skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ▼ 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

お誕生日おめでとう!

Sunday, 23 December 2007

Hadiah dari cik mad dan cik siti..arigatou!!.

Alhamdulillah...sebelum lebih panjang entry ini ditulis..ada pembaharuan sedikit bermula dari entry ini hinggalah untuk entry2 seterusnya..perkataan aku akan digantikan dengan perkataan saya..:)..setelah dinasihati dan mendengar pandangan dari seorang sahabat..saya bersetuju untuk menulis menggunakan perkataan saya..:)
.......Tahun 2007 telah dilewati dengan penuh dugaan dan cabaran..alhamdulillah dengan meminjam kekuatan dariNya..saya masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah, Iwate ini...dan saya akhiri tahun 2007 ini dengan kenangan yang sungguh indah dan manis..dengan penuh sejarahnya..saya telah menyambut hari lahir ke 21 saya di bumi Ibaraki...bersama sahabat2 yang disayangi cik mad dan cik siti...terima kasih yang tak terhingga..saya bukanlah jenis orang yang menyambut ulang tahun..malah kadang2 saya juga lupa tarikh lahir saya sendiri..alhamdulillah masih ada yang ingat akan saya ini..:)...
Namun, ulang tahun kelahiran saya kali ini amat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya..saya kehilangan seseorang yang tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada saya sebelum ini...awalnya terasa juga kesedihan,kerana kesimpulan awal yang saya buat bahawa saya telah dilupakan, dan saya telah dibuang jauh dari hidup nya..tapi akhirnya saya dapat meneutralkan perasaan negatif itu..ingatan kepada seorang teman bukanlah hanya pada ucapan selamat hari lahir tapi,ingatan itu lebih utuh dan lebih bermakna bilamana kita mengingati sahabat2 kita dalam doa setiap hari..:)

Anak-anak cik Siti..kucing yang montel2 belaka..:)

Saya telah bermalam lama di rumah cik Siti, berjalan2 mengelilingi bumi Ibaraki(wlupun tidak semua)..alhamdulillah terasa ukhuwwah yang sangat indah...walaupun tidak selalu bertemu atau berhubung..tapi kami seolah2 rakan serumah yang tinggal sebumbung...itulah sebabnya saya sayangkan semua sahabat2 saya di AAJ..pertama kali dalam hidup saya bertemu insan2 yang baik seperti mereka..walaupun berbeza latar belakang,bangsa mahupun keturunan..tapi kami seolah2 adik beradik..tidak pernah berkira dengan sesiapa...:).
Pertama kali datang ke rumah Cik Siti..saya amatlah terkejut bila melihat begitu banyak kucing2 yang terbiar seperti gambar di atas...pelik, kerana yang saya tahu..di Jepun ini, amatlah susah untuk berjumpa dengan binatang2 peliharaan yang terbiar..malah untuk memelihara haiwan2 seperti kucing ataupun anjing..pemilik haiwan2 berkenaan mestilah memohon lesen terlebih dahulu..tapi apa yang saya lihat di Ibaraki ini amat berbeza..dan saya kagum dengan cik Siti yang setia memberi makan kepada kucing2 ini...mulianya hatimu Cik Siti Comey..semoga Allah berkati keikhlasan dirimu..insyaALLAH..:)


Bersama Cik Mad...di Bandar Hitachi,Ibaraki

Satu lagi info yang baru saya tahu..rupanya barangan elektronik berjenama Hitachi adalah lambang utama bagi Ibaraki Ken...bandar yang Cik Siti duduki adalah bandar Hitachitaga..dan bandar selepas itu adalah bandar Hitachi..dan sepanjang perjalanan menaiki train di sekitar kawasan ini..anda akan melihat banyak kaisya2(syarikat) Hitachi...dan menurut Cik Siti juga..segala kelengkapan elektronik di Universitinya juga berjenama Hitachi...sudah hampir 2tahun tinggal di Jepun, baru kali ini saya tahu info ini..hihi...:)...

Cik Mad dan Cik Siti bersama baby nihonjin dan ibunya yang sgt baik hati..:)

Sepanjang perjalanan mengelilingi bandar Hitachi..kami berjumpa dengan ibu dan anak berbangsa jepun seperti gambar diatas..hihi...sempat lagi nak posing amik gambar...mulanya budak ni takut2 dengan kami...biasalah nihonjin amat segan dan kurang ramah dengan gaijin(org luar)..tapi alhamdulillah wanita nihonjin ini sangat peramah..sempat bertanya kami beberapa soalan...dan seperti biasa mereka akan berasa begitu kagum dengan kebolehan berbahasa jepun kami yang tidaklah seberapa...adat bagi nihonjin..walau hanya boleh mengucapkan selamat pagi dalam bahasa jepun..mereka akan memberikan pujian menggunung tinggi...oleh itu, bagi mereka yang pertama kali ke Jepun dan dipuji berlebih-lebihan..jangan cepat rasa bangga ya..itu perkara biasa bagi mereka..kadang2 dari pujian itu sebenarnya terselit sindiran yang tidak kita sedari...huhu..ooo..saya tidak berprasangka buruk pada wanita yang baik hati ini ya..:)




Inilah pantai yang kami kunjungi di Ibaraki...sejuk yang tak terkata..hihi..walaupun telah di`warning` oleh Cik Siti..kami tetap berkeras mahu berkunjung ke pantai ini..dan sebagai padahnya terpaksa lah bersabar dengan kesejukan yang dibawa angin ...dan terima kasih kepada hanif a.k.a macha yang sanggup mengorbankan masa tidur paginya semata2 untuk membawa kami ke pantai ini..:)


Cik Siti dan Cik Mad yang sangat baik hati...:)

Posted by misoshiru2312 at 20:39    

2 comments:

Anonymous said...

salam mah..
comey je kwn2 mah ni..
2-2 kecik ek..:)

5 January 2008 at 21:52  
zahratulhilal said...

sanah hilwa ya jameelah! :)
moga mah sentiasa thabat di jalan ini.

7 January 2008 at 01:15  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.