Islam hari ini sangat-sangat perlukan satu kumpulan da'i yang memiliki kefahaman 'taghyiriyyah-mengubah' ini, memahami betul-betul kewajipan membawa petunjuk kepada manusia dan tahu betul-betul di mana mereka dalam angkatan dakwah yang sedang berjalan ini. Mereka yang mengerti bahawa mereka adalah satu mata rantai yang menghubungkan angkatan dahulu dengan angkatan yang akan datang nanti. Mereka sama-sama mengumandangkan nasyid;
Kita ini adalah angkatan musafir dalam hidup ini
menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan
menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan
Betul..mereka telah berusaha penat untuk menyampaikan akidah tauhid kepada kita, mentarbiyyah kita, mendidik kita dan menarik kita keluar dari bahaya kebinasaan. Oleh itu, sepatutnya kita setia dalam melaksanakan tugas dakwah yang telah diserahkan kepada kita sepertimana yang mereka lakukan.
Mereka telah menanam pohonnya, kita yang menikmati hasilnya. Seterusnya, kita pula perlu menanam supaya generasi yang akan datang dapat memakan buahnya.
Penanaman itu memerlukan kita bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan mereka dan memperkatakan kebenaran secara terus terang.
Tetapi bagi sesiapa yang memilih untuk mengasingkan diri dan enggan menghadapi pemikiran sesat dan kerosakan akhlak yang berlaku, maka orang itu samalah seperti yang dikatakan oleh Mustafa al- Rafi'e;
"Dia menyangka bahawa telah lari dari kehinaan dan menuju kemuliaan, sedangkan pelariannya dari memerangi kehinaan itulah kehinaan bagi dirinya. Apa ertinya suci, amanah, al-sidq, setia, kebaikan, ehsan dan lain-lain kehebatan pada seorang yang berada bersendirian di padang pasir atau di puncak gunung? Bolehkah dianggap al-sidq itu satu kehebatan pada seorang manusia jika di kelilingnya hanyalah ketulan-ketulan batu? Demi Allah, siapa yang langsung tidak memerangi keburukan, maka dia sebenarnya langsung tidak mempunyai kelebihan".
Apakah bezanya antara seorang yang mengasingkan diri di puncak gunung dengan orang yang berada di tengah-tengah orang ramai tapi membisu seribu bahasa?
Masalah umat Islam hari ini sebenarnya bukanlah terletak pada kurangnya bilangan mereka. Begitu juga masalah dakwah pada hari ini bukan disebabkan kurangnya orang yang berpegang teguh dengan Islam di tengah-tengah kegawatan umat yang meninggalkan solat, mengamalkan bid'ah dan mendukung pemikiran kufur dan jahiliyah. Di semua negara umat Islam sentiasa ada ramai angkatan muda Islam yang baik.
Masalah sebenarnya ialah mereka ini tidak kedepankan Islam mereka, tidak berdakwah atau jika mereka berdakwah pun, tanpa ada tansiq di kalangan mereka.
-Muntalaq-
2 comments:
~simple. tapi berat ape yg cuba disampaikan...
~lagi susah nk paham, lagi saya ulang bacaaa... hehe.
~salam ziarah...
... bila kita mau dating lagi ya akak...?
salam cik teratai..
xpe ulang baca banyak2 kali..
nanti bila kita kumpul sama2, kita boleh bincang sama2 pula..
dah dating ek semalam..bila nak dating live pula nih??
inshaAlah sebelum akak balik ye!
Post a Comment