skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ▼ 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Di dalam hati

Thursday, 23 April 2009


"Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan dengan-Nya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah...
Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal. Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya. Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya beserta segala isinya, keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..."
-Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.-

Posted by misoshiru2312 at 19:36 2 comments    

Labels: Hikmah

Cahaya Atas Cahaya

Monday, 20 April 2009


Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (An-Nur 24: 35)
Cahaya itu terlalu istimewa..
Aku kepingin cahaya itu..=)

Posted by misoshiru2312 at 23:24 2 comments    

Labels: Hikmah

Lorong-lorong zaman

Saturday, 11 April 2009


Aku telah hidup di bawah bayangan Al-Quran dan di sana aku melihat alam al wujud ini adalah jauh lebih besar dari saiznya yang lahir yang dapat dilihat itu. Ia lebih besar dari segala hakikatnya dan dari segi bilangan aspek-aspeknya. Ia mencakupi alam ghaib dan alam syahadah, kedua-duanya sekali, bukannya alam syahadah sahaja. Ia merangkumi dunia dan akhirat, kedua-duanya sekali, bukannya dunia ini sahaja. Dan kewujudan manusia adalah bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh itu.
Maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalan. Segala sesuatu yang dicapai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja. Segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di akhirat nanti. Disana balasan tidak akan mengalami penganiayaan, pengurangan dan kesesiaan.
Peringkat perjalanan yang dilalui manusia di bumi ini merupakan peringkat perjalanan di sebuah alam hidup yang lumrah, sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut dan ia bertawajjuh kepada Allah Pencipta Yang Maha Esa, sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepadaNya dengan penuh khusyu`.
"Hanya kepada Allah jua sujudnya sekalian penghuni langit dan bumi, sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang-bayang mereka juga turut sujud di waktu pagi dan petang."
(Ar-Ra`d 13:15)
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah."
(Al-Isra 17:44)
In the shade of the Qur`an
Sayyid Qutb

Posted by misoshiru2312 at 23:23 0 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Merantaulah

Sunday, 29 March 2009


bukanlah yang tinggal tetap itu
rehat bagi orang yang berakal dan berbudi
maka tinggalkanlah kampung halamanmu
dan pergilah mengembara
merantaulah
pasti kau akan temui pegganti mereka
yang kau tinggalkan

berusaha keraslah
sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada
dalam usaha yang bersungguh-sungguh

sesungguhnya aku melihat
air yang menjadi cemar
kerana tidak mengalir
andai ia mengalir
pasti elok keadaannya
dan andai ia bertakung
nescaya cemar jadinya.
Imam Syafie~



Ya Rabb..

Izinkan aku mengukir ikhlas

Di sepanjang lorong perjuangan ini

Biar gelap, panjang hatta sempit sekalipun

Ya Rabb..

Izinkan setiap inci tanah yang ditapaki
Setiap hayunan langkah
Mengharap Mardhotillah

Izinkan aku pulang
Menghuni lembah damai itu~

-Yonezawa, Yamagata

Posted by misoshiru2312 at 05:46 1 comments    

Labels: pena dari hati

Jodogahama

Thursday, 26 March 2009

Salam..

Lama rasanya tidak menulis di misoshiru ini. Agak sibuk kebelakangan ini menguruskan bermacam-macam hal, dari hal-hal kenkyu hinggalah kepada hal perpindahan senpai dan menyambut kedatangan kouhai baru..


Dibawah ini, ada sedikit cerita mengenai trip bijintachi (walaupun tidak semua) ke Jodogahama. Salah satu pulau yang sangat terkenal di Iwate.

Kami merancang satu perjalanan menaiki train bersama Kak Aida, sebelum kakak kesayangan kami ini pulang ke Malaysia dan tidak akan kembali ke Iwate lagi selepas ini. Perjalanan jauh bersama-sama untuk kali terkahir. Tahniah Kak Aida..sotsugyou omedetou..selamat pulang ke Malaysia...

Jodogahama tiada dalam plan perjalanan kami (memang xde plan pun), tidak pernah tahu tentang pulau ini, kami memang tidak punya plan yang tetap untuk perjalanan kali ini. Dari Morioaka eki, tekotouni kami pilih untuk naik train yang dalam 2 minit lagi mahu bertolak. Bila dah dalam train, baru perasan train yang kami naiki itu rupanya menuju Miyako.

Perjalanan untuk sampai ke Miyako mengambil masa selama 2 jam. Sepanjang jalan kami berdiri, langsung tidak tidur (kecuali budak comel yang pening )..sudahlah berdiri di bahagian paling hadapan train, riuh rendah train tu dengan suara2 orang melayu, lagak macam orang tak pernah naik train pun ada. Tapi pakcik pemandu tak marah pun dengan kami, selagi tak ganggu kosentrasi pakcik, takpela ye..hi..hi..hi..

Tapi kosentrasi pakcik terganggu kot bila ada seorang akak tu yang meninggalkan kesan dahi di bahagian cermin yang memisahkan bahagian penumpang dan pemandu..rasanya bukan saja pakcik pemandu yang terganggu, tapi penumpang lain yang tengah tidur pun ade yang terkejut dari tidur bila dengar bunyi dahi yang mencium cermin tadi..adalah dalam 2 minit kakak tu tadi kena gelak..hi..hi..hi..

Di bawah ni ada beberapa gambar yang sempat diambil dari dalam train. Mungkin untuk next trip setiap kali cuti musim panas, iwatetachi bolelah ke Miyako menaiki train. Rasanya pemandangan di sepanjang laluan train lebih menarik berbanding laluan lebuh raya (kalau ikut lebuh raya, tak boleh tengok sungai)

Salji bertompok-tompok atas bukit. Saya suka gambar terowong ni.


Sisa-sisa salji



Teringat satu artikel dalam buku teks nihonggo waktu kat AAJ dulu mengenai aliran sungai di Jepun yang sangat deras


Inaka da yoo nee~
Si adik tanya, pokok-pokok ni ada orang yang tanam ke ek? Tersusun je semua.
Semua itu atas kehendak Allah yang menjadikan harakat alam sangat indah~
Beza antara setiap pokok seakan-akan punya ukuran yang sama.

Sampai saja di Miyako, kami terus ke kaunter pertanyaan, tanya dimana tempat pelancongan yang paling menarik di Miyako. Makcik kaunter kata, Jodogahama paling dekat, naik bas dalam 15 minit saja. Alhamdulillah..sangat2lah gembira waktu tu, sebabnya kak Aida dah bising sejak dalam train lagi, katanya mahu ke Jodogahama. Kak Aida tahu tentang Jodogahama ni pun sebab salah seorang senpai kami yang baru berkahwin (eh dah nak dapat anak pun) pernah berbulan madu di Jodogahama ni. Tercapai juga hasrat kak Aida nak datang ke pulau ni, rezeki dari Allah...=)

Bandar Miyako ni sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan bandar Morioka. Dipenuhi dengan orang-orang tua, sangatlah susah nak jumpa anak-anak muda. Sepanjang duduk dalam bas, saya asyik berfikir, rasa mcam dah nak pupus manusia dalam bandar ni, sangat sedikit. Keadaaan sekeliling yang sangat tenang, tak banyak kereta, bangunan-bangunannya pun tidaklah setinggi mana. Bandar ini tenang, tapi tiada ruh..lain keadaannya dengan kampung2 di Malaysia. Keadaan bandar dan kampung di Jepun ini memperlihatkan kepada saya dua sisi kehidupan yang berbeza pada orang Jepun. Sangat berbeza..yang saya sendiri pun pelik, kenapa ada jurang yang sangat berbeza ini. Negara maju yang pelik..oo..itu pandangan saya saja.

Tiba di Jodogahama, semua terpaku..sangat cantik..sangat indah.. subhanallah..subhanallah..subhanallah...adanya pemandangan yang indah ini bukti kuasa Dia Yang Maha Pencipta. Bagaimana nak kenal Allah, maka berjalanlah dan lihatlah apa yang ada pada diri kita dan alam ini.

"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaaan Allah) bagi orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkan Nya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakiniya." (Al-Jathiyyah 45:3-4)

Keindahan Jodogahama tidak dapat diceritakan dengan taipan huruf-huruf pada keyboard laptop saya. Cukuplah gambar-gambar dibawah ini yang membawa tafsiran kepada kebesaran Allah Yang Maha Besar.


Kita melihat langit yang luas..kerajaan Allah meliputi keluasan semuanya..diatas dan dibawah.


Atas batu

Burung bertenggek atas batu


Burung ni sangatlah bising


Gambar burung yang diambil dari dalam hakuchou. (angsa putih yang kita kayuh atas air tu)
Sangat kinchou kayuh hakuchou, takut bila ombak kuat memukul2 hakuchou..bising suara bergema, makin kuat Kak Aida kata jangan kayuh ke kanan, makin galak pula Aar kayuh ke kanan, saja nak kenakan kak Aida..hi.hi.hi. *comel je mereka berdua ni*


Air yang sangat jernih


Biru langit dan laut


Putih awan dan batu kapur


Muhasabah perumpamaan batu dan hati manusia.
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga hatimu seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang airnya memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:74)

~Sekeras-keras batu, batu setia mengikut arahan Allah. Sekeras-keras batu, keras lagi hati manusia.

~Kita berbeza dengan semua makhluk Allah ini, Islam mereka atas ijtibari, Islam kita atas Iktiyari.


Muhasabah si adik..tgh fikir apa ye?



Kak Aida dah sampai sini tau..kata Huda~hik


Walaupun singkat, tapi ini perjalanan yang sangat menarik. Langkah kaki hanya menurut takdir Allah yang mahu membawa kami kemana hari itu. Setiap jenaka, setiap muhasabah sangat bererti..saya sayang semua~~~~~~


Lain kali bolelah rehlah bersama hamasatus syabab disini pula..=)

Posted by misoshiru2312 at 23:49 5 comments    

MERAH SAGA

Friday, 13 March 2009

Bismillah.

Mari kita dengar lagu ini.

MERAH SAGA






Saat langit berwarna merah saga
Dan kelikir perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika Yahudi-Yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cintaNya


siapa yg berkaca mata itu?
namanya Abdul Aziz Rantisi
Dia sudah syahid.

Yang pakai penutup kepala berwarna putih itu namanya syeikh Ahmad Yassin.
Dia juga sudah syahid.

Saya tahu tentang as-syahid berdua ini melalui berita syahid mereka di televisyen dan melalui emel yang saya terima.

Apalah sangat yang difahami waktu itu.
Yang saya tahu,
kasihan melihat tubuh yang berderai menjadi cebisan-cebisan daging..
Jahatnya Israel!
Tanpa faham erti perjuangan sebenar Palestin
Tanpa tahu apa peranan saya sebagai muslim dalam isu ini


Mereka berdua sudah syahid..
Syahid mereka Allah takdirkan dengan apatchi dan peluru berpandu.
Apalah sangat Apatchi dan peluru berpandu itu untuk manusia berjiwa besar seperti mereka.
Tapi untuk mencapai martabat itu, tidak dengan jalan yang mudah!


Terharu dengan kata-kata Abdul Aziz Rantisi itu..
live in dignity or die as a martyr!

Tidurlah dengan aman disisi Allah taala..

Posted by misoshiru2312 at 02:48 4 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

En tutor

Saya penat baca suratkhabar Malaysia..
Penat baca banyak pendapat yang saya rasa ntah apa2..
Penat baca pendirian manusia-manusia yang hanya pentingkan diri sendiri saja.

Serius..saya sayangkan negara saya.
Mengapakah sistem negara saya begitu?
Generasi baru muslim bakal hidup dalam sistem itu.
Adehh..
Malas nak ulas.

Saya geram dengan tutor saya!
Dia janji nak hantar pdf file ronbun hari ini.
Tapi dia tak hantar..setiap minit saya cek email.
Nampaknya saya kena ubah jadual.
Saya mahu siapkan powerpoint happyou saya malam ini juga.
Esok ada halaqah..
Hujung minggu tiada di rumah.
huarghh..huhu..

En. tutor..hujung minggu saya busy.
Hujung minggu saya ada tugas lain.

Huhu..marah-marah kat sini pun tiada gunanya.
Harus menelefon en tutor esok hari.
Saya tidak mahu membazir masa!


Posted by misoshiru2312 at 02:09 2 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.