p/s:mari sama-sama amalkan doa rabitah..pengikat hati kita semua..amin..:)
Ukhuwwah bonds us together,Aqidah tights us 4ever..:)
Saturday, 5 January 2008
p/s:mari sama-sama amalkan doa rabitah..pengikat hati kita semua..amin..:)
Posted by misoshiru2312 at 03:04 0 comments
Sayounara Jahiliyyah..youkoso Islam...
Friday, 4 January 2008
Alhamdulillah saya berpeluang untuk update lagi hari ini..selepas berjalan-jalan di Ibaraki tempoh hari..saya menghadiri program Winter Gathering selama 3 hari 2 malam di Kazusa Ichinomiya, Chiba. Tema program kali ini adalah "sayounara Jahiliyyah, Yokoso Islam"...dalam bahasa melayu nya bermaksud..."Selamat Tinggal Jahiliyyah, Selamat Datang Islam".
Dengan ceramah ustaz yang amat memahami kehendak remaja masa kini dan ceramah yang mudah difahami, alhamdulillah saya bersyukur kerana terpilih untuk menyertai program kali ini.Disini ada beberapa pengisian yang saya rasa elok untuk di kongsi bersama sahabat2 semua..:)
"GHAZWATUL FIKRI"
Pengertian dari segi bahasa:
Ghazwatul fikri terdiri daripada 2 kata; ghazwah dan fikr, ghazwah bererti serangan, serbuan. dan fikr bererti pemikiran.
Pengertian dari segi istilah:
Serangan dengan pelbagai cara terhadap pemikiran umat Islam untuk merubah apa yang ada di dalamnya sehingga tidak lagi mampu membezakan dirinya dari hal-hal yang benar kerana telah tercampur aduk dengan hal-hal yang tidak islamik.
Bagaimana Ghazwatul Fikri memusnahkan Umat Islam:
*MEMBATASKAN PENYEBARAN AJARAN ISLAM
1. Tasykik(pendangkalan/ragu-ragu)
Gerakan yang berupaya menciptakan keraguan dan pendangkalan umat Islam terhadap agamanya...
2. Tasywih(pencemaran/pelecehan)
usaha orang kafir untuk menghilangkan kebanggaan kaum muslimin terhadap Islam dengan menggambarkan Islam secara buruk.
3.Tadhlil(Penyesatan)
Usaha orang kafir menyesatkan umat Islam bermula dari cara yang halus sehinggalah ke cara yang kasar.
4.Taghrib(Pembaratan/westernisasi/kafirinisasi)
Gerakan yang sasarannya untuk mengeliminasi Islam, mendorong kaum muslimin agar mahu menerima seluruh pemikiran dan perilaku orang kafir.
*MENYERANG ISLAM DARI DALAM
1.Penyebaran fahaman sekularisme, yakni memisahkan agama dengan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
2.Penyebaran fahaman nasionalisme sempit, yakni nasionalisme sempit yang membunuh roh ukhuwwah islamiyah yang merupakan asas kekuatan umat Islam.
3.perosakan akhlak umat Islam terutama para pemudanya.
4.Penyusupan fahaman2 animisme dan dinanisme dalam tubuh pemahaman Islam
5.Pemutarbalikkan pemahaman Islam yang Hanif.
Ini adalah tajuk pertama yang kami bincangkan dalam program tersebut...dan seterusnya ada lagi perbincangan mengenai Sekularisme,Freemason,Kristianisasi dan Hedonisme.
Dan disini..dapat kita lihat bahawa musuh2 islam sejak dahulu kala lagi telah mengatur strategi yang amat teliti untuk memisahkan Umat Islam dari kehidupan beragama..menjadikan hati-hati Umat Islam curiga dan ragu-ragu terhadap agama yang syumul ini..nauzubillah..Kita sebenarnya telah dijajah terlalu lama..pemikiran kita telah disogokkan dengan fakta2 yang bersifat berat sebelah..dengan mengagungkan setiap kejayaan dan fahaman yang dibawa oleh para pemikir barat.Hingga apa yang kita lihat di zaman ini..umat Islam tidak lagi mempraktikkan ajaran agama ini sepenuhnya..hanya mengambil sebahagian sahaja dari ajaran agama ini dan meninggalkan sebahagiannya.Sebagai contoh, hanya mempraktikkan ajaran agama dalam urusan2 perkahwinan dan meninggalkan ajaran agama dalam bidang lain seperti urusan jual beli dan juga ekonomi...dan seharusnya kita perlu sedar bahawa musuh2 umat Islam amat peka dengan kelemahan2 kita..dan kejayaan terbesar mereka adalah menjauhkan umat Islam dari kitab suci Al-Quran.
Disini, ada satu kisah yang saya rasa kita semua perlu tahu;
Suatu ketika di perang salib, seorang petinggi kaum Palangis tertangkap oleh pejuang-pejuang penegak agama Allah dan ditawan. Sang Petinggi ini diperlakukan sangat baik selama ditawan. Ada satu hal yang membuatnya berfikir, setiap malam ia memperhatikan sang penjaga berlinangan air mata saat membaca kitab sucinya. Dia puas berfikir bagaimana seorang yang begitu perkasa di medan tempur dapat menangis sedemikian rupa di malam hari ketika membaca Al-Quran. Akhirnya dia membuat kesimpulan bahawa di situlah letaknya kekuatan kaum Muslimin. Selama beberapa pertempuran fizikal mereka tidak berjaya mengalahkan kaum muslimin, ternyata ada suatu sumber kekuatan yang Maha dahsyat yang memberikan motivasi yang begitu kuat kepada kaum muslimin. Dia lalu mengirimkan surat kepada pasukannya yang mengkhabarkan bahawa jika ingin mengalahkan kaum muslimin, tidak melalui fizikal tetapi mereka harus dijauhkan terlebih dahulu dari kitab sucinya. Dan ternyata mereka beroleh kemenangan setelah umat islam mulai jauh dari kitab suci Al-Quran (Umat Islam tidak lagi mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka,dan dalam segala urusan).
Ada banyak lagi yang boleh kita kongsi bersama dari program yang saya sertai kali ini, insyaALLAH jika ada kelapangan saya akan update lagi selepas ini..:)
Dan saya syorkan buku tulisan Harun Yahya yg bertajuk "ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM"...(kalo ada sesapa yang nakkan bahan bacaan ni, insyaALLAH kita boleh kongsi bersama..:)
sumber: buku program..:)
Posted by misoshiru2312 at 08:23 4 comments
Labels: perkongsian
お誕生日おめでとう!
Sunday, 23 December 2007
Namun, ulang tahun kelahiran saya kali ini amat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya..saya kehilangan seseorang yang tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada saya sebelum ini...awalnya terasa juga kesedihan,kerana kesimpulan awal yang saya buat bahawa saya telah dilupakan, dan saya telah dibuang jauh dari hidup nya..tapi akhirnya saya dapat meneutralkan perasaan negatif itu..ingatan kepada seorang teman bukanlah hanya pada ucapan selamat hari lahir tapi,ingatan itu lebih utuh dan lebih bermakna bilamana kita mengingati sahabat2 kita dalam doa setiap hari..:)
Pertama kali datang ke rumah Cik Siti..saya amatlah terkejut bila melihat begitu banyak kucing2 yang terbiar seperti gambar di atas...pelik, kerana yang saya tahu..di Jepun ini, amatlah susah untuk berjumpa dengan binatang2 peliharaan yang terbiar..malah untuk memelihara haiwan2 seperti kucing ataupun anjing..pemilik haiwan2 berkenaan mestilah memohon lesen terlebih dahulu..tapi apa yang saya lihat di Ibaraki ini amat berbeza..dan saya kagum dengan cik Siti yang setia memberi makan kepada kucing2 ini...mulianya hatimu Cik Siti Comey..semoga Allah berkati keikhlasan dirimu..insyaALLAH..:)
Inilah pantai yang kami kunjungi di Ibaraki...sejuk yang tak terkata..hihi..walaupun telah di`warning` oleh Cik Siti..kami tetap berkeras mahu berkunjung ke pantai ini..dan sebagai padahnya terpaksa lah bersabar dengan kesejukan yang dibawa angin ...dan terima kasih kepada hanif a.k.a macha yang sanggup mengorbankan masa tidur paginya semata2 untuk membawa kami ke pantai ini..:)
Posted by misoshiru2312 at 20:39 2 comments
Salam Aidiladha..
Thursday, 20 December 2007

Salam Aidiladha 1428Hijrah...:)
Selamat menyambut hari raya qurban untuk semua umat islam..untk sahabat2 semua tidak kira yang berada di Jepun,Malaysia dan dimana-mana sahaja..:)
Hari ini winter break kami bermula..cuti untuk 2 minggu..dan malam ini kami akan bertolak ke tokyo..untuk pelbagai program sepanjang cuti ini..semoga perjalanan kami diberkatiNYA..
Posted by misoshiru2312 at 23:54 1 comments
忘年会07
Sunday, 16 December 2007
Sempena bounenkai kali ni...satu pertunjukan fesyen oleh pelajar2 asing telah diadakan..dan negara2 yang turut serta dalam pertunjukan fesyen ni adalah Malaysia,Korea,China(China bnyk sgt..huhu),Bangladesh,Nepal,Wighur dan Mongolia.
Kat sini ada beberapa gambar2 yang agak menarik...krdt tuk housemate ku, sayang ajat utk pic2 ni..:)
Ada banyak lagi ryuugakusei dari negara lain..tapi xtau kenapa kali ni sikit je yang turut serta..
Sepanjang pertunjukan fesyen ni..aku terfikir satu benda..sebab negara kita ada bangsa India dan China juga..aku x teruja dengan pakaian2 mereka...tapi kebanyakan mereka,sangat suka tengok pakaian org Melayu/Malaysia..sebab kata mereka baju2 kita nampak lawa,simple dan mudah dipakai...mc malam tu pun pakai baju melayu dan baju kebaya...lawa je tgk org jepun pkai baju2 kebangsaan kita...satu lagi org2 jepun sangat berminat nak tau,kenapa kita tutup kepala dengan tudung...kebanyakan mereka berpendapat kita menutup kepala kerana cuaca yang sejuk,dan ada juga yang bertanya adakah warna tudung kita itu menunjukkan kedudukan ataupun darjat kita..hihi..lawak juga bila fikir balik anggapan mereka2 ini...tapi jwpnnya simple.."Sebagai org islam,saya wajib memakai tudung ini,kerana ini adalah perintah dari Tuhan untuk setiap wanita muslim"...:)
Posted by misoshiru2312 at 00:40 2 comments
Buntu...
Saturday, 15 December 2007
Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya,tidak ada yang mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut.Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya.Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering,yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz)..(Al-An`am:6:59)Memastikan tiada hati2 yang terluka atas pilihan yang dibuat itu juga sukar...
Buntu...aku buntu dalam merencana jalan-jalan yang ada di depan mata...
Tersepit antara kemahuan diri dan juga kepuasan hati insan lain...
Entah kenapa..kali ini aku betul-betul sukar memilih mana satu...
Goyahnya hati..rapuhnya pendirian..
Aku cuma mampu berdoa..memohon padaNya..agar pilihan yang akan ku buat nanti adalah yang terbaik untuk agamaNYA..untuk diriku juga insan2 di sekelilingku...
Sungguh..aku tidak mahu sesiapa terluka..Kerana aku sayangkan mereka semua
Sungguh..aku tidak mahu sesiapa terluka..tapi aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua...
Posted by misoshiru2312 at 00:19 3 comments
Genki...!!
Saturday, 1 December 2007
Autumn Gathering 07
Assalamualaikum everyone...:)
Alhamdulillah...setelah seminggu aku hidup dalam ke"busy"an yang melampau,akhirnya dapat juga mouse dan keyboard laptopku ini merasa kehangatan tanganku..hehe..boleh tak tido sampai subuh sebab edit video autumn gathering tempoh hari..(jgn tiru perangai diriku ini ya!)...
Dah seminggu balik dari program tempoh hari,tapi kehangatan dan semangat yang diperolehi dari program tu masih tersemat dihati..Alhamdulillah..tema program hari tu adalah "shahadatul Haq"=Pengakuan kepada kebenaran...sambungan daripada isi program b4 ni iaitu "ISK"=Ini sejarah kita..tapi kali ni xnak tulis pasal isi program tersebut..semua tu dah dibuat tapi masih dalam kotak2 draft blog ni..utk tulis semua tu aku memerlukan rujukan dan tunjuk ajar dari kakak2 n sahabat2 lain..so x berani lagi nak kongsi..:)
Alhamdulillah..program hari tu best sgt2!!..terima kasih pada kak Aimi,Che sue,Nurrina n Suraya yang galakkan ktorg join program tu..Alhamdulillah dipilih untuk join program kali ni..so..galakan utk shabat2 lain turut serta pula untuk next program kat Chiba..
Terima kasih+sayang untk semua...terasa ukhuwwah yang ALLAH beri ni sangat berharga..terasa keindahan yang terlalu sukar untuk diungkap dengan kata2..hanya mereka yang mengerti sahaja yang tahu..cewah..hehe..
Mohon maaf sbb video ni xla seberapa..almaklumla diri ini budak baru belajar..lagi2 gambar2 dalam video ni kebanyakannya muka org yang sama je...xdpt pic dari sempai2 n kohai2 lain..cuma dapat dari kamera ayu n aar je..terima kasih ayu n aar..mulanya nak upload je gambar2 ni,tapi bnyk sgtla pula..dahla xde frenster,malas nak upload kat flickr..last2 buatla video ni..:)
ok guys,pasal pengisian insyaALLAH akn kita kongsi bersama nnt..i`ll write more(A lot more to be told..this could become a book!!)
Satu Hari dengan SUSHI & 100yen shop
Munieru,ika sarada n shichiking..sedap...:)
Sebab malas nak buat 2 entry aku sekalikan entry ni..hihi...dah lama mengidam sushi ni..dah 2 minggu xmakan sushi..sebagai melepaskn tension (ni semua sebab chukan test n jikken(eksperimen) yang memualkan.huhu)..petang tadi aku ngn mad sanggup jalan kaki hampir 2km semata2 nak mkn sushi..sedap sungguh sushi ni..kpd mereka yang xpernah lagi merasa sushi..jom2 dtg jepun utk rasa keenakan sushi sebenar..hehe...
Actually bnyk pic2 menarik sepanjang perjalanan kami ni..tapi xtaula macamn bole xde pula time masukkan dalam laptop tadi..rasa tension sket..tu yang skalikan 2 benda dalm satu entry ni..huhu..
p/s:gomen bahasa agak tunggang langgang sedikit...mata x tertahan mau tido!
Posted by misoshiru2312 at 05:13 6 comments






