Umat Islam telah lupa.
Mereka sangka, jalan ini cukup dengan sekadar pidato, syarahan, ceramah, resolusi-resolusi dan seminar semata-mata.
Oleh itu, seorang da'i Islam yang agung, Syakib Arsalan Rahimahullah telah berusaha bersungguh-sungguh mengajar jalan yang betul .
Di dalam sebuah risalahnya yang diterbitkan pada tahun 1931 dan disiarkan di dalam majalah al-Muslimun, beliau berkata kepada salah seorang warga Palestin:
"Banyak buku-buku sampai kepadaku, sama ada dari Morocco,Jawa,Mesir,Syria,Iraq dan negara kamu, Palestin. Penulis-penulisnya mencadangkan supaya diadakan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun seperti biasa aku akan menjawab;
"Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu."
Seterusnya beliau berkata:
"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?"
-Kita mesti punya satu titik permulaan, atau langkah pertama iaitu meletakkan hakikat tersebut di dalam satu hati kemudiannya ke dalam beberapa hati, seterusnya di dalam beberapa hati sekumpulan manusia yang beriman..........hakikat itu.......ia perlu bermula dari bawah, kita perlu membina individu muslim!
Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun ke 21 ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di bawah khemah kamu. Kamu panggillah puterimu; "Marilah anakku", untuk menyemarakkan lagi nyalaan unggun api lalu kamu mengajarnya;
Nyalakanlah api itu, semoga api itu menjadi penunjuk,
Nyalakanlah ia wahai manjaku,
Sesungguhnya para da'i dalam kehairanan
Nyalakanlah ia untuk para pengembara di padang luas ini
Marakkan api dan nyalakanlah baranya
Semoga para pengembara segera datang kepadanya
Usirlah kegelapan yang pekat ini
Tunjukkanlah jalan ini kepada rama-rama yang sesat itu
Inilah api yang paling baik, dinyalakan di tengah malam yang gelap gelita
Itulah sebaik-baik penghibur yang menyalakan api hidayah itu
Bukan persinggahan yang menjadi tujuan pasukan
Tetapi ia hanyalah api yang menunjukkan jalan kepada pengembara yang mencari panduan
Bekalkanlah kami dengan kehangatan cinta dan tanggungjawab
Bekalkan kau wahai puteri si manjaku, dari nyalaan hidayah ini.
-Abdul Wahab Azam (Muhammad Iqbal)
4 comments:
entri2 berkala yg membasahkan hati...jzlh ukhti :)
keep moving forward
eh xperasan pula jadi cam berkala..hihi
waiyyaki ukhti..=)
tulh..ntah2 k.rahmah dah buat jadual nk post ape dlm setiap kali nk buat post..huhu..
oo farah!!!
xde jadual tetap pon farah..hihi
harap yg dikongsi ini bermanfaat iA=)
Post a Comment