman manis padanya ini..anda rasa?..Mungkin awalnya pakcik tersebut berasa curiga dengan kami..tapi aku yakin semua ini pertolongan dari ALLAH ...Kalau kita buat apa yang ALLAH suruh..insyaALLAH mudah segala urusan kita..:)


Banyak sebenarnya pengalaman bersolat di merata tempat..aku pernah solat di tengah2 salji yang memutih..bayangkan betapa sejuknya waktu itu..berwuduk dengan salji...:)
Ini semua gara2 kami yang belum mahir bermain ski..disebabkan tidak dapat sampai ke destinasi sebenar pada waktu yang ditetapkan, kami terpaksa solat ditengah2 skijyo yang luas itu..ini bukti cinta kita padaNYA..dimana saja..seruan ini wajib dilakukan...


" Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang ruku". Al-Baqarah (1:43)

Persoalannya disini..Bagaimana keadaannya bila kita lakukan semua ini di tanah air kita sendiri, yang majoriti penduduknya Muslim...bayangkan, sekiranya anda solat di bawah tangga bangunan kuliah anda..semestinya akan ada suara2 yang akan menganggap anda pelik bukan.."kenapa perlu bersusah payah solat di tempat sebegitu,bukankah sudah disediakan tempat untuk solat"..mungkin juga anda akan digelar orang tidak siuman..mungkin..siapa tahu..mungkin juga kerana faktor kebersihan tempat2 sebegini di tanah air kita...(oo..aku tidak memburukkan tanah air ku..cuma menyatakan apa yang benar..:)


Dan seperkara lagi..aku sudah biasa bersolat tanpa mengenakan telekung berwarna putih itu..yang penting nya aurat ditutup(semua bhgn badan kecuali muka dan telapak tangan)..dan selalunya aku akn bawa bersama kain baju kurung,kerana khuatir baju terselak ketika sujud..hehe...jgn lupa..pakailah tudung ataupun baju yang tidak jarang..kesimpulannya disini pakailah pakaian yang menutup aurat..**yg wajib ada dalam beg ketika keluar berjalan2*kompas,sejadah kecik,kain baju kurung**...Islam itu mudah bukan...ianya menyusahkan bagi sesetengah orang yang menjadikannya susah..:)


Dari itu sahabat2 ku dan juga utk diriku yang mudah lupa ini...walau dimana berada...jangan lupa perintah ini..mengapa bisa kita lupakan perintah ALLAH ini..lihatlah betapa kita disayangiNYA..betapa ALLAH tidak pernah lupa untuk memberi oksigen untk kita setiap hari..betapa ALLAH tidak pernah jemu mengurniakan siang dan malam untk kita..betapa ALLAH jadikan hidup kita ini penuh nikmat..penuh kasih sayang...


Sabda Rasulullah S.A.W:

"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama".



Pesan seorg sempai: kalo kita solat sendiri2 di tengah2 tmn bunga..mungkin org akan kata kita gila tertunduk situ tertunduk sana..tapi cuba kita lakukan solat dalam jemaah beramai2..tiada siapa akan kata kita gila..kerana org gila tidak akan mampu meniru perlakuan ketua(imam) dan melakukan perbuatan2 yang sama dengan serentak bersama jemaah yg lain ...(hikmah solat berjemaah)

Posted by misoshiru2312 at 23:12 7 comments    

Baticrom....

Tuesday, 13 November 2007


Assalamualaikum everyone...:)



WARNING: Reading this is a total waste of time...!

Satu hari ketika dlm perjalanan pulang dari gym...utk makluman semua kami amatlah mengambil berat akan kesihatan kami...sehingga wujudnya ahli kelab gym di morioka ini...=p

Sambil mengayuh basikal...
housemateku: mah, kat umah ayam ada lg x?
aku: dah xde,yg tinggal ayam tuk msak spaghetti je..nape?
housemateku: daging?
aku: dah abes, hari tu aku abeskan, nape?
housemateku: ape lagi yang tinggal?
aku: emm..sausage je yg ade..udang bnyk lagi ar...nape?
housemateku: jom tempah baticrom...dah xde mende dah kat rumah tu..
aku: ok


setibanya di rumah...
housemateku: nak beli ape lg mah?
aku: beli beras thai skali...beras oyasan bg ni susah nak basuh...
housemateku: ok
aku: jgn lupa, duit umah tggal 5000yen je lagi..beli sket2 dah ar, try tnya umah sbelah skali, nak order gak ke..
housemateku: haipp!


hari ni....
housemateku: mah, hari ni baticrom sampai..dlm kol 2-4..tggu tau...
aku: ok..brapa kena bayar?
housemateku: dalam 10000yen lbey...
aku: aik..mana cukup duit umah...
housemateku: xpe...mad kan ade.......

hehehehe....kan aku dah pesan, jgn baca entry ni...buang masa korg jek...
sebenarnya aku tgh bosan tggu pakcik kuroneko(sykt penghantaran) dtg hntr brg2 yg dah diorder tu...huhuhu

what actually baticrom is?
BATICROM adalah syarikat menjual makanan2 halal melalui internet..bukan mknan shj..calling card,pakaian,buku2 agama pun ada..dan brg2 yg dijual hotondo dr negara2 spt Bangladesh,malaysia,Indonesia,brazil dll...memandangkan kat iwate ni xde kedai untuk mendapatkan bekalan makanan spt daging,ayam dll yg halal..maka kami terpaksa membeli semua keperluan tersebut melalui internet...lagi mudah..sbb penghantaran ni dilakukan terus sampai ke rumah..so xpyahla susah2 nak angkat benda2 berat..mudahkan...



"Kamu harus bersyukur, kerana tidak menjadi aku,
Aku harus bersyukur, kerana tidak menjadi kamu,
Kita harus bersyukur, kerana menjadi diri kita sendiri"

Posted by misoshiru2312 at 13:58 9 comments    

kenapa Misoshiru...?

Friday, 9 November 2007

Misoshiru

Mah..kenapa misoshiru?..Tanya seorang sahabat..ek, bukan seorang, tapi ramai yang bertanya kenapa blog ni namanya misoshiru...misoshiru adalah salah satu makanan tipikal orang jepun..biasanya dimakan bersama gohan(nasi)..berupa bentuk seperti sup yang dicampur bawang,nori,wakame dll..misoshiru ni dimasak mengikut citarasa ken(kira sama cam negeri) masing2..lain ken lainla rupa bentuknya..


ok,berbalik kepada pertanyaan diatas,sebenarnya ada satu cerita disebalik misoshiru yg sedap ni..ceritanya begini, sewaktu aku masih muda remaja di tahun pertama dulu,ada seorang sensei namanya mori sensei yang mengajar subjek muki kagaku(inorganic chemistry)..faham2 lah waktu zaman remaja yang gilang gemilang itu,tahap penguasaan bahasa jepun masih boleh dikatakan sederhana..hehehe...Mori sensei ni adalah seorang sensei yang sangat suka bertanya,kuliah 1jam 3o minit..sejam dihabiskan utk bersoal jawab dan 30minit lebihnya untuk mengajar...


Dijadikan cerita, satu hari ni, start je klas..mula la sensei attack sesapa yang dia berkenan.. dalam kelas aku ada 3 orang malaysian..dan yang paling disukai sensei adalah housemate ku iaitu quratul ain..hehehe...dan akula yang tak pernah di `attack` oleh sensei..hehe..oleh itu aku selalu merasakan diri berada di zon selamat...salah satu cara nak elak disoal oleh sensei adalah berpura2 busy menulis...sambil menundukkan kepala...:)


Bila sensei dah penat tanya budak2 nihonjin(org jepun)...mulala sensei bergerak ke arah ryugakusei(plajar asing) pula..dan aku ngn mad mulala buat2 busy menulis...aku dalam hati yakin sangat mesti sensei akan tanya aar(nama singkatan quratul)...tapi malang tak berbau..dalam aku sibuk2 menulis sambil menundukkan kepala tu..tetiba meja aku kena ketuk..aku angkat muka,,,,,`haip...omae...##$%&&%$%&& nan desuka?>>>> ,,,,erk...aku buat muka blurrr...apa sensei tanya ni...seisi kelas senyap time tu..semua org menunggu jwpn dari aku...erk...aku dah panik...aku pandang mad..then mad pandang arah lain..itu isyaratnya mad pun xfaham...`haip..nan desuka?`..sensei tanya lagi...dalam otak aku waktu tu cuma terbayang kek dan ikan je...sebab dengar perkataan masak time sensei soal tadi...emmm...emmm....tetiba terpancul dari mulut aku perkataan `misoshiru`..........


Tetiba darah menyirap ke muka.....aku dengar suara2 nihonjin kat belakang..ada yang try tahan gelak...bahu aar kat depan terhenjut2..aku tau dia tengah gelakkan aku...tapi terasa hebat juga time tu..nihonjin ni sangat susah nak gelak time kuliah...tapi aku berjaya buat dorg gelak hari tu..hehehe..then sensei pun dengan muka hampa..berjalan ke depan..`okla..kita teruskan kuliah kita hari ni,walaupun hari ni saya mendapat jawapan yang x disangka2`...bila dengar sensei kata cam tu..terasa diri sangatla bodoh..isk....


Soalan sensei sebenarnya adalah..hehe...`apakah cth bahan yang perlu ditambah dalam air untuk menjadikan takat didihnya lebih dari 100drjh?`....dan jawapannya adalah garam..kira okla aku jawab misoshiru..kalo aku jawab ikan atau kek??...huhu...


Disebabkan aku rasa sangat tercabar dengan sensei tu..aku berazam untuk lepas semua paper sensei tu..dan alhamdulillah setakat ni aku lepas semua paper mori sensei..kihkihkih...dan ada hikmahnya disebalik semua tu...sejak hari tu,sensei dah x banyak tanya dah..masuk klas trus mengajar...hehe...dan aku pun masih berusaha untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa jepun aku..ima gambattechu...hehe....




`Semoga jalan ini penuh barakah dan kasih sayangNYA,permudahkan urusan kami Ya ALLAH..dan berkati ilmu yang kami pelajari ini...`




Posted by misoshiru2312 at 14:56 16 comments    

Labels: Why MISOSHIRU?

Genki kanaaa..

Monday, 29 October 2007

Takamatsu ike..Iwate..



Tujuan sebenar blog ini bukanlah untuk menulis luahan hati, awalnya sekadar suka2 untuk merakam setiap detik indah di iwate ini,namun akhir-akhir ini aku terpanggil untuk menulis apa saja yang aku rasa...:)
Sekadar untuk kepuasan diri sendiri,bukan untuk ditatap dan dihayati orang lain..:)
Sahabat2 di luar sana semuanya sedang sibuk...really2 need sum1 to talk to right now....dan akhirnya jari jemari ini terasa ingin menari-nari di atas keyboard..walaupun sekadar catatan yang agak ringkas.....i`m missing everyone.....:(


I refuse to be discouraged,
To be sad, or to cry,
I refuse to be downhearted,
And here's the reason why...

I have a God "Allah" who's mighty,
Who's sovereign and supreme,
I have a God "Allah" who loves me,
And I am on His team.



`Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu,
Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis`
( An-Najm,53: 42,43)

Posted by misoshiru2312 at 19:54 4 comments    

Need a brave heart...

Friday, 19 October 2007

sekiranya jalan bahagia itu ada di depan mata............



Untuk sampai ke tahap ini, aku memerlukan masa yang terlalu panjang....Kembali mencari makna hidup sebenar..setelah terlalu jauh menyimpang dari tujuan asal.kehadiran che sue dan kak aimi utk usrah yang lepas benar2 memberi sinar dalam hidup aku...alhamdulillah..ALLAH izinkan semua ini berlaku...terima kasih utk kak aimi dan che sue..semoga segala usaha kalian diberkati ALLAH s.w.t..


Hati terasa sedih dan sayu hari ini..mungkin juga kerana pengaruh cuaca di iwate yang semakin hari semakin sejuk ini...aki(autumn) dengan suhu 9drjh...ditinggalkan housemate yang sibuk dengan hal masing2...berhijrah sebentar ke rumah jiran sebelah..sekadar berbual kosong...


Merenung sebentar perjalanan hidup selama 1thn 8bulan di iwate ini...terlalu banyak masa yang aku sia-sia kan...terlalu banyak memikirkan hal2 yang belum pasti..terlalu banyak melupakan Dia penciptaku...dan aku menyedari sesuatu...terlalu lama aku menangis mencari jawapan kepada kekalutan jiwa yang aku hadapi...ya...ALLAH s.w.t tidak ketemukan aku dengan jalan ini, kerana selama ini aku menangis kerana hilangnya bahagia duniawi...aku tersasar dari makna sebenar taubat...aku tidak menangis keranaNYA..aku tidak menangis kerana dosaku yang terlalu banyak ini...


20 tahun 10 bulan aku hidup..dan dalam usia ini...baru aku mengerti sebenar tujuan hidup..syukur Alhamdulillah...aku temui jalan ini..aku berani mencipta keputusan sendiri untuk meninggalkan apa sahaja yang aku sayangi demi bahagia menujuNYA...dan aku temui ketenangan sebenar buat pertama kalinya...buat pertama kalinya aku mampu memaafkan diri sendiri..membuka jalan untuk mengubah diri..kerana menyedari ALLAH s.w.t itu Maha Penyayang...sedangkan Sang Pencipta memberi keampunan kepada makhlukNYa...terasa kebodohan yang teramat sekali kerana menutup peluang untuk berubah selama ini...


`Biarlah tiada satu pun manusia yang mampu menerima aku kembali...kerana aku ada DIA yang mampu menerima ku walau seberat mana kesalahan ku selama ini...Ya Rabb..hadirkan cintaMU dalam hati dan jiwa ini...`



Wahai orang –orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu seorang Muslim” [Al-Imran,3:102]




Posted by misoshiru2312 at 19:16 5 comments    

Eidul Fitri 1428H

Tuesday, 16 October 2007


Iwatetachi , Eidul Fitri 1428H



Subhanallah..koyo di hari raya ke2


Ini masuk kali kedua aku beraya di bumi indah Jepun ini..rasanya tiada apa-apa yang berbeza dari hari2 yang lain..cuma rasa sedikit sedih kerana rasanya aku terlalu banyak mensia-siakan ramadhan sebelum ini..dan aku biarkan bulan penuh berkat itu berlalu begitu saja..semoga ada rezeki untuk kita bertemu dengan ramadhan di tahun seterusnya..amin..


Post ni aku berkesempatan untuk tulis pada hari raya ke4..x sedar rupanya dah masuk hari ke 4 kita beraya..tiada apa2 yang istimewa bagi aku..walaupun bergembira pada hari raya pertama dan ber`koyo`(akt melihat daun2 luruh) pada hari kedua..tapi rasanya, bagaimana gembira sekalipun aktiviti disini..raya di ranau dengan kehadiran mak lebih bermakna...


Terima kasih utk sahabat2 se`batch`..sempai2..kohai2...untuk raya yang best tahun ni...

semoga syawal ini juga akan penuh barakahnya sama dengan ramadhan yang telah lepas...:)

Posted by misoshiru2312 at 17:50 2 comments    

The future is not ours to see.......

Tuesday, 4 September 2007

Hoh..rupenya ramai gak bdak2 aaj yang dah create blog memasing eh...huhu
Terasa gak kejanggalan disini..baru cuba2 nak menulis nih...dah lama x asah bakat...

Hari ni dah nak sebulan aku abeskan cuti kat mesia...kat kampungku yang indah lagi permai..
ada lagi dalam 22hari aku kat sini...dah terasa kebosanan yang teramat sangat..huhu..rasa diri tak berguna lak..hari2 buat benda yang sama..baru hari ni leh kuar..kalo member2 laen sume banyak mende dorg buat time cuti ni..tapi aku duk kat rumah je..huhu

Tapi masakan Allah jadikan perjalanan cuti aku ni camni..kalo bukan ada hikmah sebaliknya kan..hehe..Alhamdulillah..walaupun rasa terkilan sket sbb tak dapat join aar n the gang ryoko australia n new zealand...tapi menemani mak aku yang tengah sakit ni lebey banyak faedahnya..lebey bnyk pahalanya..insyaALLAH...

Mmm..crita pasal mak aku...mak aku skrg xleh nak bergerak sangat..kena ada org disisi dia slalu..slalunya ada org gaji..tapi xtau apa hal nya org gaji tu cuti jap..sebbaik ada aku..sedey tengok org yang kita sayang dalam keadaan camtu..nak jalan mesti kena pimpim...
pernah satu hari tu,aku temankan mak aku pi pekan..then sepanjang jalan aku kena pimpin tangan dia...time tu rasa sedey yang teramat sangat..time kecik2 mak kita pimpin tangan kita time jalan kan..then skrg aku yang pimpin tangan mak aku.......mak.... sayang mak.......

Teringat time kecik2 dulu..kalo nak tido mak mesti pastikan telinga ktorg adik beradik tertutup ngan rambut or selimut..sbb mak risau serangga or menatang liar masuk dalam telinga...bila ingt balik sume tu...syahdunya kasih mak...kalo sesape yang ade boifren ke girlfren ke..cuba korg pk..boi/girl fren korg akn buat camtu x....x kan..kalo ade pun,ntah berapa kerat je....mak..sayang mak....

Aku ni bukanny dari golongan org senang..susah gak time kecik2 dulu...bila teringt sume ape yang mak dah buat kat ktorg adik beradik...rasa nak mengalir air mata..kalo bukan sbb aku terpaksa tinggalkan mak utk tuntut ilmu..aku xkan tinggalkan mak cam skrg..harap mak faham...sayang mak....

Hoh..xleh nak crita panjang2 pasal mak...nnt nagis lak...huhu....
pernah sorg sahabat ni pesan kat aku..time tu aku tgh mengalami konflik diri yang x sepatutnya..dia pesan..

"boifren girlfren kalo hilang kita bole cari baru.....tapi kalo mak ayah kita hilang..bole ke kita cari yang baru...oleh itu hargai mak n ayah..peluk cium mereka..sebelum jasad mereka jadi sejuk dan kaku..."

Semoga Allah berkati perjalanan hidup kita semua...semoga Allah mudahkan perjalanan hidup mak ayah kita ,duniawi..ukhrowi....semoga kita semua akan jadi anak yang baik..anak yang xlupa doa untk mak ayah...

Doa untk sahabatku yang akan fly ke united kingdom beberapa hari lagi...wlupun xde khbr berita dari dia..wish u all da best...

Posted by misoshiru2312 at 15:25 1 comments    

Exam dan Watayuki....

Friday, 3 August 2007


Tamatnya sem 3 ni dengan hampir pecahnya kepalaku..aikss



Aktiviti sehari lpas exm..bermain2 di pantai nan indah..ohoh



Clearance sale yg mengclearkan duitku..uhuk



Hari yg dinanti2..sansa odori...




Iwate University at sansa odori07




Watayuki berperisa kopi yg buat aku x tdo malam...ohoh

Alhamdulillah...abes gak sem 3 ni..huhu..walaupun rasa2nya bnyk je kena ulang paper nnt..tapi alhamdulillah setakat result yg kuar ni..semua lepas..syukur..

Abes je exam ni bnyk sgtla benda yg best2..huhu...mmg ar exam dah abes...

ohoh..xde idea nak tulis apa...

lain kali nak letak video sansa odori..tapi nak edit dulu..

ooo..xsabar nak balik.....................i`m missing everyone......:(






















































Posted by misoshiru2312 at 04:08 4 comments    

Everybody`s changing...

Friday, 13 July 2007

shuryoshiki(Majlis tamat pengajian) Ambang Asuhan Jepun,UM 04~05




Last classmates sm sains Labuan..5 sarjana 03


I`m gonna miss them..huhu..Iwatetachian 06


Pernah dengar lagu Everybody`s changing?..lagu oleh kump keane...rasanya lagu ni dah lama..tapi still disukai oleh saya sampai skrg..hihi..

Tetiba rasa nak menulis hari ni...tetiba rasa rindu sangat pada semua insan2 yang sedang berada jauh buat masa ini....rindu untuk kembali ke zaman sekolah dulu..rindu dengan sahabat2 time kat labuan and um..huh..entah apa khabar korang semua skrg eh.....(untuk warga iwate..mnta maaf sbb xrindu korg..huhu..naik muak tgk muka korg tiap hari..haha...jgn marah)

Bila dah lama sangat tak jumpa..tetiba terfikir lak..cmne korg suma skrg ni..ada ke yg dah kawen..yang dah bertunang..huh..aku langsung x amik tau sejak datang jepun ni..hehe..bajet bz la tu konon...Sama lagi ke korg dgn yg dulu..sama lagi ke liana idris yg aku kenal dulu..masih gemarkah fairuz pada warna purple..dah tinggi ke atul...fana masih macam ibu ka..teteng dah berpunyakah..hehe..dan sahabat2 yg lain..teringin melihat kalian bagaimn skrg..dan sahabat2 di aaj..wlupun kita duduk dalam sama2 kat nihon(jepun)..けど,会う機会があまりないねえ。。(tapi peluang tuk jmpa tu sgt tipis)

Manusia berubah setiap detik..dan ada manusia yang merancang perubahannya dan ada yang tidak..mungkin aku sekarang x rasa aku dah berubah..yang akan dapat melihat perubahan diri kita adalah orang yang dah lama x jumpa kita..sebab orang tu yang akan dapat menilai apa yang dah lain..ye ar..xkan nak tnya housemate lak..housemate kita tiap2 hari jumpa..huhu..tiap2 hari akan rasa benda yang sama..kita berubah sikit pun kadang2 x perasan..lain ar kalo botakkn kepala cam sh amani tu..kalo dah berubah sampai tahap camtu pun x leh nak cam lagi..huhu..memanglah...

Kita tak dapat nak jangka apa yang akan berlaku 2 atau 3 thn akn dtg..bukan 2,3 tahun saja..malah kita tak mampu nak jangka apa yang akan berlaku esok..sebab tu aku selalu ingtkan pada diri sendiri..jangan pernah mengharapkan seseorang yang kita kenal akan masih sama seperti dia yang kita kenal bila dah lama sangat x jumpa..sebab,bila kita jangkakan yg sama..mengharapkan yang sama..kita akan rasa kecewa..kerana dgn yakinnya aku kata..xde sape xkan berubah..terima seadanya perubahan setiap insan..dan yang paling penting..kita sebenarnya pun tengah mengalami perubahan...:)

x sabar rasanya nak tgk warga iwate yg skrg ni di masa akan dtg..hehe..dah ada yang nak kawen..insyaALLAH, semoga ALLAH mudahkan urusan..ntah2 housemate aku yg ala2 queen control hari ni akan jadi seorg ibu yg sgt penyayang kelak..dan housemate aku yang kurus kering sorg nih..akan berisi suatu hari nnt..hehe..dan begitulah untk suma org..aku mengharapkan perubahan yg positif utk korg dan juga diri aku..insyaALLAH..

Aku selalu kata pada diri sendiri..sebenarnya hidup ni adalah kenangan..ya..kenangan..cewah..ye ar..apa yang kita hadapi hari ini akan menjadi kenangan pada hari esok..betul kan?..cam lirik lagu pula..huhu..cuma terpulanglah..samaada ianya akan jadi kenangan yang manis mahupun pahit..

SEMOGA HARI INI AKAN LEBIH BAIK DARI SEMALAM......




Posted by misoshiru2312 at 23:25 2 comments    

yatto dekita..~~akhirNya..

Saturday, 26 May 2007

Kalau housemate aku tahu yg aku dah start menulis blog ni..sure kena hentam..
Tapi rasanya ini bukan suatu yang salah..cuma ingin mengisi kelapangan yang hingga ke satu tahap boleh membuatkan aku mengalami cirit birit yang melampau-lampau mahupun rasa ingin muntah yang teramat sangat...

Rasanya ini blog yang ke-5 aku try buat..huhu..dan aku tak pernah istiqamah utk terus menulis..mungkin kerana merasakan aku tidak perlu catatkan perkara2 menarik yang terjadi di sini..ya..di bumi iwate yang indah permai ini...

Tapi setelah muak melihat kekacakan jejaka2 nihonjin(org jepun)..dan keseksian..ek..jejaka lawannya apa ya..kalo pompuan..isk..lupa la plak..senang,tulis je la keseksian remaja wanita jepun..hehe...rasanya aku perlu catatkan setiap benda yang aku rasa menarik dan perlu di ingati..

Dan blog ni bukan untuk tatapan sesiapa..cuma untuk kepuasan diri sendiri..supaya bila satu masa aku meninggalakn bumi iwate ini..akan ada satu site dalam internet ni yang aku bole buka untk ingt kembali perkara2 best yg pernah aku alami kat iwate ni..huhu..

Oleh kerana diriku yang tidak pandai mangarang ayat2 best..maka aku ikut saja kepala otak aku yang telah bengong dengan ketepuan 3 bahasa..bahasa melayu/jepun n inggeris..huhu..bajet terror je aku..huhu..time skola menengah dulu memang aku sgt suka mengarang..sgt suka buat bnda2 yg kreatif2 ni..dan aku sangat suka menconteng...tapi setelah masuk ke AAJ..ambang asuhan jepun UM..ntah cmne ntah..trus x suka menulis..dan terus aku tinggalkan hobi2 lama aku..busy sgt kot kat AAJ dulu..tapi seingat aku..aku ada je masa berfoya2 kat midvalley setiap hujung minggu...takpun tido memanjang setiap kali hujung minggu..ayak!!!

Okey..aku nak cite sikit pasal iwate ni..sebelum aku akan menulis lebih banyak lagi pasal iwate..iwate ni terletak kat sebelah utara jepun..terletak di sebelah aomori ken dan akita ken..ayakk..aku mengarut pasal ken plak..kalo bdak2 yg study kat jepon ni taula ken tu apa..tapi kalo anak buah aku yg study kat ranau sabah tu..mana la dia tau..ayaooo..nmpaknya sebelum menulis lebih lanjut lagi pasal iwate dan jepun ni..aku kena ada ilmu yg lbey sket..ni x..tgh2 banyak shukudai(kira cam assignment la)..time ni la plak aku ngada2 nak pi buat blog.huhu..

shukudai menantiku...ayakkk!!

Posted by misoshiru2312 at 15:31 1 comments    

Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.