skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ▼ 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Izinkan-

Sunday, 31 January 2010

Sebaik-baik kalian adalah, apabila jika engkau melihat ia, maka engkau akan mengingati Allah Taala
-Ali bin Abi Talib

kita tidak berpisah wahai kekasih Allah, kita cuma mempersiapkan suatu pertemuan yang kekal di sisi Allah Taala dalam kebahagiaan...

Air mata tumpah, layakkah aku untuk bersama-sama pendokong dakwah ini di hadapan Allah Taala kelak??

Densha akan terus bergerak, bergerak dan bergerak...walaupun tanpa kita...terpulang mahu naik sekali atau membiarkan ia bergerak tanpa kita ke destinasi akhirnya....

Aku mahu turut serta...
Ya Rabb..izinkan...
biiznillah-

Posted by misoshiru2312 at 01:27 0 comments    

Labels: pena dari hati

Tidak akan pernah sama-

Friday, 29 January 2010



Burung yang patah sebelah sayapnya tidak akan pernah sama dengan burung yang punya 2 sayap.

Menoleh sebentar, ternyata aku yang khilaf. Sebelum aku juga tidak pasti di bumi mana akan aku lihat cahaya riang mu..maafkan aku.

Hanya Allah yang tahu, kenapa aku masih di sini, masih terus di sini, mencari titik keseimbangan untuk terbang jauh lagi.

-abaikan

Posted by misoshiru2312 at 10:36 3 comments    

Labels: pena dari hati

Mencari Kekuatan.

Sunday, 24 January 2010





Mencari kekuatan..
Bagaimana harus ditanam yakin untuk satu rasa yang ku kira itu yang terbaik dari Tuhanku..

" Kalau hanya berdakwah,kita memang bisa..Tetapi apakah kita bisa cinta dengan dakwah?...Cinta itu butuh pengorbanan waktu,harta dan tenaga...Allah telah menggiring kita pada keimanan dan dakwah sahaja merupakan suatu kebahagiaan besar..
Apa pantas kita mengharap imbalan yang lebih dari itu?"
-Ustaz Rahmat Abdullah

Bagaimana harus menjadi, seorang yang kepentingan dirinya,tidak lagi bisa menjadi penghalang untuk dakwah ini?

muhasabah sebelum berangkat meninggalkan bumi tempatku mengenal Rabb-ku.

Posted by misoshiru2312 at 20:06 5 comments    

Labels: pena dari hati

Hakikat yang terlupa.

Tuesday, 19 January 2010

Umat Islam telah lupa.

Mereka sangka, jalan ini cukup dengan sekadar pidato, syarahan, ceramah, resolusi-resolusi dan seminar semata-mata.

Oleh itu, seorang da'i Islam yang agung, Syakib Arsalan Rahimahullah telah berusaha bersungguh-sungguh mengajar jalan yang betul .

Di dalam sebuah risalahnya yang diterbitkan pada tahun 1931 dan disiarkan di dalam majalah al-Muslimun, beliau berkata kepada salah seorang warga Palestin:

"Banyak buku-buku sampai kepadaku, sama ada dari Morocco,Jawa,Mesir,Syria,Iraq dan negara kamu, Palestin. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab;
"Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu."

Seterusnya beliau berkata:
"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?"

-Kita mesti punya satu titik permulaan, atau langkah pertama iaitu meletakkan hakikat tersebut di dalam satu hati kemudiannya ke dalam beberapa hati, seterusnya di dalam beberapa hati sekumpulan manusia yang beriman..........hakikat itu.......ia perlu bermula dari bawah, kita perlu membina individu muslim!

Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun ke 21 ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di bawah khemah kamu. Kamu panggillah puterimu; "Marilah anakku", untuk menyemarakkan lagi nyalaan unggun api lalu kamu mengajarnya;

Marilah wahai anakku, nyalakanlah api itu sepanjang malam.
Nyalakanlah api itu, semoga api itu menjadi penunjuk,
Nyalakanlah ia wahai manjaku,
Sesungguhnya para da'i dalam kehairanan
Nyalakanlah ia untuk para pengembara di padang luas ini
Marakkan api dan nyalakanlah baranya
Semoga para pengembara segera datang kepadanya
Usirlah kegelapan yang pekat ini
Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu
Inilah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita
Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu
Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan
Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari panduan
Bekalkanlah kami dengan kehangatan cinta dan tanggungjawab
Bekalkan kau wahai puteri si manjaku, dari nyalaan hidayah ini.
-Abdul Wahab Azam (Muhammad Iqbal)

Posted by misoshiru2312 at 16:42 4 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Ia Hanya Kerja RIJAL!

Friday, 15 January 2010

"Alangkah hebatnya agama ini sekiranya ada Rijal.."

Rijal yang memenuhi ciri-ciri kesyumulan sama seperti syumulnya Islam.

Da'i yang siang dan malamnya hanya memikirkan bagaimana membimbing manusia, melaksanakan syariat Allah dan menentang sesiapa sahaja yang berhukum dengan al-hawa. Peringkat ini hanya mampu dicapai oleh orang yang dikurniakan dengan sifat-sifat lelaki sejati. Ianya tidak mungkin dicapai oleh manusia yang ingin kurang dari itu, yang boleh berkrompromi dan bertolak ansur atau hanya rasa cukup dengan berselindung-selindung. Oleh kerana itu apabila dikatakan kepada seorang tokoh rijal; "Kami ada huwaijah (hajat kecil) untuk kamu tolong selesaikan", dia enggan menyelesaikannya dan berkata; "Carilah lelaki yang kecil untuk menyelesaikannya".
Lelaki yang kecil akan berpuas hati dengan kerja yang kecil dan remeh.

Bagi rijal yang berjiwa besar, himmahnya sangat tinggi. Dia menyediakan dirinya hanya untuk kerja-kerja besar dan enggan dengan kerja remeh.
Demi Allah, sungguh dakwah ini adalah hanya kerja rijal. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. Kumpulan orang-orang yang takut risiko dan halangan, pertarungan dan pertembungan, maka ia akan dianggotai oleh orang yang berjiwa kecil.

Bagi rijal, yang ditakuti hanyalah kelalaian "al-ghaflah". Sebagaimana yang dikatakan oleh al-Umari yang zahid;
"Sesungguhnya antara tanda kamu telah lalai terhadap diri kamu dan berpaling dari Allah ialah apabila kamu melihat sesuatu yang dimurkai Allah, kamu tidak mempedulikannya. Kamu tidak menyuruh dan tidak melarang lantaran takut kepada manusi sedangkan orang-orang ini langsung tidak boleh membahayakan ataupun memberi faedah kepada dirimu.

Lantaran itulah Ibnu Taimiyyah sering mengkritik orang soleh yang penakut.
Berulang-ulang kali beliau menerangkan;

"Meskipun mereka telah berhijrah meninggalkan kejahatan, mereka bukanlah mujahidin tulen yang berjuang menghapuskan kejahatan sehingga tiada lagi fitnah dan rintangan yang menghalang manusia dari jalan Allah. Hingga jadilah agama Allah seluruhnya untuk Allah.

Fikirkanlah! Tidak banyak manusia yang ada padanya kedua-dua sifat ini sekaligus.

Biasanya ada yang benci pada kekufuran dan kejahatan serta orang yang melakukannya. Tetapi dia tidak pula menegah mereka dan berjihad melawan.
Ada pula yang sukakan kebaikan dan orang-orang yang melakukan kebaikan tetapi tidak suka menganjurkannya dan berusaha dengan harta dan jiwanya untuk mengajak kepada kebaikan itu.

Padahal Allah SWT telah berfirman

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang yakin kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang(berjihad) dengan harta dan diri mereka di jalan (agama) Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar."
(Al-Hujurat 49:15)

"Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang mukmin ): "Jika sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, adik beradik kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut merosot dan rumah-rumah yang kamu sayang, -(jika semuanya itu) lebih kamu cintai daripada Allah dan RasuNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
(At-Taubah 9:24)

Posted by misoshiru2312 at 10:26 2 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Kita Hubungkan Generasi Lalu Dengan Generasi Seterusnya

Wednesday, 13 January 2010

Islam hari ini sangat-sangat perlukan satu kumpulan da'i yang memiliki kefahaman 'taghyiriyyah-mengubah' ini, memahami betul-betul kewajipan membawa petunjuk kepada manusia dan tahu betul-betul di mana mereka dalam angkatan dakwah yang sedang berjalan ini. Mereka yang mengerti bahawa mereka adalah satu mata rantai yang menghubungkan angkatan dahulu dengan angkatan yang akan datang nanti. Mereka sama-sama mengumandangkan nasyid;

Kita ini adalah angkatan musafir dalam hidup ini
menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan

Betul..mereka telah berusaha penat untuk menyampaikan akidah tauhid kepada kita, mentarbiyyah kita, mendidik kita dan menarik kita keluar dari bahaya kebinasaan. Oleh itu, sepatutnya kita setia dalam melaksanakan tugas dakwah yang telah diserahkan kepada kita sepertimana yang mereka lakukan.
Mereka telah menanam pohonnya, kita yang menikmati hasilnya. Seterusnya, kita pula perlu menanam supaya generasi yang akan datang dapat memakan buahnya.

Penanaman itu memerlukan kita bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan mereka dan memperkatakan kebenaran secara terus terang.

Tetapi bagi sesiapa yang memilih untuk mengasingkan diri dan enggan menghadapi pemikiran sesat dan kerosakan akhlak yang berlaku, maka orang itu samalah seperti yang dikatakan oleh Mustafa al- Rafi'e;

"Dia menyangka bahawa telah lari dari kehinaan dan menuju kemuliaan, sedangkan pelariannya dari memerangi kehinaan itulah kehinaan bagi dirinya. Apa ertinya suci, amanah, al-sidq, setia, kebaikan, ehsan dan lain-lain kehebatan pada seorang yang berada bersendirian di padang pasir atau di puncak gunung? Bolehkah dianggap al-sidq itu satu kehebatan pada seorang manusia jika di kelilingnya hanyalah ketulan-ketulan batu? Demi Allah, siapa yang langsung tidak memerangi keburukan, maka dia sebenarnya langsung tidak mempunyai kelebihan".

Apakah bezanya antara seorang yang mengasingkan diri di puncak gunung dengan orang yang berada di tengah-tengah orang ramai tapi membisu seribu bahasa?

Masalah umat Islam hari ini sebenarnya bukanlah terletak pada kurangnya bilangan mereka. Begitu juga masalah dakwah pada hari ini bukan disebabkan kurangnya orang yang berpegang teguh dengan Islam di tengah-tengah kegawatan umat yang meninggalkan solat, mengamalkan bid'ah dan mendukung pemikiran kufur dan jahiliyah. Di semua negara umat Islam sentiasa ada ramai angkatan muda Islam yang baik.

Masalah sebenarnya ialah mereka ini tidak kedepankan Islam mereka, tidak berdakwah atau jika mereka berdakwah pun, tanpa ada tansiq di kalangan mereka.

-Muntalaq-

Posted by misoshiru2312 at 10:21 2 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.