skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ▼ 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Hebat kerana apa?

Tuesday, 21 October 2008

Assalamualaikum everyone..

Lama saya tidak menulis sesuatu untuk misoshiru. Kekangan masa menyebabkan saya terpaksa membiarkan ia bersarang tidak di sentuh..sudah genkai dengan lab report yang berlambak-lambak, mual bergelumang dengan bahan kimia setiap hari.
Dalam apa pun situasi, kondisi diri perlu diperiksa. Cukup amanahkah kita memberi makanan terbaik pada diri. Akal, hati dan jasad. Setiap satunya perlu diberi makanan terbaik, hati dengan zikrullah, akal dengan ilmu dan jasad dengan makanan dan senaman. Mungkin masih banyak yang perlu saya perbaiki, masih banyak kelompongan untuk memenuhi keperluan 3 komponen ini. Moga Allah beri kekuatan untuk memperbaikinya.

Abi Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda:

"Baharukanlah iman kalian." Rasulullah S.a.w ditanya. "Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami?". Baginda menjawab." Banyakkanlah menyebut: "La Ilaha Illallah".

(Riwayat Ahmad dan lain-lain)


Semester ini mungkin agak mencabar bagi saya, diamanahkan dengan beberapa komitmen yang memerlukan saya untuk memerah idea utuk meghasilkan sesautu yang terbaik untuk semua. Pada Allah saya kembalikan semuanya, moga dipermudahkan.

Amanah yang terpikul buat masa ini agak menakutkan saya. Semestinya sahabat-sahabat yang lain juga sedang serius bekerja. Dalam kesibukan itu, saya perlukan sesuatu untuk memandu niat kearahNYA. Kalau niat tersasar, natijahnya semestinya bukan yang terbaik.

Lari dari niat kerana redha Allah itu amat menggelisahkan jiwa, bagaimana harus dipimpin agar niat itu tidak tersasar. Meriah benar status yahoo messengger, blog2 dengan promosi2 program.
Lantas, ramaila peserta yang mendaftar untuk program kita...maka bergembiralah para tukang promote, berpuas hatilah para pembuat website, merasa usahanya telah mendapat perhatian. Lebih menakutkan bila kita merasa hasil bilangan yang ramai itu datang dari usaha kita sendiri, lupa, yang menentukan segalanya adalah Allah Taala. Berkali-kali mengingatkan diri sendiri, semua ini kerana Allah, biarlah usaha ini kerana Allah. Kita mahukan hasil yang terbaik kerana Allah, mengembalikan segala urusan kita padaNya..

Sesungguhnya pergantungan itu hanya pada Allah S.W.T

Program ini hebatnya bukan kerana jumlah peserta yang ramai..
Program ini hebatnya bukan kerana penceramah yang popular...
Program ini hebatnya bukan kerana tempat yang menarik...
Program ini hebatnya bukan kerana makanan yang best..


Jangan biar pergantungan kita beralih kepada kelebihan2 yg nampak di depan mata..
Kita berusaha melakukan yang terbaik kerana Allah, dan serahkan segalanya pada Allah. Apa jua hasilnya kelak, pasti ada hikmah yang Allah telah tetapkan utuk kita. Bekerja kerana redhaNya..janji kita untuk menjayakan semua ini kerana Allah Taala.

Jom sama2 muhasabah, renung kembali ibrah daripada kisah perang Hunain.. Kekalahan yang melanda tentera Islam lantaran rasa angkuh dan bongkak mereka dengan jumlah tentera yang ramai sehingga lupa akan pergantungan pada Allah Taala. Allah telah menunjukkan buktinya sebelum ini, maka tidak boleh tidak, Allah Taala adalah yang pertama wajib hadir dalam setiap langkah, dalam setiap percaturan mahupun kata-kata. Walaupun kita bekerja untuk program yang sekecil ini , pergantungan kita perlu besar kepada Allah Taala..


“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.” (At-Taubah 9:25)



Posted by misoshiru2312 at 00:12    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

6 comments:

Anonymous said...

Assalumaikum,

Saya Farah dari sekolah SM All Saints di Sabah dan beraliran sains, kak seorang sabahan jugakan? =D Saya berhasrat ingin memasuki AAJ dan berharap agar kak dpt menjawab soalan sya. Susahke? Mcm mana hendak memasukinya? SPM kena straight A baru boleh masuk? Terima kasih kerana sudi membaca ke tahap ini. Sya telah bertanya dgn beberapa org tetapi tidak mendpt sambutan =/ Tlg, tlg tlglah bantu dgn menjawab soalan ini, kak boleh menjawab melalui blog kak atau e-mail kat farahnq91@hotmail.com . Semoga2 kak sihat sentiasa! dan terima kasih.

22 October 2008 at 16:11  
misoshiru2312 said...

salam..

inshaAllah saya reply by emel..=)

22 October 2008 at 19:42  
Anonymous said...

Semoga lancar ek program nanti..semoga dipermudahkan usahanya..All the best~ ;)

24 October 2008 at 03:07  
Anonymous said...

tq kak inda!

kak inda xmau join ke?

bila agaknya bole kita jmpa lagi ek,
harapnya Allah beri rezeki tuk jmpa kat mana2..=)

24 October 2008 at 15:54  
zahratulhilal said...

Allahu Akbar! jzkk mah... :) iA kte tetapkan niat. Maralah dengan satu kalimah, Laa Ilaha Illallah!

25 October 2008 at 21:37  
zahratulhilal said...

p/s: inda...jomm la :)

25 October 2008 at 21:49  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.