skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ▼ 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Jawapan?

Thursday, 23 October 2008

  • A: akakkkkkkkkkkkkkkkkk
  • B: ek nape?
  • A: bolehla esok
  • B: ape?
  • A: gitu2
  • B: ape?
  • B: gitu2 ape?
  • A: kter nk bg usrah kt sy srg
  • A: hheeheh
  • A: nak2
  • A: esok
  • A: xbzio mase
  • B: haha
  • B: bole je
  • B: akak xde klas esk
  • A: smbil nk tggu bndalah tu smpi
  • A: pas asr la
  • A: kls hbs 230
  • B: wokeh
  • B: nak tajuk ape?
  • A: errkkk....
  • A: nk bljo dr basic semule
  • A: akidahhhh
  • B: aiseh
  • A: knp?
  • B: hehe
  • B: jap2 akak pk nk bg apa yg sesuai
  • A: okke

Semalam kohai saya menwarkan diri untuk di"usrah"kan seorg diri..hihi..bunyi agak kelakar,
itu bukan usrah namanya syg, itu "talking2" aje..=)

Duduk membaca kembali teks2 perbualan di ym ini, macam-macam di fikiran saya..apa agaknya yg membuatkan kohai saya yg seorg ini beria benar mahu belajar tentang akidah? Saya masih belum cukup memahami dirinya mungkin. Alhamdulillah, junsui benar hati kamu.

Teringat zaman dulu2..saya selalu lari dari usrah. Macam-macam alasan saya cipta bila kakak naqibah menghantar sms bertanyakan samaada saya dapat hadir ke usrah minggu tersebut atau tidak. Sedaya upaya mencipta alasan paling kukuh untuk tidak hadir. Ooo..jahilnya diri. Berbeza benar dengan kohaiku seorang ini..=)

"Kenapa kamu join usrah?"
"Sebab saya nak ilmu"
"Xjoin usrah pun boleh dapat ilmu"

Itu perbualan saya dengannya tempoh hari, soalan yang agak direct tanpa kiasan sedikitpun. Dan yang pastinya, jawapan kepada soalan itu tidak akan dapat dicari dalam masa sejam dua, sehari dua..jawapan skemanya mungkin ramai yang tahu,"Matlamat kita adalah Allah, sasaran kita adalah mengukuhkan agama Allah di muka bumi"... "Mahu mejadi batu bata kepada sebuah rumah".."Mahu jadi individu muslim yg jadi asas pada ustaziyatul alam"..."Mahu mengajak orang lain kepada islam"..bla..bla..bla..cukupkah jawapan ini dimulut saja adikku?

Tapi jawapan yang benar-benar difahami oleh hati itu mungkin mengambil masa....jawapan dari dalam hati yang faham itu memerlukan suatu perjalanan berbekalkan nawaitu dan kesabaran. Teori dan praktikal tidak sama adikku. Jawapannya bukan pada akak, tapi jawapannya ada pada kamu. Mungkin bukan hari ini, tapi berjalanlah menyusuri jalan yang Allah kurniakan ini beserta takwa dan sabarmu..kerana kelak, jawapan itu tidak hanya lahir dari kata-kata, tapi juga pada matlamat hidupmu, fikirmu dan tingkahmu juga. Ayuh kita susuri jalan ini bersama, kerana yang menulis ini juga masih perlu berjalan jauh, masih mecari kekuatan dan kesabaran lantaran diri yang punya terlalu banyak kelemahan. Semoga Allah pandu perjalanan ini sehingga sampai ke destinasi yang wajib ditujui..amin~

"Dan sesungguhnya inilah jalanKU yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya, dan janganlah kamu ikut berbagai jalan(lain), ini boleh memecahkan kamu dari jalanNya , demikian kamu dipesankan denganNya, semoga kamu bertakwa"
(Al-An`am 6:153)


Kadang-kadang adikku, terasa diri layak digelar "pengkhianat".. berapa kali kita ingkar, sudah berapa kali kita lari jauh dariNya..tapi, Allah sayang kita bukan..walaupun berkali-kali mengulangi dosa-dosa yang sama, Allah masih menjaga aib kita atas dosa-dosa itu..malah, Allah kurniakan jalan untuk kita kembali padaNya..cuma terpulang pada kita, mahu berjalan di atas jalan tersebut atau berpaling darinya. Allah sayang kita...Allah kasihani kita..Allah tahu setiap yang baik dan buruk untuk kita..Allah segala-galaya untuk kita..siapa kami tanpa cintaMu Ya Rabb!



"Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diri-Nya, (iaitu) barang siapa berbuat kejahatan di atara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka Dia Maha Pegampun Maha Penyayang"
(Al-An`am 6:54)


"Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa"
(Ali Imran 3:133)





kohai: junior
junsui: suci






Posted by misoshiru2312 at 02:21    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

5 comments:

cucutokjanggut said...

rasa2nya aku semacam tahu siapa adikmu yang junsui itu kak..

hehe..

23 October 2008 at 14:34  
misoshiru2312 said...

salam cucu..

semcam benar telahan mu itu cucu..=)

24 October 2008 at 00:03  
zahratulhilal said...

i think ur style has changed mah..hihi. benarlah, menulis dari hati dpt menyentuh hati.. :) Maha suci Allah memberi kelebihan ni padamu. moga kita terus thabat di jalan ini, Ya Muqallibal Qulub..tsabbit quluubana 'ala diinik wa too'atik
-afwan mengeja rumi-

25 October 2008 at 21:45  
misoshiru2312 said...

jazakillah kak teen..

kadang2..ada benda yang tak terluah dalam kata2..tapi lebih mudah diluahkan dalam tulisan..kan2..=)

27 October 2008 at 23:27  
FloWeR LoVeR said...

saye setuju ngan mah..=)

29 October 2008 at 14:04  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.