Solat merupakan rukun kedua daripada rukun-rukun Islam yang lima. Juga merupakan amalan asas bagi setiap muslim. Ini jelas sebagaimana diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud:
"Agama Islam itu terbina di atas lima asas, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan".
Rasanya tidak perlu ulasan lebih lanjut mengenai soalan yang aku kira sahabat semua sudah sedia maklum mengenainya...Yang ingin dikongsi disini ialah pengalaman menunaikan solat di sepanjang aku berada di negara yang majoriti penduduknya bukan muslim ini...
*ketika di tahun pertama dulu..di musim sejuk pada suhu puratanya -8drjh*
Aku perlu menghadiri kelas sehari suntuk..dari pukul 8.40am higgalah 6.00pm..hanya ada peluang rehat pada pukul 12.00tghari dan hanya sempat untuk menunaikan solat zohor ketika itu..dan selebihnya kami akan solat ketika kuliah sedang berjalan..
Memandangkan waktu itu adalah musim sejuk,ternyata ianya adalah satu ujian bila wudhuk yang disimpan sejak zohor tadi terbatal, terpaksa mengambil wudhuk semula dengan air sejuk(di universitiku ini hnya blok tertentu shja yang tandasnya ada air panas)..dan selalunya kami memilih untuk berwudhuk di tandas khas untk org2 kurang upaya..lebih selesa mengangkat kaki untuk dibasuh di atas singki..hehe...untuk solat asar kami memilih untuk solat di tingkat teratas blok gakusei center...mujurlah sensei yang mengajar subjek waktu itu berfikiran terbuka
dan sekiranya kami lewat masuk ke kelas ....mudah saja, bgtau yang anda lewat kerana anda solat..alhamdulillah sensei faham situasi pelajar muslim, memandangkan sensei tersebut pernah bertugas di malaysia...
Untuk kuliah terakhir pada hari tersebut , agak sukar untuk kami keluar solat beramai2,oleh itu masing2 akan jaga line , bergilir2 untuk solat..memandangkan kuliah ini adalah kuliah di dewan kuliah yang agak besar, sensei akan mengunci pintu untk mengelakkan pelajar keluar awal..huhu..jadi terpaksalah kami keluar selang 10minit...selalunya waktu ini, kami akan solat di kelas2 kosong..penah sekali kami tersalah memilih tempat ..rupanya tempat tersebut adalah bilik kenkyu(research), tapi alhamdulillah pertolongan ALLAH itu sentiasa ada..nak dijadikan cerita..tengah kami sibuk2 cari arah kiblat..datang seorg sensei sergah ktorg..dengan muka garang semacam..agak cuak waktu itu..segera kwnku menjawab memberitahu kami ingin tumpang solat di tempat tersebut..tetiba riak wajah sensei tersebut berubah..mengangguk2 dan berlalu pergi begitu saja...aku tersenyum memandang kwnku yang comel itu...seraya berkata.."jom solat!"...maka kami pun solatlah dengan hati yang tenang....hehe
"Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".
Gambar diatas adalah ketika sahabat2 ku sedang solat di shibuya eki(sta),Tokyo..time aku amik gambar ni..ada seorg pakcik jaga ..memandang dengan peliknya..diperhatinya betul2 insan2 yang sedang menyembah Tuhan Yang Maha Agung ini...aku senyum memandang pakcik tersebut..pakcik tersebut membalas senyumanku lalu berlalu pergi..hehe..mungkinkah pakcik tersebut malu padaku yang memberikan senyuman manis padanya ini..anda rasa?..Mungkin awalnya pakcik tersebut berasa curiga dengan kami..tapi aku yakin semua ini pertolongan dari ALLAH ...Kalau kita buat apa yang ALLAH suruh..insyaALLAH mudah segala urusan kita..:)
Banyak sebenarnya pengalaman bersolat di merata tempat..aku pernah solat di tengah2 salji yang memutih..bayangkan betapa sejuknya waktu itu..berwuduk dengan salji...:)
Ini semua gara2 kami yang belum mahir bermain ski..disebabkan tidak dapat sampai ke destinasi sebenar pada waktu yang ditetapkan, kami terpaksa solat ditengah2 skijyo yang luas itu..ini bukti cinta kita padaNYA..dimana saja..seruan ini wajib dilakukan...
Persoalannya disini..Bagaimana keadaannya bila kita lakukan semua ini di tanah air kita sendiri, yang majoriti penduduknya Muslim...bayangkan, sekiranya anda solat di bawah tangga bangunan kuliah anda..semestinya akan ada suara2 yang akan menganggap anda pelik bukan.."kenapa perlu bersusah payah solat di tempat sebegitu,bukankah sudah disediakan tempat untuk solat"..mungkin juga anda akan digelar orang tidak siuman..mungkin..siapa tahu..mungkin juga kerana faktor kebersihan tempat2 sebegini di tanah air kita...(oo..aku tidak memburukkan tanah air ku..cuma menyatakan apa yang benar..:)
Dan seperkara lagi..aku sudah biasa bersolat tanpa mengenakan telekung berwarna putih itu..yang penting nya aurat ditutup(semua bhgn badan kecuali muka dan telapak tangan)..dan selalunya aku akn bawa bersama kain baju kurung,kerana khuatir baju terselak ketika sujud..hehe...jgn lupa..pakailah tudung ataupun baju yang tidak jarang..kesimpulannya disini pakailah pakaian yang menutup aurat..**yg wajib ada dalam beg ketika keluar berjalan2*kompas,sejadah kecik,kain baju kurung**...Islam itu mudah bukan...ianya menyusahkan bagi sesetengah orang yang menjadikannya susah..:)
Dari itu sahabat2 ku dan juga utk diriku yang mudah lupa ini...walau dimana berada...jangan lupa perintah ini..mengapa bisa kita lupakan perintah ALLAH ini..lihatlah betapa kita disayangiNYA..betapa ALLAH tidak pernah lupa untuk memberi oksigen untk kita setiap hari..betapa ALLAH tidak pernah jemu mengurniakan siang dan malam untk kita..betapa ALLAH jadikan hidup kita ini penuh nikmat..penuh kasih sayang...
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama".
Pesan seorg sempai: kalo kita solat sendiri2 di tengah2 tmn bunga..mungkin org akan kata kita gila tertunduk situ tertunduk sana..tapi cuba kita lakukan solat dalam jemaah beramai2..tiada siapa akan kata kita gila..kerana org gila tidak akan mampu meniru perlakuan ketua(imam) dan melakukan perbuatan2 yang sama dengan serentak bersama jemaah yg lain ...(hikmah solat berjemaah)
7 comments:
kalau di uk, besa mmg ada surau, jarang juga la jumpa org solat open air.
salam buat org di sana~
tq sbb sudi jeguk kite..
tulisan yg best..
da lama ke blog nih?
sudi2 la jeguk kite lagi
walau xde cite best..
satu pengalaman yang bagus untuk dikongsi..sememangnye ramai dikalangan umat islam hari ni yang meringankan solat..
lebih2 lagi bagi yang berada di negara yang bukan islam..mungkin timbul berbagai-bagai kesulitan untuk mendirikan solat..saya setuju dengan kata2 saudari"islam itu mudah"
saudari ada menceritakan kesusahan saudari mendirikan solat..disebabkan cuaca dan waktu solat yang berbeza mengikut musim..saya memuji kesabaran saudari dalam menjalankan tanggungjawab kepada Yang Maha Esa..saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang mungkin saudari juga tahu..islam ada menyediakan rukshah solat iaitu solat jamak..solat jamak ini dibolehkan tidak hanya kerana musafir tetapi juga ketika keaadan yang mendesak contohnya kesukaran untuk mengambil wudhuk,peperiksaan atau kuliah yang menyukarkan untuk keluar bersolat dan berbagai2 keadaan yang mendesak..tetapi hendaklah keadaan itu benar2 sulit sepertimana kita bermusafir yang diselubungi kesukaran dan kepayahan..wallahua'lam
sedikit nasihat saya janganlah solat ditempat org lalulalang kerana boleh mengganggu org ramai..semoga pengalaman saudari menjadi teladan buat kita semua..
salam ..
erm..kelmarin ak pi pameran kat tokyo..lame btol cr tmpat solat..last2 dpt gak 1 tmpat tsorok ni..tgh dok sebuk2 nak solat..ada 2,3 org pkcik mkcik sergah ak tanye nak wat pe kat situ..lps ak ckp nak solat..sugu diorng tlg ak cover line,letak kan troli as pnghadang then sempat lg pesan kat ak..gambare!!
hohoho..ptlgan Dia hebat kan??
walau di mana kamu berada...fastaqim kama umirti ya ukhti!
comeynye dua orang oneechan tu (:
zeq:
Alhamdulillah senang cari surau di sana..tmpat aku ni zeq, muslim sikit sgt,so kemudahan surau tu teda..kalo bandar2 besar cam tokyo,nagoya,kobe tu adala..hehe..:)
hawa:
thanks singgah..lama sgt ndak dgr khbr..blog ni lama sudah..tapi baru skrg rajin update...:)
momo:
thanks sudi kongsi ilmu n bagi
nasihat..:)
nurin:
wah..majide??..alhamdulillah..kemsalam kat pakcik n makcik tu kalo jumpa lagi..moga ada hidayah utk mereka juga.."kalau kita buat apa ALLAH suruh..iA ada pertolongan dr DIA kan..:)
kak Ateen:
thanks kak ateen..
oneechan 2 org tu mmg comey..yg sorg tu siap minta bayaran sbb letak pic dia dlm blog nih..:)
p/s:minta maaf kat sesapa yang aku terletak gamabar2 mereka dlm entry ni tanpa minta izin dulu..gomennnn!
bes entry yg ni
slalu jgak denga psl solat merata
kat jepun
Post a Comment