kita tahu masa akan terus berjalan, tanpa peduli.
kita tahu, kita mahu tetap teguh.
kita masih menunggu. sampai masa yang Allah telah tetapkan.
Dan tiada siapa mampu menjamin, pengakhirannya bagaimana.
Entah esok, kita sudah tiada, sebelum sampai masanya.
Kita tahu ia sangat panjang.
Ujian yang menggoncang akan tiba.
Kerana itu pasti!
Ahzab telah membuktikan.
Sunnatullah akan berulang.
Dan kita bertuah kerana terpilih.
Terpilih untuk memahami
Dan berharap terpilih untuk melaksanakan.
Mereka sudah syahid.
Sudah melaksanakan janjinya.
Alam buana sudah menjadi saksi.
Mereka sealiran, bergerak dalam detik dan arah yang sama.
Adakah kita masih tergolong
Dalam golongan yang teguh pada janjinya?
Yang masih tetap menunggu
Sampai masa yang Allah telah tentukan.
Masih tetap berlari
Masih tegar kukuh
Walau sekelilingnya hanyut.
Rijalul Haq akan terus bergerak.
Dalam keteguhan.
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun (Ahzab 33: 22)
Teguh
Tuesday, 16 November 2010
Posted by misoshiru2312 at 20:29
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kak mah, bila nak cerita perang ahzab tu? Nak tau sgt pasal tumuhat tarbawi dalam sirah ahzab. cepat2 datang sini tau. kami tunggu kat HA
-akhwat yang selalu tumpang laptop akak-
ini blog kak rahmah???mcm mana nak follow??^^
Post a Comment