留学生と市民の忘年会07
Hari sabtu lepas persatuan pelajar asing universiti aku adakan satu upacara tahunan yang dinamakan bounenkai...bounenkai ni adalah salah satu upacara wajib bagi orang2 jepun..diraikan sebelum berakhirnya sesuatu tahun dan dirayakan beramai2..bertujuan untuk melupakan segala kisah2 di tahun sebelumnya,ataupun berjumpa dengan rakan2 dan saling beramah mesra sesama sendiri dan berterima kasih dengan segala jasa dan kebaikan yang telah dilakukan sepanjang tahun ini sebelum melangkah ke tahun baru....Bounenkai pelajar asing ni biasa2 saja..buat pun kat dewan makan..hihi...tapi yang pentingnya meriah..tapi rasa xbest sgt,sebab makanan yang disediakan kurang menarik..banyak hidangan yang ktorg xbley makan..cuma bole makan sushi ikan dan sayur sayuran je..isk..isk....org jepun ni xbole dipisahkan ngn "sake"(arak) dan juga daging khinzir..wajib ada dimana2..uhuh
Sempena bounenkai kali ni...satu pertunjukan fesyen oleh pelajar2 asing telah diadakan..dan negara2 yang turut serta dalam pertunjukan fesyen ni adalah Malaysia,Korea,China(China bnyk sgt..huhu),Bangladesh,Nepal,Wighur dan Mongolia.
Kat sini ada beberapa gambar2 yang agak menarik...krdt tuk housemate ku, sayang ajat utk pic2 ni..:)

Korea
Yang ni pakaian tradisional orang Korea..sayangnya pasangan lelaki xde...biasa ar kot,stud lelaki selalunya malas nak join benda2 camni..apa2 pun lawa baju org korea ni,tapi xbest sbb bole pakai time kawen ngn upacara tertentu saja..xpraktikal kalo nak pakai jalan2 kat tgh bandar.hehe..:)
Wighur
Yang ni pula pakaian org2 Wighur(xtau eja btul or x)..kalo korang sume nak tau..bangsa wighur ni adalah salah satu bangsa yang ada kat China..majoriti mereka berasal dari turki ataupun kazahkstan..boleh berbahasa China dan juga Turki..dan majoriti mereka beragama Islam..pakaian mereka ni ada 2 version..yang sebelah kiri ni,fesyen lama2..dipakai time majlis2 tertentu saja..dan sebelah kanan ni adalah fesyen terkini kata mereka..huhu..
China
Yang ni aku konpius sket..kalo pandang skali..rasa macam pakaian org korea..tapi ini adalah pakaian org china..Model ni kata,ni salah satu pakaian bangsa china..yang terpengaruh dengan fesyen org2 Korea..kerana nenek moyang mereka berasal dari korea..
China
Yang ni pun pakaian bangsa China juga..kalo xsalah Model ni kata,ni pakaian bangsa China di bhg Utara China..
Mongolia
Yang ni pakaian org2 Mongol,baju mereka ni sgtla tebal dan "atatakai"(panas)..sebabnya,cuaca di Mongolia sangat sejuk..kalau time winter,boleh sampai -40drjh..huh..gila arrr...so,pakaian ni hnya layak dipakai di Mongolia,Rusia dan juga negara2 yang sgt sejuk..xbolela pkai kat Iwate..sbb Iwate plg sejuk pun -15drjh saja..huhu
China
Hah..yang ni barula pakaian org China yang kita slalu tengok dalam drama2 China tu...Model ni kata, pakaian ni selalunya dipakai time majlis perkahwinan..ke2-2 model ni adalah suami isteri..baju yg mereka pkai ni sure baju kawen dorg ek..hehe...
Yang ni..pasangan suami isteri dari Nepal...Model ni kata untuk menjahit sari ni 6meter kain diperlukan..huhu..dan pakaian lelaki pula mesti wajib ada topi dan kot ni..ni pun rasa2nya baju kawen dorg kot dulu..hihi..
Bangladesh
Ini juga pasangan suami isteri dari Bangladesh..rasanya kalo pakaian perempuan xdela beza sgt ngn org Nepal tadi..tapi pakaian lelaki ada beza sikit....
Malaysia
Hah..yang ni paling comel...org Malaysia..tapi mereka ni bukan pasangan suami isteri..hehe..baju Melayu yang dipakai oleh jejaka2 ni ada 2 jenis satu teluk belanga dan satu lagi cekak musang..yang gadis2 ni pakai pula,satu baju kebaya dan satu lagi baju kurung moden..huhu..xyahla aku explain lebih2 korg sume pun tau...tapi lagi best kalo ada baju kaum pribumi ek..menarik sket..hehe...
Ada banyak lagi ryuugakusei dari negara lain..tapi xtau kenapa kali ni sikit je yang turut serta..
Sepanjang pertunjukan fesyen ni..aku terfikir satu benda..sebab negara kita ada bangsa India dan China juga..aku x teruja dengan pakaian2 mereka...tapi kebanyakan mereka,sangat suka tengok pakaian org Melayu/Malaysia..sebab kata mereka baju2 kita nampak lawa,simple dan mudah dipakai...mc malam tu pun pakai baju melayu dan baju kebaya...lawa je tgk org jepun pkai baju2 kebangsaan kita...satu lagi org2 jepun sangat berminat nak tau,kenapa kita tutup kepala dengan tudung...kebanyakan mereka berpendapat kita menutup kepala kerana cuaca yang sejuk,dan ada juga yang bertanya adakah warna tudung kita itu menunjukkan kedudukan ataupun darjat kita..hihi..lawak juga bila fikir balik anggapan mereka2 ini...tapi jwpnnya simple.."Sebagai org islam,saya wajib memakai tudung ini,kerana ini adalah perintah dari Tuhan untuk setiap wanita muslim"...:)

"Tak kira apa warna kulit sekali pun kamu..dimana letaknya benua yang kamu duduki..sesungguhnya DIA mengetahui setiap apa yang kamu sembunyi dan nyatakan"
2 comments:
salam mah..
seronok ar ade benda2 camni..
ainoor dok kat us ni xde ape sgt..
mah ke yg jadi model tuk baju kebangsaan mesia tu...nape nmpak gemok aje..hihi...ke bukan mah??
yang jadi model tu cik misoshiru ker?
bagus gak der aktiviti cam ni..
dpt tau budaya negara asing yang lain..
Post a Comment