skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ▼ 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Genki...!!

Saturday, 1 December 2007

Autumn Gathering 07

Assalamualaikum everyone...:)

Alhamdulillah...setelah seminggu aku hidup dalam ke"busy"an yang melampau,akhirnya dapat juga mouse dan keyboard laptopku ini merasa kehangatan tanganku..hehe..boleh tak tido sampai subuh sebab edit video autumn gathering tempoh hari..(jgn tiru perangai diriku ini ya!)...

Dah seminggu balik dari program tempoh hari,tapi kehangatan dan semangat yang diperolehi dari program tu masih tersemat dihati..Alhamdulillah..tema program hari tu adalah "shahadatul Haq"=Pengakuan kepada kebenaran...sambungan daripada isi program b4 ni iaitu "ISK"=Ini sejarah kita..tapi kali ni xnak tulis pasal isi program tersebut..semua tu dah dibuat tapi masih dalam kotak2 draft blog ni..utk tulis semua tu aku memerlukan rujukan dan tunjuk ajar dari kakak2 n sahabat2 lain..so x berani lagi nak kongsi..:)

Alhamdulillah..program hari tu best sgt2!!..terima kasih pada kak Aimi,Che sue,Nurrina n Suraya yang galakkan ktorg join program tu..Alhamdulillah dipilih untuk join program kali ni..so..galakan utk shabat2 lain turut serta pula untuk next program kat Chiba..

Terima kasih+sayang untk semua...terasa ukhuwwah yang ALLAH beri ni sangat berharga..terasa keindahan yang terlalu sukar untuk diungkap dengan kata2..hanya mereka yang mengerti sahaja yang tahu..cewah..hehe..

Mohon maaf sbb video ni xla seberapa..almaklumla diri ini budak baru belajar..lagi2 gambar2 dalam video ni kebanyakannya muka org yang sama je...xdpt pic dari sempai2 n kohai2 lain..cuma dapat dari kamera ayu n aar je..terima kasih ayu n aar..mulanya nak upload je gambar2 ni,tapi bnyk sgtla pula..dahla xde frenster,malas nak upload kat flickr..last2 buatla video ni..:)

ok guys,pasal pengisian insyaALLAH akn kita kongsi bersama nnt..i`ll write more(A lot more to be told..this could become a book!!)

Satu Hari dengan SUSHI & 100yen shop

Munieru,ika sarada n shichiking..sedap...:)

Sebab malas nak buat 2 entry aku sekalikan entry ni..hihi...dah lama mengidam sushi ni..dah 2 minggu xmakan sushi..sebagai melepaskn tension (ni semua sebab chukan test n jikken(eksperimen) yang memualkan.huhu)..petang tadi aku ngn mad sanggup jalan kaki hampir 2km semata2 nak mkn sushi..sedap sungguh sushi ni..kpd mereka yang xpernah lagi merasa sushi..jom2 dtg jepun utk rasa keenakan sushi sebenar..hehe...



100yen shop best!!

Dalam perjalanan pulang..kami singgah di 100yen shop..stud jepun mesti suka sgt ngn kedai ni kan..macam2 ada...tapi kali ni masuk kedai ni xbeli apa pun..mulanya ktorg singgah kat shopping complex ni nak survey baju n kamera...tapi sebab semua harga barang mahal..jadi pening pula kepala..utk hilangkan pening kami pun singgahla kat 100yen shop..lega sket dpt tgk harga barang murah...kami kan budak jimat(trademark bdak iwate)...:)

100yen shop: Barang2 yang dijual kat sini semuanya harga 105yen termasuk cukai..ala2 kedai rm2 kat mesia..tapi yang menariknya,barang2 kat kedai ni semua tahan lama belaka, sama standard ngn brg2 mahal....itu sebabnya kami suka 100yen shop!!!..hihi

Actually bnyk pic2 menarik sepanjang perjalanan kami ni..tapi xtaula macamn bole xde pula time masukkan dalam laptop tadi..rasa tension sket..tu yang skalikan 2 benda dalm satu entry ni..huhu..

p/s:gomen bahasa agak tunggang langgang sedikit...mata x tertahan mau tido!

Posted by misoshiru2312 at 05:13 6 comments    

Walau dimana kamu berada.......

Saturday, 17 November 2007

" Dan ingatlah, Akutidak menciptakan jin & manusia melainkan untuk mereka meyembah
& beribadat kepada Ku."(Adz-Dzaariyat51:56)

Terpanggil untuk menulis secara ringkas mengenai solat.Terbit idea dari blog Habibah dlm entry bertajuk "Solat tiang agama".Tetapi yang ingin diutarakan disini tidaklah terlalu mendalam,kerana ilmu diri ini tidak sampai ke tahap mana..aku cuma insan biasa..sama saja dengan sahabat semua..

Solat merupakan rukun kedua daripada rukun-rukun Islam yang lima. Juga merupakan amalan asas bagi setiap muslim. Ini jelas sebagaimana diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud:

"Agama Islam itu terbina di atas lima asas, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan".

Rasanya tidak perlu ulasan lebih lanjut mengenai soalan yang aku kira sahabat semua sudah sedia maklum mengenainya...Yang ingin dikongsi disini ialah pengalaman menunaikan solat di sepanjang aku berada di negara yang majoriti penduduknya bukan muslim ini...



*ketika di tahun pertama dulu..di musim sejuk pada suhu puratanya -8drjh*

Aku perlu menghadiri kelas sehari suntuk..dari pukul 8.40am higgalah 6.00pm..hanya ada peluang rehat pada pukul 12.00tghari dan hanya sempat untuk menunaikan solat zohor ketika itu..dan selebihnya kami akan solat ketika kuliah sedang berjalan..


Memandangkan waktu itu adalah musim sejuk,ternyata ianya adalah satu ujian bila wudhuk yang disimpan sejak zohor tadi terbatal, terpaksa mengambil wudhuk semula dengan air sejuk(di universitiku ini hnya blok tertentu shja yang tandasnya ada air panas)..dan selalunya kami memilih untuk berwudhuk di tandas khas untk org2 kurang upaya..lebih selesa mengangkat kaki untuk dibasuh di atas singki..hehe...untuk solat asar kami memilih untuk solat di tingkat teratas blok gakusei center...mujurlah sensei yang mengajar subjek waktu itu berfikiran terbuka
dan sekiranya kami lewat masuk ke kelas ....mudah saja, bgtau yang anda lewat kerana anda solat..alhamdulillah sensei faham situasi pelajar muslim, memandangkan sensei tersebut pernah bertugas di malaysia...


Untuk kuliah terakhir pada hari tersebut , agak sukar untuk kami keluar solat beramai2,oleh itu masing2 akan jaga line , bergilir2 untuk solat..memandangkan kuliah ini adalah kuliah di dewan kuliah yang agak besar, sensei akan mengunci pintu untk mengelakkan pelajar keluar awal..huhu..jadi terpaksalah kami keluar selang 10minit...selalunya waktu ini, kami akan solat di kelas2 kosong..penah sekali kami tersalah memilih tempat ..rupanya tempat tersebut adalah bilik kenkyu(research), tapi alhamdulillah pertolongan ALLAH itu sentiasa ada..nak dijadikan cerita..tengah kami sibuk2 cari arah kiblat..datang seorg sensei sergah ktorg..dengan muka garang semacam..agak cuak waktu itu..segera kwnku menjawab memberitahu kami ingin tumpang solat di tempat tersebut..tetiba riak wajah sensei tersebut berubah..mengangguk2 dan berlalu pergi begitu saja...aku tersenyum memandang kwnku yang comel itu...seraya berkata.."jom solat!"...maka kami pun solatlah dengan hati yang tenang....hehe


"Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".

Gambar diatas adalah ketika sahabat2 ku sedang solat di shibuya eki(sta),Tokyo..time aku amik gambar ni..ada seorg pakcik jaga ..memandang dengan peliknya..diperhatinya betul2 insan2 yang sedang menyembah Tuhan Yang Maha Agung ini...aku senyum memandang pakcik tersebut..pakcik tersebut membalas senyumanku lalu berlalu pergi..hehe..mungkinkah pakcik tersebut malu padaku yang memberikan senyuman manis padanya ini..anda rasa?..Mungkin awalnya pakcik tersebut berasa curiga dengan kami..tapi aku yakin semua ini pertolongan dari ALLAH ...Kalau kita buat apa yang ALLAH suruh..insyaALLAH mudah segala urusan kita..:)


Banyak sebenarnya pengalaman bersolat di merata tempat..aku pernah solat di tengah2 salji yang memutih..bayangkan betapa sejuknya waktu itu..berwuduk dengan salji...:)
Ini semua gara2 kami yang belum mahir bermain ski..disebabkan tidak dapat sampai ke destinasi sebenar pada waktu yang ditetapkan, kami terpaksa solat ditengah2 skijyo yang luas itu..ini bukti cinta kita padaNYA..dimana saja..seruan ini wajib dilakukan...


" Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang ruku". Al-Baqarah (1:43)

Persoalannya disini..Bagaimana keadaannya bila kita lakukan semua ini di tanah air kita sendiri, yang majoriti penduduknya Muslim...bayangkan, sekiranya anda solat di bawah tangga bangunan kuliah anda..semestinya akan ada suara2 yang akan menganggap anda pelik bukan.."kenapa perlu bersusah payah solat di tempat sebegitu,bukankah sudah disediakan tempat untuk solat"..mungkin juga anda akan digelar orang tidak siuman..mungkin..siapa tahu..mungkin juga kerana faktor kebersihan tempat2 sebegini di tanah air kita...(oo..aku tidak memburukkan tanah air ku..cuma menyatakan apa yang benar..:)


Dan seperkara lagi..aku sudah biasa bersolat tanpa mengenakan telekung berwarna putih itu..yang penting nya aurat ditutup(semua bhgn badan kecuali muka dan telapak tangan)..dan selalunya aku akn bawa bersama kain baju kurung,kerana khuatir baju terselak ketika sujud..hehe...jgn lupa..pakailah tudung ataupun baju yang tidak jarang..kesimpulannya disini pakailah pakaian yang menutup aurat..**yg wajib ada dalam beg ketika keluar berjalan2*kompas,sejadah kecik,kain baju kurung**...Islam itu mudah bukan...ianya menyusahkan bagi sesetengah orang yang menjadikannya susah..:)


Dari itu sahabat2 ku dan juga utk diriku yang mudah lupa ini...walau dimana berada...jangan lupa perintah ini..mengapa bisa kita lupakan perintah ALLAH ini..lihatlah betapa kita disayangiNYA..betapa ALLAH tidak pernah lupa untuk memberi oksigen untk kita setiap hari..betapa ALLAH tidak pernah jemu mengurniakan siang dan malam untk kita..betapa ALLAH jadikan hidup kita ini penuh nikmat..penuh kasih sayang...


Sabda Rasulullah S.A.W:

"Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama".



Pesan seorg sempai: kalo kita solat sendiri2 di tengah2 tmn bunga..mungkin org akan kata kita gila tertunduk situ tertunduk sana..tapi cuba kita lakukan solat dalam jemaah beramai2..tiada siapa akan kata kita gila..kerana org gila tidak akan mampu meniru perlakuan ketua(imam) dan melakukan perbuatan2 yang sama dengan serentak bersama jemaah yg lain ...(hikmah solat berjemaah)

Posted by misoshiru2312 at 23:12 7 comments    

Baticrom....

Tuesday, 13 November 2007


Assalamualaikum everyone...:)



WARNING: Reading this is a total waste of time...!

Satu hari ketika dlm perjalanan pulang dari gym...utk makluman semua kami amatlah mengambil berat akan kesihatan kami...sehingga wujudnya ahli kelab gym di morioka ini...=p

Sambil mengayuh basikal...
housemateku: mah, kat umah ayam ada lg x?
aku: dah xde,yg tinggal ayam tuk msak spaghetti je..nape?
housemateku: daging?
aku: dah abes, hari tu aku abeskan, nape?
housemateku: ape lagi yang tinggal?
aku: emm..sausage je yg ade..udang bnyk lagi ar...nape?
housemateku: jom tempah baticrom...dah xde mende dah kat rumah tu..
aku: ok


setibanya di rumah...
housemateku: nak beli ape lg mah?
aku: beli beras thai skali...beras oyasan bg ni susah nak basuh...
housemateku: ok
aku: jgn lupa, duit umah tggal 5000yen je lagi..beli sket2 dah ar, try tnya umah sbelah skali, nak order gak ke..
housemateku: haipp!


hari ni....
housemateku: mah, hari ni baticrom sampai..dlm kol 2-4..tggu tau...
aku: ok..brapa kena bayar?
housemateku: dalam 10000yen lbey...
aku: aik..mana cukup duit umah...
housemateku: xpe...mad kan ade.......

hehehehe....kan aku dah pesan, jgn baca entry ni...buang masa korg jek...
sebenarnya aku tgh bosan tggu pakcik kuroneko(sykt penghantaran) dtg hntr brg2 yg dah diorder tu...huhuhu

what actually baticrom is?
BATICROM adalah syarikat menjual makanan2 halal melalui internet..bukan mknan shj..calling card,pakaian,buku2 agama pun ada..dan brg2 yg dijual hotondo dr negara2 spt Bangladesh,malaysia,Indonesia,brazil dll...memandangkan kat iwate ni xde kedai untuk mendapatkan bekalan makanan spt daging,ayam dll yg halal..maka kami terpaksa membeli semua keperluan tersebut melalui internet...lagi mudah..sbb penghantaran ni dilakukan terus sampai ke rumah..so xpyahla susah2 nak angkat benda2 berat..mudahkan...



"Kamu harus bersyukur, kerana tidak menjadi aku,
Aku harus bersyukur, kerana tidak menjadi kamu,
Kita harus bersyukur, kerana menjadi diri kita sendiri"

Posted by misoshiru2312 at 13:58 9 comments    

kenapa Misoshiru...?

Friday, 9 November 2007

Misoshiru

Mah..kenapa misoshiru?..Tanya seorang sahabat..ek, bukan seorang, tapi ramai yang bertanya kenapa blog ni namanya misoshiru...misoshiru adalah salah satu makanan tipikal orang jepun..biasanya dimakan bersama gohan(nasi)..berupa bentuk seperti sup yang dicampur bawang,nori,wakame dll..misoshiru ni dimasak mengikut citarasa ken(kira sama cam negeri) masing2..lain ken lainla rupa bentuknya..


ok,berbalik kepada pertanyaan diatas,sebenarnya ada satu cerita disebalik misoshiru yg sedap ni..ceritanya begini, sewaktu aku masih muda remaja di tahun pertama dulu,ada seorang sensei namanya mori sensei yang mengajar subjek muki kagaku(inorganic chemistry)..faham2 lah waktu zaman remaja yang gilang gemilang itu,tahap penguasaan bahasa jepun masih boleh dikatakan sederhana..hehehe...Mori sensei ni adalah seorang sensei yang sangat suka bertanya,kuliah 1jam 3o minit..sejam dihabiskan utk bersoal jawab dan 30minit lebihnya untuk mengajar...


Dijadikan cerita, satu hari ni, start je klas..mula la sensei attack sesapa yang dia berkenan.. dalam kelas aku ada 3 orang malaysian..dan yang paling disukai sensei adalah housemate ku iaitu quratul ain..hehehe...dan akula yang tak pernah di `attack` oleh sensei..hehe..oleh itu aku selalu merasakan diri berada di zon selamat...salah satu cara nak elak disoal oleh sensei adalah berpura2 busy menulis...sambil menundukkan kepala...:)


Bila sensei dah penat tanya budak2 nihonjin(org jepun)...mulala sensei bergerak ke arah ryugakusei(plajar asing) pula..dan aku ngn mad mulala buat2 busy menulis...aku dalam hati yakin sangat mesti sensei akan tanya aar(nama singkatan quratul)...tapi malang tak berbau..dalam aku sibuk2 menulis sambil menundukkan kepala tu..tetiba meja aku kena ketuk..aku angkat muka,,,,,`haip...omae...##$%&&%$%&& nan desuka?>>>> ,,,,erk...aku buat muka blurrr...apa sensei tanya ni...seisi kelas senyap time tu..semua org menunggu jwpn dari aku...erk...aku dah panik...aku pandang mad..then mad pandang arah lain..itu isyaratnya mad pun xfaham...`haip..nan desuka?`..sensei tanya lagi...dalam otak aku waktu tu cuma terbayang kek dan ikan je...sebab dengar perkataan masak time sensei soal tadi...emmm...emmm....tetiba terpancul dari mulut aku perkataan `misoshiru`..........


Tetiba darah menyirap ke muka.....aku dengar suara2 nihonjin kat belakang..ada yang try tahan gelak...bahu aar kat depan terhenjut2..aku tau dia tengah gelakkan aku...tapi terasa hebat juga time tu..nihonjin ni sangat susah nak gelak time kuliah...tapi aku berjaya buat dorg gelak hari tu..hehehe..then sensei pun dengan muka hampa..berjalan ke depan..`okla..kita teruskan kuliah kita hari ni,walaupun hari ni saya mendapat jawapan yang x disangka2`...bila dengar sensei kata cam tu..terasa diri sangatla bodoh..isk....


Soalan sensei sebenarnya adalah..hehe...`apakah cth bahan yang perlu ditambah dalam air untuk menjadikan takat didihnya lebih dari 100drjh?`....dan jawapannya adalah garam..kira okla aku jawab misoshiru..kalo aku jawab ikan atau kek??...huhu...


Disebabkan aku rasa sangat tercabar dengan sensei tu..aku berazam untuk lepas semua paper sensei tu..dan alhamdulillah setakat ni aku lepas semua paper mori sensei..kihkihkih...dan ada hikmahnya disebalik semua tu...sejak hari tu,sensei dah x banyak tanya dah..masuk klas trus mengajar...hehe...dan aku pun masih berusaha untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa jepun aku..ima gambattechu...hehe....




`Semoga jalan ini penuh barakah dan kasih sayangNYA,permudahkan urusan kami Ya ALLAH..dan berkati ilmu yang kami pelajari ini...`




Posted by misoshiru2312 at 14:56 16 comments    

Labels: Why MISOSHIRU?

Genki kanaaa..

Monday, 29 October 2007

Takamatsu ike..Iwate..



Tujuan sebenar blog ini bukanlah untuk menulis luahan hati, awalnya sekadar suka2 untuk merakam setiap detik indah di iwate ini,namun akhir-akhir ini aku terpanggil untuk menulis apa saja yang aku rasa...:)
Sekadar untuk kepuasan diri sendiri,bukan untuk ditatap dan dihayati orang lain..:)
Sahabat2 di luar sana semuanya sedang sibuk...really2 need sum1 to talk to right now....dan akhirnya jari jemari ini terasa ingin menari-nari di atas keyboard..walaupun sekadar catatan yang agak ringkas.....i`m missing everyone.....:(


I refuse to be discouraged,
To be sad, or to cry,
I refuse to be downhearted,
And here's the reason why...

I have a God "Allah" who's mighty,
Who's sovereign and supreme,
I have a God "Allah" who loves me,
And I am on His team.



`Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu,
Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis`
( An-Najm,53: 42,43)

Posted by misoshiru2312 at 19:54 4 comments    

Need a brave heart...

Friday, 19 October 2007

sekiranya jalan bahagia itu ada di depan mata............



Untuk sampai ke tahap ini, aku memerlukan masa yang terlalu panjang....Kembali mencari makna hidup sebenar..setelah terlalu jauh menyimpang dari tujuan asal.kehadiran che sue dan kak aimi utk usrah yang lepas benar2 memberi sinar dalam hidup aku...alhamdulillah..ALLAH izinkan semua ini berlaku...terima kasih utk kak aimi dan che sue..semoga segala usaha kalian diberkati ALLAH s.w.t..


Hati terasa sedih dan sayu hari ini..mungkin juga kerana pengaruh cuaca di iwate yang semakin hari semakin sejuk ini...aki(autumn) dengan suhu 9drjh...ditinggalkan housemate yang sibuk dengan hal masing2...berhijrah sebentar ke rumah jiran sebelah..sekadar berbual kosong...


Merenung sebentar perjalanan hidup selama 1thn 8bulan di iwate ini...terlalu banyak masa yang aku sia-sia kan...terlalu banyak memikirkan hal2 yang belum pasti..terlalu banyak melupakan Dia penciptaku...dan aku menyedari sesuatu...terlalu lama aku menangis mencari jawapan kepada kekalutan jiwa yang aku hadapi...ya...ALLAH s.w.t tidak ketemukan aku dengan jalan ini, kerana selama ini aku menangis kerana hilangnya bahagia duniawi...aku tersasar dari makna sebenar taubat...aku tidak menangis keranaNYA..aku tidak menangis kerana dosaku yang terlalu banyak ini...


20 tahun 10 bulan aku hidup..dan dalam usia ini...baru aku mengerti sebenar tujuan hidup..syukur Alhamdulillah...aku temui jalan ini..aku berani mencipta keputusan sendiri untuk meninggalkan apa sahaja yang aku sayangi demi bahagia menujuNYA...dan aku temui ketenangan sebenar buat pertama kalinya...buat pertama kalinya aku mampu memaafkan diri sendiri..membuka jalan untuk mengubah diri..kerana menyedari ALLAH s.w.t itu Maha Penyayang...sedangkan Sang Pencipta memberi keampunan kepada makhlukNYa...terasa kebodohan yang teramat sekali kerana menutup peluang untuk berubah selama ini...


`Biarlah tiada satu pun manusia yang mampu menerima aku kembali...kerana aku ada DIA yang mampu menerima ku walau seberat mana kesalahan ku selama ini...Ya Rabb..hadirkan cintaMU dalam hati dan jiwa ini...`



Wahai orang –orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu seorang Muslim” [Al-Imran,3:102]




Posted by misoshiru2312 at 19:16 5 comments    

Eidul Fitri 1428H

Tuesday, 16 October 2007


Iwatetachi , Eidul Fitri 1428H



Subhanallah..koyo di hari raya ke2


Ini masuk kali kedua aku beraya di bumi indah Jepun ini..rasanya tiada apa-apa yang berbeza dari hari2 yang lain..cuma rasa sedikit sedih kerana rasanya aku terlalu banyak mensia-siakan ramadhan sebelum ini..dan aku biarkan bulan penuh berkat itu berlalu begitu saja..semoga ada rezeki untuk kita bertemu dengan ramadhan di tahun seterusnya..amin..


Post ni aku berkesempatan untuk tulis pada hari raya ke4..x sedar rupanya dah masuk hari ke 4 kita beraya..tiada apa2 yang istimewa bagi aku..walaupun bergembira pada hari raya pertama dan ber`koyo`(akt melihat daun2 luruh) pada hari kedua..tapi rasanya, bagaimana gembira sekalipun aktiviti disini..raya di ranau dengan kehadiran mak lebih bermakna...


Terima kasih utk sahabat2 se`batch`..sempai2..kohai2...untuk raya yang best tahun ni...

semoga syawal ini juga akan penuh barakahnya sama dengan ramadhan yang telah lepas...:)

Posted by misoshiru2312 at 17:50 2 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.