skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ▼ 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Singgah..

Sunday, 21 December 2008


Hatinya penuh ceritera,
Minta dirungkai satu persatu

Lantas si tuan punya hati,
Mencari-cari persinggahan,
buat melepas cerita hatinya,
dengan harapan,
bertemu ketenangan mencipta bahagia.

Namun,
Tiada satu persinggahan,
yang memahami cerita hatinya,

Si tuan punya hati bingung,
Di persinggahan mana cerita hatinya bisa difahami?
Di ceruk mana perlu digali bahagia?
Di daerah mana ketenangan bakal bertandang?

Jiwanya kelabu,
Jasadnya sarat berdebu,
Ke sana ke mari,
mencari jawapan.
Hatinya makin parah,
Menanggung cerita yang tak terluah.

Satu malam,
Terlihat olehnya bintang dan bulan,
Sungguh indah,
Saat itu,
Hatinya berlagu hiba...
Rupanya dia lupa Ada kuasa yang Maha Hebat,
Yang menciptakan segalanya,

Si tuan punya hati menangis,
menangis..
menangis..

Rupanya ketenangan itu,
bertakung di kelopak mata,
menunggu ditumpahkan

Rupanya kebahagiaan itu,
ada dihujung lidah,
menunggu dilagukan setiap detik

Dan sungguh,
ketenangan, kebahagiaan itu terlalu dekat,
sungguh, ia berlabuh di dahi mu..
menunggu selalu diakrabkan dengan bumi..


Sungguh,
cerita hatinya,
hanya bisa difahami DIA
yang mengerti segala-galanya.



Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah.
Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.


Milik-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Yang Awal ialah yang telah ada sebelum segala sesuatu ada, Yang Akhir ialah yang tetap ada setelah segala sesuatu musnah, Yang Zahir ialah Yang Maha Tinggi, dan Al Batin ialah tidak ada sesuatu pun yang menghalangiNya, dan Dia lebih dekat kepada makhluk daripada makhluk itu sendiri dekat dengan dirinya.)

(Al-Hadid 57: 1~3)



Wahai diri, disaat kau perlukan si pendengar setia, di saat kau mahukan hatimu difahami,
Mengapa kau selalu terlebih dahulu datang kepada manusia?
Manusia yang tiada daya meneropong jauh maksud tersirat hatimu..
Mengapa kau tidak terlebih dahulu datang kepada DIA yang menciptakan kau dan mereka??!

Posted by misoshiru2312 at 17:34 1 comments    

Labels: pena dari hati

erk..

Tuesday, 18 November 2008

erk..kamu kenapa?

saya cari sesuatu..

apa dia?

sesuatu yg saya dah jumpa..

erk..dah jumpa..tapi cari lagi??

ye...saya akan terus mencari, walau dah jumpa apa yg saya cari..

??


=_= Ya Latiff, soften our hearts with the remembrance of you...

Posted by misoshiru2312 at 23:33 12 comments    

Labels: pena dari hati

Rehlah @ Takamatsu ike

Saturday, 15 November 2008

The sky is clear
The air is clean
The land is green
Thank you Allah

The path we walk
The lines we talk
The thing we see
Thank you Allah
Thank you Allah


Bila lihat daun gugur satu persatu..tetiba hati kata pada Dia, bestnya kalau dosaku juga gugur satu persatu cam daun-daun tu.......








Apakah engkau tidak memperhatikan, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkanNya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan Nya hancur berderai-derai. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal yang sehat.
(Az-Zumar 39: 21)

Posted by misoshiru2312 at 16:33 1 comments    

Lupa...

Thursday, 13 November 2008



Pada balam-balam malam
Yang dihujani tangisan
Penuh rintihan mengharap
dia yang sedar dirinya hanya hamba
Yang dimiliki Sang Pencipta Yang Maha Agung...

Biarkan dia menangis,
dia tidak punya masa gembira,
Kerna masa lalu yang disirami khianat pada Tuhannya
Biarkan dia menangis,
Tangisan itu bicara dia dengan Kekasih Agungnya
Mengharap dikurnia jalan pulang ke sisiNya.
Biarkan dia menangis
dia tidak pernah suci dari dosa
Kerna tangisan itu tandanya dia kembali..



Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Az-Zumar 39:53)


Disaat jahiliyyah merantai kalbu, kasih Ar-Rahman menerpa menyentuh jiwa. Lalu kau berjanji taat setia pada Nya. Tapi kau tak selamanya suci dari dosa, imanmu tak selamaya di puncak tertinggi, tiba saatnya ia jatuh di dasar terendah. Saat itu syaitan berpusu-pusu menyelinap di setiap ruang kalbumu. Lantas, jadilah kau manusia yang lupa pada janji dan taat setiamu padaNya.

Kau lupa wahai diri, dimana syukurmu? Bukankah Dia telah menyelamatkanmu dari masa gelap yang penuh noda dan maksiat itu? Kau lupa tugas dan tujuanmu diciptakan dimuka bumi ini. Kau kufur pada nikmat hidayah dan taufiq yang pernah menyentuh hatimu..kau lupa, ramai lagi di luar sana yang mengharapkan sentuhan Kasih dari Yang Agung itu..

Segeralah kau pulang kepadaNya..segeralah kau tangisi janji-janji yang kau mungkiri itu..Dia setia mendengar setiap butir bicaramu..Dia rindu akan setiap titis air matamu.. Walau kau telah berkhianat padaNya berulang kali , Kasih dan sayangNya sentiasa ada untukmu..

Bajailah hatimu yang gersang itu dengan nur iman, basahkan lidahmu yang kering kontang itu dengan zikrullah, akrabkan dahimu ke bumi dan berbuat baiklah kepada setiap makhluk.




Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak sedang kamu tidak menyedarinya

agar jangan ada orang yang mengatakan, "Alangkah besar penyesalanku ke atas kelalaianku, dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku temasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)"

atau (agar jangan) ada yang berkata, "sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa",

atau (agar jangan) ada yang berkata ketika melihat azab, "sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), tentu aku termasuk orang-orang yang berbuat baik".


Sungguh, "Sebenarnya keterangan-keterangan -Ku telah datang kepadamu, tetapi kamu mendustakannya, malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang kafir."

(Az-Zumar 39: 54~59)



Cukuplah ayat-ayat Allah ini sebagai peringatan untukmu wahai diri. Bersegeralah pulang kepadaNya!



~sweetnya Allah yang sentiasa menghadirkan dalam jiwa manusia, kesedaran dan ketenangan disaat hambanya alpa dengan hal duniawi.







Posted by misoshiru2312 at 23:55 3 comments    

Labels: pena dari hati

Sensitifkah?

Sunday, 9 November 2008

Assalamualaikum everyone..

Sibuknya manusia..macam-macam..
Tapi biarlah sibuk bertempat...

Satu hari, saya singgah baca utusan (setiap hari sbnrnya)..Di laman utama, terpampang besar berita kemenangan Obama. Wah..hebatnya Obama dengan slogannya "Yes We Can"..huhu..Tapi bila lihat berita yang mencatat rating tertinggi pembaca,rupanya, Obama telah kalah kepada cerita Abby dan Norman Hakim..huhu..Nampaknya, untuk rakyat Malaysia, Obama belum cukup hebat untuk mengatasi populariti Abby dan suaminya.Mungkin, cerita rumah tangga kedua2 selebriti itu lebih memberi impak kepada rakyat Malaysia berbanding berita peralihan kuasa yang bakal merubah dunia itu. Tahniah Abby dan Norman, anda memang hebat!!


Semalam membelek sekejap berita2 yang mendapat liputan hebat di Malaysia, Keputusan Anugerah Skrin 2008 menarik perhatian saya,Untuk keputusan anugerah rancangan bual bicara terbaik, Macam-macam Aznil mengungguli anugerah itu. Oo..itu rupanya rncgn bual bicara terbaik..ingatkan Al-Kuliyyah boleh menang..Ya, saya akui rncgn itu cukup menarik, ceria sana sini, artis sana sini,saya pernah menjadi penonton setianya suatu masa dulu,
(taktau rcngn Macam-macam Aznil tu apa?..sila google sendiri la ye)

Pernah saya memarahi anak buah saya yang telah menghabiskan kredit beratus2 ringgit semata-mata untuk mengundi peserta pilihannya sebagai juara AF. Sungguh tidak patut, bila wang yang banyak dihabiskan untuk manusia yang tiada kaitan dalam hidup, sedangkan untuk mengirim SMS bertanya khabar pada mak ayah pun tak sanggup. Owh geramnya! (p/s: sy mmg garang)


Saya baca harian metro semalam, bertarikh 9nov.
(Percaya atau tidak, saya pernah mengambil keputusan untuk tidak membaca harian metro selama beberapa hari untuk mengelakkan pening kepala setiap kali habis membacanya..huhu..)

Terkejut, sangat2..Pengkid cabar fatwa!!
housemate saya juga bulat matanya bila tgk tajuk besar akhbar tersebut
"Ini bukan cabar fatwa ulama ni, ni dah cabar hukum2 Allah yg dah ade dlm quran terang2 tu" seorg sahabat bersuara lantang..huh!
kami senyap, kebetulan usrah tgh kyukei time tu, mak usrah tenang aje mukanya..mengharapkan anak2 usrahnya bersuara memberi pendapat.

"Mungkin budak2 ni mangsa keadaan kot, xdpt didikan parents dari kecil agaknya"
seseorng melontarkan idea..yg saya kira hanya sekadar untuk menenangkan keadaan.

Semua senyap lagi, xtau nak kata apa..mungkin masing2 dah muak dengan alasan sebegitu.
Yakin, semua yang ada bersama ketika itu sebenarnya sedang risau. Topik tu akhirnya jadi salah satu bhn perbincangan usrah hari tu..(panjang lebar hujah setiap orang).

Dan saya tidak berhajat untuk menulis hujah-hujah tersebut. Saya juga tidak mahu mengulas panjang tentang kemenangan Obama, isu penceraian artis2 Malaysia, kes2 jenayah dan rancangan2 hiburan yang sedang menggila di Malaysia sekarang. Sekiranya anda manusia yang sensitif, anda sebenarnya sudah tahu dan peka dengan hal tersebut. Anda punya akal untuk berfikir sendiri, bagaimana realiti sebenar masyarakat kita sekarang. Perlu ingat, masyarakat yang dimaksudkan ini majoritinya umat Islam, keluarga, jiran-jiran kita!

Kengerian dan kebimbangan mula meyusup hati, inilah masyarakat yang bakal kita hadapi kelak. Mahu bersama-sama berusaha mengubahnya, atau terjun bersama berenang di lautan hedonisme yg sedang mengganas rakus merosakkan ruh2 manusia. Alangkah buruk dan jeleknya bila hati yang sepatutnya diisi dengan amalan yg mendekatkan kita pada Sang Pencipta ini diisi dengan hiburan yang melampau!

Saya cuma ada 1 tahun 5 bulan lagi sebelum pulang ke negara tercinta, hanya ada masa yang terlalu singkat untuk mempersiapkan diri berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat yang sebangsa ini..

Mula tertanya-tanya..selamatkah zuriat yang bakal lahir kelak dari terkena palitan2 jahiliyyah ini..didikan yang baik tidak cukup untuk membentuk individu muslim yang ideal kalau persekitarannya terlalu teruk! Kalau anda peka dengan masalah yang melanda masyrakat di Malaysia sekarang, anda akan dapat bayangan realiti masyarakat yang bakal digauli oleh anak-anak anda 10 tahun akan dtg mungkin.

Maaf, saya terlalu emosi tentang ini. Dan saya cukup geram kalau anda yang mengaku terpelajar dan bangga dengan status anda sebagai pelajar overseas tapi tak pernah langsung buka paper dan ambil tahu tentang negara dan masyarakat sendiri!


Memetik tajuk kecil dalam buku Muntalaq:

Jiwa yang beriman itu Peka dan Sensitif.

Di tahun-tahun terakhir sebelum abad pertama Islam berlalu, penyelewengan mula menyerap masuk ke dalam generasi baru yang bakal meggantikan generasi pertama islam yang unik itu. Keazaman di dalam dakwah dan jihad mula kendur sedangkan mereka sepatutnya meneruska dakwah dan jihad untuk menghapuskan saki baki taghut yang masih ada.

Ketika itu muncul Umar bin Abdul Aziz, dilahirkan Allah untuk umat ini. Dengan semangatnya yang sangat tinggi, beliau melihat sedikit saja penyelewengan dan meninggalkan jihad itu sebagai tanda awal terseleweng dari kebenaran. Beliau memandang berat keadaan umat jihad yang telah kurang rancak juangnya.

" Aku ini sedang merawat satu masalah yang tiada siapa dapat menolongnya kecuali Allah. Di atsnya telah mati orang tua, telah membesar orang yang kecil, orang Ajam telah mahir berbahasa arab dan arab badwi telah berhijrah sehingga mereka memandang sesuatu yang bukan agama sebagai agama. Mereka tidak melihat kebenaran selain itu."

Lihatlah betapa sensitifnya Umar bin Abdul Aziz, risau mengenangkan umat islam yang mula menjauhi dakwah dan jihad. Sedangkan waktu itu beliau memegang kuasa yang menguasai seluruh bangsa-bangsa. Sedangkan ramai mujahid dan ahli sufi yang lahir pada zaman tersebut. Rabiatul Adawiyah juga hidup di zaman ini.

Dapat ada bayangkan betapa sensitifnya Umar bin Abdul Aziz??
Bayangkan kalau beliau masih hidup di zaman umat islam masa kini...
Melihat umat yang menganut agama suci ini jauh jatuh di lembah kehinaan..

So tunggu apa lagi, belajarlah menjadi seorang muslim yang peka terhadap keadaan sekeliling. Mengapa harus dipejam mata dan dikelukan lidah melihat umat yang sedang parah dan sakit ini?


p/s: Graf ISK mula terbayang2 bila baca tentang Obama, Tzipi Livni, nuklear Iran, Najib..


Buat ayu n kak ateen, entry autumn gathering masih belum sempat disiapkan. Harap-harap boleh siapkan sebelum basi..hihi..
















Posted by misoshiru2312 at 23:10 5 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Maafkan kesalahan teman

Tuesday, 28 October 2008

Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata:

"Janganlah hanya kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda tahu kemuliaannya, dan yang pernah anda tahu kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan medapatkan teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pula melakukan sesuatu kesalahan. Oleh kerana itu, cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya, pertimbangkanlah dia dengan pandangan yang objektif, dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu. Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnya dan juga penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan."


Ibnu Rumi pernah berkata:

Manusia dan dunia ini
Pasti mempunyai kekurangan
Yang tak sedap dipandang mata
Atau kelemahan yang mencemari kemulusannya.
Tidaklah adil jika engkau
Menginginkan teman yang bersih di dunia ini
Sedang engkau sendiri tidak bersih.


"Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma`ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."
(Al-A`raf 7:199)


It takes time to build.."Ukhuwwah"
.
.
.
.
.
Lost my words....





Posted by misoshiru2312 at 06:20 3 comments    

Labels: Hikmah

Jawapan?

Thursday, 23 October 2008

  • A: akakkkkkkkkkkkkkkkkk
  • B: ek nape?
  • A: bolehla esok
  • B: ape?
  • A: gitu2
  • B: ape?
  • B: gitu2 ape?
  • A: kter nk bg usrah kt sy srg
  • A: hheeheh
  • A: nak2
  • A: esok
  • A: xbzio mase
  • B: haha
  • B: bole je
  • B: akak xde klas esk
  • A: smbil nk tggu bndalah tu smpi
  • A: pas asr la
  • A: kls hbs 230
  • B: wokeh
  • B: nak tajuk ape?
  • A: errkkk....
  • A: nk bljo dr basic semule
  • A: akidahhhh
  • B: aiseh
  • A: knp?
  • B: hehe
  • B: jap2 akak pk nk bg apa yg sesuai
  • A: okke

Semalam kohai saya menwarkan diri untuk di"usrah"kan seorg diri..hihi..bunyi agak kelakar,
itu bukan usrah namanya syg, itu "talking2" aje..=)

Duduk membaca kembali teks2 perbualan di ym ini, macam-macam di fikiran saya..apa agaknya yg membuatkan kohai saya yg seorg ini beria benar mahu belajar tentang akidah? Saya masih belum cukup memahami dirinya mungkin. Alhamdulillah, junsui benar hati kamu.

Teringat zaman dulu2..saya selalu lari dari usrah. Macam-macam alasan saya cipta bila kakak naqibah menghantar sms bertanyakan samaada saya dapat hadir ke usrah minggu tersebut atau tidak. Sedaya upaya mencipta alasan paling kukuh untuk tidak hadir. Ooo..jahilnya diri. Berbeza benar dengan kohaiku seorang ini..=)

"Kenapa kamu join usrah?"
"Sebab saya nak ilmu"
"Xjoin usrah pun boleh dapat ilmu"

Itu perbualan saya dengannya tempoh hari, soalan yang agak direct tanpa kiasan sedikitpun. Dan yang pastinya, jawapan kepada soalan itu tidak akan dapat dicari dalam masa sejam dua, sehari dua..jawapan skemanya mungkin ramai yang tahu,"Matlamat kita adalah Allah, sasaran kita adalah mengukuhkan agama Allah di muka bumi"... "Mahu mejadi batu bata kepada sebuah rumah".."Mahu jadi individu muslim yg jadi asas pada ustaziyatul alam"..."Mahu mengajak orang lain kepada islam"..bla..bla..bla..cukupkah jawapan ini dimulut saja adikku?

Tapi jawapan yang benar-benar difahami oleh hati itu mungkin mengambil masa....jawapan dari dalam hati yang faham itu memerlukan suatu perjalanan berbekalkan nawaitu dan kesabaran. Teori dan praktikal tidak sama adikku. Jawapannya bukan pada akak, tapi jawapannya ada pada kamu. Mungkin bukan hari ini, tapi berjalanlah menyusuri jalan yang Allah kurniakan ini beserta takwa dan sabarmu..kerana kelak, jawapan itu tidak hanya lahir dari kata-kata, tapi juga pada matlamat hidupmu, fikirmu dan tingkahmu juga. Ayuh kita susuri jalan ini bersama, kerana yang menulis ini juga masih perlu berjalan jauh, masih mecari kekuatan dan kesabaran lantaran diri yang punya terlalu banyak kelemahan. Semoga Allah pandu perjalanan ini sehingga sampai ke destinasi yang wajib ditujui..amin~

"Dan sesungguhnya inilah jalanKU yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya, dan janganlah kamu ikut berbagai jalan(lain), ini boleh memecahkan kamu dari jalanNya , demikian kamu dipesankan denganNya, semoga kamu bertakwa"
(Al-An`am 6:153)


Kadang-kadang adikku, terasa diri layak digelar "pengkhianat".. berapa kali kita ingkar, sudah berapa kali kita lari jauh dariNya..tapi, Allah sayang kita bukan..walaupun berkali-kali mengulangi dosa-dosa yang sama, Allah masih menjaga aib kita atas dosa-dosa itu..malah, Allah kurniakan jalan untuk kita kembali padaNya..cuma terpulang pada kita, mahu berjalan di atas jalan tersebut atau berpaling darinya. Allah sayang kita...Allah kasihani kita..Allah tahu setiap yang baik dan buruk untuk kita..Allah segala-galaya untuk kita..siapa kami tanpa cintaMu Ya Rabb!



"Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diri-Nya, (iaitu) barang siapa berbuat kejahatan di atara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka Dia Maha Pegampun Maha Penyayang"
(Al-An`am 6:54)


"Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa"
(Ali Imran 3:133)





kohai: junior
junsui: suci






Posted by misoshiru2312 at 02:21 5 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Hebat kerana apa?

Tuesday, 21 October 2008

Assalamualaikum everyone..

Lama saya tidak menulis sesuatu untuk misoshiru. Kekangan masa menyebabkan saya terpaksa membiarkan ia bersarang tidak di sentuh..sudah genkai dengan lab report yang berlambak-lambak, mual bergelumang dengan bahan kimia setiap hari.
Dalam apa pun situasi, kondisi diri perlu diperiksa. Cukup amanahkah kita memberi makanan terbaik pada diri. Akal, hati dan jasad. Setiap satunya perlu diberi makanan terbaik, hati dengan zikrullah, akal dengan ilmu dan jasad dengan makanan dan senaman. Mungkin masih banyak yang perlu saya perbaiki, masih banyak kelompongan untuk memenuhi keperluan 3 komponen ini. Moga Allah beri kekuatan untuk memperbaikinya.

Abi Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda:

"Baharukanlah iman kalian." Rasulullah S.a.w ditanya. "Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami?". Baginda menjawab." Banyakkanlah menyebut: "La Ilaha Illallah".

(Riwayat Ahmad dan lain-lain)


Semester ini mungkin agak mencabar bagi saya, diamanahkan dengan beberapa komitmen yang memerlukan saya untuk memerah idea utuk meghasilkan sesautu yang terbaik untuk semua. Pada Allah saya kembalikan semuanya, moga dipermudahkan.

Amanah yang terpikul buat masa ini agak menakutkan saya. Semestinya sahabat-sahabat yang lain juga sedang serius bekerja. Dalam kesibukan itu, saya perlukan sesuatu untuk memandu niat kearahNYA. Kalau niat tersasar, natijahnya semestinya bukan yang terbaik.

Lari dari niat kerana redha Allah itu amat menggelisahkan jiwa, bagaimana harus dipimpin agar niat itu tidak tersasar. Meriah benar status yahoo messengger, blog2 dengan promosi2 program.
Lantas, ramaila peserta yang mendaftar untuk program kita...maka bergembiralah para tukang promote, berpuas hatilah para pembuat website, merasa usahanya telah mendapat perhatian. Lebih menakutkan bila kita merasa hasil bilangan yang ramai itu datang dari usaha kita sendiri, lupa, yang menentukan segalanya adalah Allah Taala. Berkali-kali mengingatkan diri sendiri, semua ini kerana Allah, biarlah usaha ini kerana Allah. Kita mahukan hasil yang terbaik kerana Allah, mengembalikan segala urusan kita padaNya..

Sesungguhnya pergantungan itu hanya pada Allah S.W.T

Program ini hebatnya bukan kerana jumlah peserta yang ramai..
Program ini hebatnya bukan kerana penceramah yang popular...
Program ini hebatnya bukan kerana tempat yang menarik...
Program ini hebatnya bukan kerana makanan yang best..


Jangan biar pergantungan kita beralih kepada kelebihan2 yg nampak di depan mata..
Kita berusaha melakukan yang terbaik kerana Allah, dan serahkan segalanya pada Allah. Apa jua hasilnya kelak, pasti ada hikmah yang Allah telah tetapkan utuk kita. Bekerja kerana redhaNya..janji kita untuk menjayakan semua ini kerana Allah Taala.

Jom sama2 muhasabah, renung kembali ibrah daripada kisah perang Hunain.. Kekalahan yang melanda tentera Islam lantaran rasa angkuh dan bongkak mereka dengan jumlah tentera yang ramai sehingga lupa akan pergantungan pada Allah Taala. Allah telah menunjukkan buktinya sebelum ini, maka tidak boleh tidak, Allah Taala adalah yang pertama wajib hadir dalam setiap langkah, dalam setiap percaturan mahupun kata-kata. Walaupun kita bekerja untuk program yang sekecil ini , pergantungan kita perlu besar kepada Allah Taala..


“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.” (At-Taubah 9:25)



Posted by misoshiru2312 at 00:12 6 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Autumn Gathering

Thursday, 9 October 2008


Autumn datang lagi !!

dan seperti biasa AUTUMN GATHERING akan diadakan sekali lagi tahun ini…

Kali ini bertemakan al-mukminah as-solehah..khas utk muslimah saje. menarik kan

Di bawah ni ada details untuk AUTUMN GATHERING kali ini..

Tarikh: 1 Nov 2008 ~ 3 Nov 2008

Tempat: 国立信州高遠青少年自然の家(National Shinsyu Takato Youth Outdoor Learning Center)

Pengangkutan: Bas akan disediakan dari Shinjuku Eki ke tempat program.

Tentatif program:

Sabtu (1/11/2008)
9:30~ berkumpul di shinjuku eki
10:00~ bas bertolak
13:00~ sampai di tmpt prog, lunch dan solat
15:00~ pembukaan
15:30~ ice breaking games
17:00~ dinner
18:00~ mandi + solat + tazkirah
20:00~ pengisian 1
22:00~ bersiap utk tidur dan al-mulk

Ahad (2/11/2008)
4:30~ subuh + tazkirah + mathurat di luar rumah
7:00~ sarapan + solat dhuha
8:00~ jungle X-plorace
11:30~ solat + lunch
12:30~ pengisian 2
17:00~ solat + tazkirah
17:30~ dinner + mandi
19:00~ malam kebudayaan
22:00~ al-mulk + tido

Isnin (3/11/2008)
4:00~ qiam + solat subuh + tazkirah + mathurat
6:00~ berkemas
7:00~ sarapan + solat dhuha
9:00~ majlis penutup

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran boleh lawat laman web di sini

Apa lagi jom ramai2 kita ke AUTUMN GATHERING 2008

Boleh ajak kawan ramai-ramai..kita meriahkan gathering kali ini..

InsyaAllah dpt bina tautan ukkhuwah dan mengeratkan ukkhuwah yg sedia terjalin..

Daftar segera sebelum terlambat!!

Kite jumpe di Nagano nanti

Wassalam.

Posted by misoshiru2312 at 21:20 0 comments    

Saya rindu..~

Wednesday, 8 October 2008


Dulu saya tidak pernah ambil kisah tentang mereka...
Selalu berkata pada diri.."Biarlah mereka dengan apa yang mereka suka, kerana aku juga tidak suka diganggu".....

Tapi, kali ini saya menerima ucapan sayang, jaga diri dan juga nasihat dari mereka....

Dan yang manisnya...mereka mengambil berat akan diri ini tidak lain dan tidak bukan hanya kerana ukhuwwah yang terjalin diatas satu kefahaman yang sama..di atas satu tujuan dan matlamat yang sama..Alhamdulillah..

Terima kasih kerana menyayangi saya..dan saya lebih gembira, kerana ucapan sayang itu adalah kerana redha Allah semata-mata..

INNI UHIBBUKI FILLAH

Tak sabar nak jumpa semua weekend ni..rindu semua..:)

Posted by misoshiru2312 at 00:12 1 comments    

~

Monday, 4 August 2008

Alhamdulillah..
Tiada erti sebuah kehidupan, tanpa sentuhan kasihNya..
Terima kasih sahabat fillah, semestinya merindui kalian semua
2 bulan pulang ke Malaysia bukan tanda akan dilupakan
Tak sabar nak berjaulah jelajah borneo sesama..hihi..

to Iwatetachi yang dicintai..
harapnya dapat istiqamah dengan apa yang kita dah buat b4 ni
Walaupun pulang ke Malaysia..harapnya tarbiyyah tetap berjalan

InshaAllah jumpa di program2 kat Malaysia..
Harapnya dapat top up iman selalu..
agak risau bila usrah pun xberjalan beberapa minggu..
Minta dijauhkan dari futur
Apatah lagi bila syaitan bersungguh2 menghiasinya..naudzubillah!
Harap dapat habiskan buku-buku yang dah diarahkan tuk baca..siapkan "shukudai"..
perlu beriman dengan apa yang perlu disampaikan!!!!

mmm..perlu menulis satu lagi artikel untuk blog Ini Cerita Kita sebenarnya..
tapi ketiadaan mood untuk menulis..

OO..saya mengarut disini..

Masih di rumah Che Una..
Akan bertolak ke Narita Airport dalam masa sejam lagi
Flight 1.30pm MH080
Doakan kami selamat tiba..


Bila bicara kita isinya hanya DUNIA
Maka fikir kita natijahnya hanya FATAMORGANA

Posted by misoshiru2312 at 07:58 4 comments    

Dunia

Thursday, 31 July 2008


"Kenikmatan dunia seperti bersumpah,
Bahawa dia tidak akan berkhianat,
Seolah-olah dunia mengatakan,
Bahawa dia tidak mungkin akan binasa."



Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya lah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu. (Muhammad,47:36)

Posted by misoshiru2312 at 00:08 0 comments    

Labels: Hikmah

~

Saturday, 26 July 2008



Wahai hati..
Cinta itu terlalu mahal harganya
Bukan sekadar di bibir
menjadi ungkapan semata
Tapi jauh didasar hati
Terungkap di setiap lafaz
Zahirnya di setiap tingkah perbuatan

Ya Rabb,
Ku damba cinta itu
Biarkan rindu disemai
menjadi satu
SATU hanya untuk MU...

Ya Rahman,
Sujudku di mihrab MU
Mengemis kasih
Mengharap ampun

Aku hanya hamba
Penuh palitan dosa

Ya Khaliq,
Bawa diriku jauh
Jauh dari masa lalu
Yang dihujani kejahilan itu~

Posted by misoshiru2312 at 00:11 1 comments    

Labels: perkongsian

Manusia Luar Biasa

Thursday, 10 July 2008


Menerima banyak mesej dari "pakcik" semalam...
Terharu dengan segerombolan manusia luar biasa di bumi sendiri..
Mereka seolah-olah pejuang-pejuang dalam peperangan Badar
Mengorbankan apa saja yang ada pada mereka..
Tiadalah masa yg mereka ada melainkan semuanya untuk Islam..
Tiadalah wang yang mereka miliki melainkan semuanya untuk Islam..
Tiadalah gunanya jasad itu melainkan untuk agamaNYA...
Segala potensi diri, guna untuk memacak kembali kegemilangan agamaNYA..


Ayuh...bangkitlah wahai diri ..jangan biar syaitan menghiasi futurmu itu!


Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui, ( As- Saff, 61:10~11)




Posted by misoshiru2312 at 12:41 1 comments    

Tangis dan Tawa..

Thursday, 3 July 2008

Maru-Maru~


Assalamualaikum everyone..

Diatas ini adalah jadual saya sepanjang bulan Julai sebelum kimatsu shiken(final exam) hujung bulan ini..terasa bebanan yang teramat, bilamana saya perlu menyiapkan lab report yang berlambak-lambak dan dalam masa yang sama, perlu berdepan dengan peperiksaan..agak susah menyusun masa dengan baik.

Saya terpanggil untuk menulis hari ini..walaupun kondisi diri tidak begitu mengizinkan..kerana esok saya perlu menduduki peperiksaan akhir utk subjek Mathematic Laplace transfer dikala report terakhir masih belum sudah. Namun semua itu tidak mengganggu niat saya untuk menulis hari ini..bermacam kejadian minggu ini menyebabkan saya mahu berkongsi sesuatu dengan anda semua...

Sabtu lepas saya berkongsi kegembiraan dengan seorang sahabat baik saya di Gunma yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan rakan sebatch saya di Iwate ini..tahniah untuk anda berdua..terharu, kerana andalah pasangan pertama batch ke 23 AAJ yang bakal berkahwin..tidak pernah menyangka bahawa sahabat saya inilah yang akan menamatkan zaman bujangnya paling awal..semoga BaitulMuslim yang bakal terbina beberapa bulan lagi ini akan dirahmati Allah..semoga walimahnya juga akan berjalan dengan lancar..inshaAllah..

(Izinkan saya bercerita sedikit tentang pasangan yang bakal berkahwin ini)..

Secara peribadinya saya sangat kagum dengan mereka berdua, dikala remaja lain sibuk dengan percintaan ala monyet , pasangan ini sangat berjaga-jaga dalam menjaga hubungan mereka..
Sejak awal hati terpaut, mereka telah menyuarakan hasrat untuk berkahwin..kerana sedar, hubungan tanpa ikatan yang sah itu bukanlah sesuatu yang dituntut dalam agama...dan alhamdulillah, setelah begitu banyak halangan..akhirnya Allah mudahkan jodoh mereka..yoku gambattanee nina Chang..akhirnya keyakinan ibu bapa itu datang jua akhirnya..Siapa yang membuka hati mereka..kalau bukan Allah Taala..lakukanlah apa saja demi redhaNYA, walaupun kelihatan ianya seolah2 suatu perkara yang mustahil, kerana redha Allah itu sentiasa ada untuk hambaNYA yang memelihara agamaNYA..


Dan lazimnya, dalam tawa itu pasti ada tangis..beberapa hari lepas, saya menerima berita kematian ayah kepada sempai(senior) saya yang telah pulang ke Malaysia..tidak dapat menghubungi sempai saya itu..dari jauh, hanya doa yang mampu saya kirim..agar roh arwah dicucuri rahmat..

Dan pagi ini, saya menerima satu lagi berita sedih, ayah kepada kohai(junior) saya meninggal dunia semalam..hati berdetik hiba..bagaimana mahu dikongsi perasaan sedih itu..saya duduk mengenang nasib sendiri..bagaimana andai saya yang diuji sebegitu?? Amat berat dugaan itu, tidak dapat pulang ke Malaysia menatap jasad ayah untuk kali terakhirnya..Saya hanya mampu berdoa, semoga Allah rahmati arwah dan semoga kohai saya itu diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini....

Hari ini adalah hari yang terlalu banyak pengajarannya..selalu saya menganggap diri saya yang paling sibuk..diuji dengan kesibukan-kesibukan duniawi, namun, Allah mahu mengajar saya sesuatu hari ini, bahawa ujian pada diri saya ini sangatlah kecil..bermakna saya perlu tabah untuk ujian sekecil ini..kerana hari esok pasti ada ujian yang lebih besar..

Hari ini saya menumpang gembira juga kesedihan insan lain..melihat gembira itu hanya pada insan lain..malah melihat sedih itu hanya pada insan lain..saya tidak mahu lupa..saya tidak mahu
menganggap diri saya tidak akan diuji dengan "Tawa dan Tangis" itu..esok hari akan tiba masanya insan lain akan hanya menjadi pemerhati, hanya menumpang gembira dan sedih yang akan saya lalui..

Setiap kekuatan, setiap kudrat ini milik Allah..kita hanya menjadi peminjamnya..kita tidak punya apa-apa..malah untuk mengerakkan jari jemari diatas keyboard ini jua atas izin Allah..untuk berjalan ke dewan exam esok juga atas izin Allah...setiap "Tawa dan Tangis" ini jua atas izinnya..segala-gala nya atas izin Allah...kita hanya hamba yang kadang-kadang megah dengan diri sendiri, merasa diri hebat dengan pencapaian sendiri hingga lupa semua itu milik sang Pencipta...Ya Rabb jangan murka pada kami...kami hanya hamba yang penuh dengan palitan dosa..beri maafMU pada kami..tunjuki kami jalan menuju redha-Mu~


"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, Dan sesunggunya Dialah yang mematikan dan menghidupkan, Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan, dari mani apabila dipancarkan, dan sesungguhnya Dialah yang menetapkan penciptaan yang lain (kebangkitan setelah mati), dan sesungguhnya Dialah yang memberikan kekayaaan dan kecukupan." (An-Najm54: 42_48)









Posted by misoshiru2312 at 13:39 1 comments    

Update

Wednesday, 25 June 2008

salam semua..

saya tidak berkesempatan untuk update di misoshiru blogspot..
untuk entry terbaru sila la berkunjung ke Ini Cerita Kita

Semoga sentiasa dalam imarah semangat untuk agamaNYA..

Wassalam..=)

Posted by misoshiru2312 at 15:39 4 comments    

pindah sekejap..hihi

Saturday, 17 May 2008

salam semua..

saya agak tertarik dengan blog ini..Ini Cerita Kita

Ada masa dan kelapangan..silalah berkunjung ke blog ini..inshaAllah ada manfaat untk semua...

Mengabaikan misoshiru seketika..=)

Posted by misoshiru2312 at 02:30 2 comments    

...

Wednesday, 14 May 2008




Walau dimana kalian berada..ketulusan doa dariku untuk kejayaan kalian sentiasa ada....
Terima kasih selama ini..
Terima kasih kerana menerima kekuranganku seadanya..
Memahami kedhaifan yang ada pada diriku...
Sesungguhnya setiap kebaikan dan setiap pengertian dari kalian itu
Amat mengisi kehidupan ini...
Syukur padaNYA..diketemukan insan seperti kalian semua..
Teruskan langkah..teruskan perjuangan..
Semoga sentiasa dalam lindunagNYA..dimana jua kalian berada...



Thanks a ton to my dear ajat...=)
gonna miss you~~

Posted by misoshiru2312 at 01:29 1 comments    

Bangunlah..

Sunday, 11 May 2008



Wahai orang yang berselimut! Bangunlah lalu berilah peringatan!
Al Muddathir 74:1~2




Untungnya orang Mukmin, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..
Kita tidak sendirian ....
Sahabat,
Bila kau bergelar Daie..kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi REMAJA. Bak kata Al-Banna.."Tanggungjawab melebihi masa yang ada dan tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN la yang dapat mendewasakan kau...." Tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain...
Bangunlah wahai SYABAB..sedarlah wahai FATA. Kalian bukan memulakan perjuangan..Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan ..Bangkitlah wahai sahabatku..semoga usaha kalian diberkatiNYA...~~



Saya agak hilang arah beberapa minggu ini..tidak menyangka rupanya terlalu banyak yang diabaikan sebelum ini..dan tidak terduga bahawa ada mereka-mereka yang menuntut penjelasan dari saya untuk hal-hal remeh yang saya rasa tidak perlu digembar gemburkan ...disaat-saat genting begini..saya hanya mampu bersabar..Alhamdulillah kerana masih punya housemate yang sangat memahami..

Yang amat dikesali..akhirnya saya gagal menunaikan hak sebagai seorang sahabat yang baik..maafkan saya atas kedhaifan diri saya ini..ada kalanya kita terlalu sibuk memberi kepuasan pada diri sendiri..dan akhirnya mengabaikan hak orang lain di sekeliling kita..maafkan saya sekali lagi..saya tidak tahu sudah berapa kali air mata saya tumpah kerana hal ini..hanya Allah yang tahu beratnya bebanan yang dipikul ini..semoga Allah ampunkan saya juga dirinya..~~

Sedarlah wahai diri..masa yang ada ini terlalu berharga untuk disepahkan merata-rata lagi...teruskan perjalanan walaupun kadang-kadang kita hilang arah tujuan di tengah perjalanan itu..tapi percayalah..selagi mana niat kita untuk teruskan perjalanan kita ini adalah kerana ALLAH..akan ada tangan-tangan yang bakal memimpin kita ke jalan yang benar..dan akan ada hati-hati yang sentiasa mengingatkan matlamat sebenar perjalanan ini...wallahualam...

~~sekadar coretan untuk menenangkan hati yang entah kenapa bisa kacau bilau sebegini..astaghfirullah..=(

Posted by misoshiru2312 at 18:43 3 comments    

Labels: perkongsian

Kaya Tapi Miskin

Saturday, 19 April 2008

Singapura sentiasa menduduki kelompok teratas dalam pelbagai tinjauan berdasarkan ukuran material seperti mesra perniagaan dan pencapaian ekonomi tetapi kedudukannya terbalik apabila faktor lain diambil kira.

"Dari segi kebebasan media, kebahagiaan, malah hubungan seksual serta percintaan dan sebagainya, kedudukan Singapura sangat rendah.

"Adakah kami mencapai kemakmuran material ini dengan mengorbankan aspek lain? Rohani, jiwa, hati, perasaan, apa sahaja yang hendak kita gambarkannya?" kata Catherine, 66, dalam wawancara dengan AFP.

Agak menarik artikel ini...saya tertanya-tanya, kalau Singapura begini..bagaimana dengan Malaysia?? Adakah Malaysia sama saja ataupun miskin kedua-duanya?? Mungkin juga kaya kedua-duanya??..huh..


Singapura Kaya tapi Miskin Rohani
Utusan Malaysia 19/04/08

Posted by misoshiru2312 at 19:06 2 comments    

Labels: perkongsian

Bola Besi

Bola Besi


Alhamdulillah..semalam saya sempat meluangkan sedikit masa bertadarus, belajar tajwid, perkongsian ilmu dan nasihat seterusnya makan malam bersama-sama dengan jelitawan Iwatetachi yang teramat disayangi...walaupun tanpa kehadiran 2 orang sempai yang tidak dapat menghadirkan diri lantaran kesibukan kenkyu mereka..but it`s ok..inshaAllah ada rezeki nanti cerita ini akan dikongsi bersama mereka pula..=)

Istilah dan perumpamaan bola besi ini saya belajar sewaktu jaulah tempoh hari,saya masih ingat ustaz sampaikan ini pada hari2 terakhir kami di Dublin, Ireland...walaupun mungkin ada sesetengah daripada kita yang merasakan perkara ini agak remeh..namun bagi saya inilah basic dalam kehidupan setiap insan.....

AQIDAH

Dari sudut bahasa AQIDAH diertikan sbg: Ikatan atau sangkutan, atau menyimpukan sesuatu


Dari sudut istilah AQIDAH diertikan sbg: Keyakinan ataupun keimanan terhadap sesuatu dan tidak akan terungkai oleh mana-mana pengaruh samaada dari dlaman mahupun luaran

Pengertian Aqidah dalam Al-Quran adalah, keimanan kepada Allah swt yakni mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah swt berperan sebagai Rabb (رب), Malik (ملك), dan Ilah (إله) seperti dapat dilihat dalam surah al-Fatihah ayat 1, 3, 4, surah an-Naas ayat 1, 2, 3. Berdasarkan ayat di atas, Aqidah Islamiyah dapat disimpulkan dengan rumusan Tauhid Rububiyah, Tauhid Mulkiyah, dan Tauhid Uluhiya

Secara ringkasnya disini saya sertakan pengertian Tauhid Rububiyah, Tauhid Mulkiyah dan Tauhid Uluhiyah yang saya catat ketika perbincangan dengan kak Mira minggu lepas:

Tauhid Rububiyah: Meyakini hanya Allah S.W.T yang mencipta, memiliki dan memberi rezeki kepada manusia.


Tauhid Mulkiyah : Meyakini bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang memerintah, membuat hukum dan melindungi manusia.

Tauhid Uluhiyah : Meyakini Allah lah satu-satunya yang disembah dan layak disembah dan Allah lah matlamat utama kita.(Ibu kpd segala matlamat)


Berbalik kepada cerita Bola Besi ini...Bola Besi ini terdiri daripada 3 lapisan, lapisan paling dalam adalah lapisan yang diisi oleh Aqidah, Tasawwur. Manakala lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan segala yang bersangkut paut dengan perasaan dan lapisan terakhir sekali iaitu lapisan paling luar pula diisi dengan pemakaian,perilaku,hobi dan segala yang bersangkut paut dengan luaran setiap insan...dan kita bahagikan Bola Besi ini kepada dua iaitu Bola Besi Muslim dan Bola Besi Kafir...

Seperti yang kita sedia maklum salah satu sifat besi ialah senang melebur...dan sekiranya kita telah memahami Aqidah kita yang sebenar..lapisan paling dalam itu akan melebur dan seterusnya mengenai lapisan kedua yang terdiri daripada hati,emosi dan perasaan..apabila leburan tersebut sudah menembusi lapisan kedua...leburan itu juga secara automatiknya akan menembusi lapisan ketiga yang terdiri daripada perilaku, pemakaian,hobi dan apa saja yang nampak pada luaran setiap insan...kesimpulan yang dapat dibuat dari teori Bola Besi ini ialah,
untuk melahirkan seorang insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslim yang sejati..aqidah kita perlu dihadam,diyakini dan perlu difahami dengan sebenar-benar kefahaman. One point yg perlu ditekankan disini bahawa Aqidah kita sebagai seorang muslim bukanlah sekadar aqidah yang dihafal dan ungkapan di mulut semata-mata...kita mahukan setiap apa yang terbit dari jasad kita ini didasarkan kepada Aqidah yang benar...

Setiap insan dimuka bumi ini punya Bola Besi masing-masing, malah org kafir jua punya Aqidah mereka sendiri..dan seperti yang kita lihat sekarang..ramai Muslim yang terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir secara sedar mahupun tidak..dari segi gaya hidup mahupun pemikiran..apa yang dapat disimpulkan disini..orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim..yang dikesali, lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir..pointnya disini, Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka....

Saya juga masih memeriksa Bola Besi sendiri..masih dalam proses untuk meleburkan lapisan terdalam Bola Besi untuk menembusi lapisan kedua juga ketiga..tiada lain yang kita harapkan kecuali redhaNya...dan kita perlu ingat proses ini adalah satu proses yang berterusan dan bukannya suatu proses yang hasilnya akan kita perolehi dalam sebulan dua..mari kita muhasabah diri masing-masing....

Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya...tidak kira siapa pun kita..sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar..cuma, kita perlu berusaha ke arah itu...carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu..InshaAllah....

p/s: Mungkin tulisan ini lebih menarik sekiranya disertakan dengan perjalanan dakwah Rasulullah menanamkan Aqidah dan Tasawwur yang mantap ke dalam diri setiap sahabat ketika dakwah 13 tahun di Makkah...tapi saya terlalu penat untuk menaip hari ini..gomennasai..lain kali inshaAllah kita cerita lagi


"Saya mengimpikan Bola Besi yang tembus..."=)










Posted by misoshiru2312 at 17:35 10 comments    

Labels: perkongsian

Tuesday, 15 April 2008

Alhamdulillah..saya terbangun agak lewat malam ini..dari waktu dan kebiasaannya saya bangun malam sebelum ini..melihat meja study yang agak tidak tersusun,dengan kertas-kertas yang saya photostat sebentar tadi..semuanya untuk report jikken minggu ini..ya, minggu ini jikken kagaku (eks kimia) saya akan bermula..dari hari rabu dan seterusnya berlarutan sehingga ke hari jumaat..terdiam sejenak..bagaimana agaknya kehidupan selepas ini..huh..busy3^^

...............................
Jari jemari tekun menekan keyboard pc..dari satu website ke satu website..emel dibuka..dan saya teruja menerima emel dari ahli2 JR dan juga ustaz..setiap catatan pengalaman mereka dengan tekun saya amati...bagaimana agaknya sahabat2 di tempat lain bergerak dan bekerja...banyak yang mereka lakukan..alhamdulillah..dan saya terdiam lagi kali ini..saya amati perjalanan hidup saya sekembalinya saya dari UK dan Ireland tempoh hari.."Apa yang aku dah buat??"..."Komitedkah aku dengan jalan ini??"...agak lama saya berfikir..."Bangun dari tidur tadi pun...aku lebih berat memikirkan hal-hal dunia.." saya capai headphone, yg ada dalam fikiran saya saat itu adalah insan yang kata-kata nya bisa membuat saya tenang...saya tekan namanya dalam list akaun skype saya..

: Eh tak tido lagi?..dah lewat ni..kenapa?
: mmm...(saya ceritakan semuanya)
: Once kita dah pilih jalan ni, kita kena komited...bukan semua orang dapat kefahaman ni.ramai orang yang nak..tapi kita yang Allah pilih..so no turning back lagi adikku..At the same time..kita kena study betul-betul..kalo study kita teruk..susah kita nak dakwah orang lain..xde sapa yang ikut cakap kita kalo imej study kita buruk..so study pun kena jaga juga..jadikan kecemerlangan akademik tu sbg satu kelebihan untuk menguasai org lain..kita nak jadi daie kan..so kita kena buat something yang buat org lain respect kat kita..berfikir tentang jikken tu bukannya bermaksud kita lebihkan hal-hal dunia..tapi letakkn niat dalam hati..kita selesaikan hal-hal jikken tu supaya mudah kita nak buat kerja dakwah nnt..fikirlah sendiri..seimbangkan ke2-2nya..lagi satu, kerja yang kita buat ni, hasilnya bukan datang sekelip mata..kita kena sabar..jalan masih panjang, kita akan diuji dengan bermacam-macam ujian..jgn cepat mengalah..biarlah kita buat kerja pelan2..rancang elok2..dan pastikan ianya berterusan..Nabi pun buat kerja lama..13 tahun kat Makkah...bukannya 2-3 tahun...kita buat kerja ni untuk cari redha Allah..kita bukannya nak nama ataupun pujian..semuanya kerana Allah...ok??

:saya tersenyum...saya perlukan nasihat itu...terima kasih..jazakallah...=)



Tanpa berfikir panjang, saya menyambung report jikken yang perlu saya selesaikan sebelum hari rabu ini..dan kuncinya..saya selesaikan itu untuk memudahkan saya meghadam bhn bacaan untuk majlis tadarus minggu ini dan supaya saya boleh berjumpa dengan kak Mira malam rabu nnt dengan tenang tanpa memikirkan hal-hal jikken ini lagi..=)
Semoga Allah mudahkan semua ini....amin ya Rabb..


"Tiadalah AKU jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah AKU. AKU tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan AKU tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan pada-KU. Sungguh ALLAH, Dialah pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh"
Adz- Dzariyat (51: 56-58)

Posted by misoshiru2312 at 02:30 4 comments    

Labels: perkongsian

Langkah Baru..

Monday, 31 March 2008

Assalamualaikum everyone..

Sudah hampir sebulan saya tidak menjenguk blog ini..alhamdulillah..hari ini saya kembali dengan selamatnya ke bumi Iwate yang indah ini setelah menghabiskan haru yasumi selama sebulan di UK,Ireland dan juga Malaysia..alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar dan terlalu banyak pengajaran dari perjalanan yang saya lalui kali ini....segala puji hanya bagi NYA...segala izin dari NYA..segala kelancaran jua dari NYA..alhamdulillah..=)

2008 ini akan bakal menyaksikan ke"busy"an melampau untuk diri ini..dengan berbagai komitmen untuk usrah dan juga akademik atau lebih tepat komitmen untuk hidup kerana ALLAH..kedengaran agak sukar tapi inilah hakikat seorang hamba..apa lagi yang perlu kita cari dalam hidup selain rahmah dan redhaNYA?..inshaAllah langkah-langkah baru di tahun ini tidak akan menjadi sia-sia ..selagi mana segalanya dilaksanakan atas niat mencari redhaNya..

Apa prioriti dalam hidup ni..??


"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyeru berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"
(Ali-Imran 3:104 )




p/s: Untuk sahabat2 yang sama2 berjaulah hari tu..minta maaf sangat2 sebab xdpt nak update pasal jaulah tu..belum ada masa dan ruang untuk melakukan itu..blog ni pun xkan dpt dijenguk sangat untk 2 sem tahun ni..gomenne minna...

Posted by misoshiru2312 at 01:02 2 comments    

Labels: perkongsian

Indahnya Hidup..

Saturday, 9 February 2008

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji? (Al-ankabut 29:1)


Hati sebak..jiwa agak kacau...sungguh saya tidak pernah mahu bermonolog didalam blog ini..mengeluh mengenang nasib sendiri..minggu ini saya diuji bermacam-macam..agak berat untuk diluahkan..berulang kali memujuk diri sendiri..berkali-kali saya ulang membaca ayat 284 surah Al-Baqarah "Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".....


Sukarnya berjuang dengan hati sendiri..terasa diri jatuh di tahap yang amat bawah sekali.."Ini yang aku mahu,tapi ini yang tidak patut bagi aku"...berkali-kali mengingatkan diri sendiri..dan berulang kali juga memungkiri janji pada diri sendiri ...jangan zalim lagi wahai diri...cukuplah sekali itu...kesal..amat kecewa dengan diri sendiri...

terngiang kata-kata seorang sahabat.."bagaimana mahu thabat di jalan ini, kalau dengan ujian sekecil ini pun kamu tewas".....

Kini yakin telah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak bererti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Teguhkan aku di langkah ini..........







Posted by misoshiru2312 at 22:11 3 comments    

Labels: perkongsian

2-2 pon comey..:)

Saturday, 19 January 2008


Video 1



Video 2


Assalamualaikum everyone...:)

Tengah saya busy membaca buku "yuukikagaku"=organic chemistry...tetiba teringat pula dengan 2video yang saya tonton di Chiba tempoh hari..taktaula macammn bole teringat time tengah busy menghafal persamaan kimia..hihi..semua dengan izin ALLAH...:)

Lebih elok untuk kita kongsi bersama jyanai....
Cuba anda lihat 2 video diatas...

Video 1:
Budak kecik comey yang hafal lagu Anuar Zain, xtau la pula sapa nama dia..:)

Video 2:
Budak kecik umur 3 tahun yang sangat comel bernama Basmallah bercerita mengenai kisah Rasulullah dan orang Yahudi...:)

setelah menonton kedua-duanya...apa kesimpulan yang boleh anda buat??

Persekitaran sekeliling mempengaruhi fikiran...itu kesimpulan yang saya buat...
anda bagaimana??

Bayangkan kalau Malaysia bumi tercinta kita itu diisyhtihar sebagai tanah perang..ada masa ke nak bagi anak2 kita hafal lagu2 cintan cintun ni...rasanya pada saat dan ketika itu, kita xde masa untuk perkara2 sebegini...ya, kerana kita sibuk mendidik generasi kita mencintai bangsa dan tanah air sendiri dan membenci para musuh...cuba kita lihat bagaimana nenek moyang kita di ajar membenci orang Jepun suatu ketika dulu, hinggakan ada antara kita yang di larang untuk menyambung pelajaran ke Jepun oleh nenek atuk kita hanya kerana kisah penjajahan dahulu kala itu..lihat saja kanak2 kecik Basmallah ini....

Ini hal berkaitan agama kita bukannya bangsa mahupun keturunan,kerana kita orang melayu kita tidak perlu tahu mengenai isu Palestin...bukan begitu sahabatku..anak2 kita perlu tahu siapa itu zionis..apa tujuan mereka..apa matlamat mereka terhadap agama kita...bagaimana mereka berusaha untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan niat mereka melaksanakan projek "The Great Jurusalem" yang diinisiatifkan oleh Ariel Sharon itu..memusnahkan kawasan Al-Aqsa dan menggantikannya dengan kuil Yahudi(haykal) ... perlu ada usaha untuk menyemai rasa tanggungjawab dan ambil peduli terhadap bumi palestin..dan sedaya upaya kita tidak mahu melihat apa yang terjadi di Palestin itu hanyalah sebagai isu bangsa arab sahaja...ini masa depan agama kita sahabatku...Al-Aqsa itu bukan tanggungjawab rakyat Palestin sahaja..malah tanggungjawab bagi sesiapa yang bergelar Muslim..

Saya cukup beremosi dengan isu Palestin ini...ingin bercerita panjang lebar..tapi ilmu tentang Palestin ini belum saya hadam habis lagi...dan saya syorkan anda membaca buku tulisan ust Maszlee Malik bertajuk "Al-Aqsa dalam bahaya"

Dan bagaimana kita sentiasa merasa diri berada di zon selamat..tanpa menyedari sebenarnya minda masyarakat kita sedang dihancurkan...malah boleh kita kata telah dihancurkan....

Tapi,keadaan sekeliling negara kita sekarang tidak menjadi halangan bagi kita untuk mendidik anak dengan kaedah yang betul menurut syariat Islam..untuk melahirkan kanak2 seperti Basmallah, kita tidak semestinya perlu hidup di bumi yang bergolak..kalau kita cuba memahami dan berusaha bekerja untuk agama ALLAH..inshaAllah..dimana saja kita berpijak di bumi Allah ini, baitul muslim akan tertegak jua...:)



"Leburkan Segala Geografi dan Keturunan dengan AQIDAH"



teringat anak2 buah saya yang seramai 12 org di Ranau...:(

Posted by misoshiru2312 at 17:28 3 comments    

Labels: perkongsian

(^^)....

Monday, 7 January 2008

sayounara dari Cik Husna..:)


Akhirnya masa untuk berpisah tiba jua...alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..:)..minna arigatounee,mata aimasyou..semoga apa yang kita perolehi kali ini membawa manfaat pada kita semua juga insan2 di sekeliling kita..insyaAllah..:)..terima kasih yang x terhingga untuk Cik Una dan Cik Nani yang sudi menumpangkan kami bermalam di rumah mereka sehari sebelum ke tempat program...seronok berjumpa Cik Haz,Cik Husna,Cik Nani, CikUna,Cik Ayu,Che Sue,Cik Suraya,Cik Nurrina dan yang sentiasa di sisi saya Cik Mad dan CikSiti...(sekadar menyebut beberapa nama)..selesai program di Chiba, saya terus mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Nagoya..walaupun perjalanan mengambil masa hampir 10jam dengan menaiki futsu densya (train biasa) dan terpaksa membatalkan niat untuk merasa tom yam di sebuah restoran di Tokyo bersama sahabat2 yang lain..saya tekad untuk meneruskan perjalanan..kerana saya terlalu ingin bertemu dengan mereka2 yang berjasa membawa saya ke jalan ini..biar penat dan susah sekalipun saya gagahi jua..kerana insyaAllah ukhuwwah itu akan meleburkan segala kepenatan dan susah payah ini..dengan izin Allah..:)..maafkan saya Cik Siti,Cik Ayu dan Cik Mad..kerana saya...kalian susah..:(


KobeS tachi...:)

Setelah selesai segala-galanya di Nagoya..saya dan Cik Mad teruskan perjalanan dari Nagoya ke Kobe..alhamdulillah Allah izinkan jua saya bertemu dengan sahabat2 yang sudah lama saya tidak berhubung dan berjumpa...gembira berjumpa Cik Ayu,Cik Adil,Cik Izzah dan Cik Wannur..satu benda yang saya perasan,kali ini saya berjumpa dengan Cik Izzah, sahabat saya yang paling tinggi di AAJ dan juga Cik Siti, sahabat saya yang paling kecik dan comey di AAJ..hihi..dan rupa2nya saya yang di label "kaki gossip" di AAJ, masih memegang gelaran itu walaupun tidak dapat mengalahkan Cik Ichi Yamagata..hihi..mana2 saya pergi semua akan bertanya gossip2 terbaru..huhu..bilala agaknya label "kaki gossip" ini akan hilang...saya sendiri pun menanti waktu dan detik itu..aisey..:)
Hari-hari di Kobe dipenuhi dengan "shopping"..memburu "fuku bukuro"(lucky bag) sempena shogatsu(New Year)..hari pertama kami, start dengan pusing2 bandar Kobe...:)


Cik Siti bersama Kak Wardah n kak Pici...:)

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah untuk solat di Masjid Kobe..alhamdulillah, betapa kerinduan pada rumah Allah akhirnya terubat juga.usai solat..kami terserempak dengan sekumpulan pelajar2 Indonesia yang sedang berprogram di Masjid tersebut...betapa saya kagum dengan akhlak mereka, dengan peribadi mereka..mereka menegur kami seolah2 telah lama kenal, dan mereka sangat peramah..betapa perasaan rendah diri menguasai saya waktu itu,namun cepat2 saya buang jauh perasaan itu, terus berborak2 dan sempat mengambil gambar 2 orang kakak bersama Cik Siti ...:)


Makan..:)

Inilah tempat yang selalu dikunjungi bila datang ke Kobe..ini adalah restoran makanan laut dan makanan yang disediakan semuanya sedap2..dan sangatla rugi bagi mereka yang alah kepada makanan laut seperti sahabat saya Cik Mad..hihi..sebab tu Cik Mad banyak makan dessert saja...ini kali kedua saya berkunjung ke restoran ini..tiada apa yang berubah..cuma kali ini para pelayan yang kacak2 sudah bertambah di restoran ini..mulanya saya xperasan,tapi Cik Izzah la yang sebok bergossip,almaklumlah saya tidak memakai cermin mata waktu itu sebab tu xnampak sangat..selamat mata ni...hihi...:)


Kamera yg kurang berkualiti..=P

Selesai makan kami bergerak menuju tempat ni..hihi..xingat nama la pulak...pada sahabt2 kat Kobe sila bgtau nama tempat ni ye..diriku terlupa..:)...thanks to Cik Izzah n Cik Adil yang sudi temankan kami meninjau2 tempat ni..lain kali korg dtgla Iwate dan mari kita sama2 melawat ladang ternakan bebiri kami..kihkihkih...:)


Sepanjang Jalan...:)

Kami bertolak dari Kobe ke Gifu dengan menaiki train dan perjalanan ini mengambil masa selama 4jam.Minta maaf kepada sahabat2 di Kobe kerana rancangan ini dibuat terburu2(xsempat nak merasa asam pedas Johor Cik Adil)..mulanya kami bercadang untuk terus balik ke Tokyo keesokan paginya, tapi kerana masalah terlebih 18kippu, kami perlu menghabiskan tiket2 tersebut dan mengambil keputusan untuk melawat kak ateen dan Cik Mimi di Gifu..ada hikmahnya disini, sebabnya dah lama x jumpa Cik Mimi dan ada banyak benda yang ingin saya luahkan kepada kak ateen..hihi..kedatangan kami ke Gifu penuh dengan dugaan,memandangkan kami tiba agak lewat di Gifu,kami terpaksa menaiki teksi ke apartment Mimi n kak ateen,timbul pula masalah bila pemandu teksi xtahu alamat yang kami tunjukkan,lebih2 lagi bila saya ngn cik Mad baru pertama kali menjejakkan kaki ke Gifu..dan Cik siti pula tidak pasti arah jalan ke rumah mereka..at last, kami diturunkan di bangunan "nougakubu"(faculty of agriculture) gifudai (kemana2 saya pegi,mesti ada chemistry dengan bebiri)....yang rupanya cuma bersebelahan dengan rumah Cik Mimi n kak ateen..tapi, saya memuji sikap pemandu teksi yg kami naiki itu, dia sangat bersungguh2 untuk mencari alamat yang betul dan sanggup memberhentikan meter teksi kerana harga tambang yang hampir mencecah 4oooyen..huhu..alhamdulillah sampai juga ke destinasi sebenar.Thanks to Cik Mimi yang sediakan makan malam dan breakfast yang sgt sedap untuk kami, dan cian kat kak ateen yang xdapat nak laksanakan rancangan asalnya untuk buat "nabe" kat kitorang...lain kali ada rezeki kami datang lagi ya...


Comel..:)

Dalam perjalanan dari Gifu ke Tokyo, kami berjumpa dengan budak lelaki yang sangat comel ini..sempat meng`usha` dan mengambil gambarnya..nasib baik xkena tahan polis sebab main tangkap gambar orang..huhu...kami berada dalam car yang berbeza,kalau anda perasan ada pintu pemisah antara tempat duduk kami dan tempat duduk budak lelaki ini..sebab tu xsempat nak berborak dengan budak comel ni..cuma jeling2 manja ngn buat isyarat tangan je dengan dia..hihi..sgtla lawak bila diingat kembali...hari ini dia melihat sesuatu yang baru dalam hidupnya,melihat manusia2 yang kepalanya "berbungkus"..dan waktu itu terdetik di hati saya, harap2 suatu hari nanti ,budak ni akan berjumpa dengan seseorang yang boleh menyampaikan risalah Islam padanya, InsyaAllah..:)..

Thanks a ton to Cik Mad yang terlalu banyak bersabar dengan kerenah deskmate mu ini....
Dan minta maaf kat skulmate saya yang saya chat dengannya kat ym..dan kata, saya ryoko(melancong) ke India..sebenarnya xdepun pi India..kat Jepon saja..hihi...

"Semoga Ukhuwwah ini kekal berpanjangan walau kita terpisah jauh di bumi Jepun ini..dari utara ke selatan..dari Hokkaido ke Okinawa...."

Posted by misoshiru2312 at 10:43 6 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.