Ibnu Taimiyyah telah berkata:
"Abu Hurairah telah berkata: "Berjaga satu malam di kubu pertahanan jihad lebih aku suka daripada berdiri (bersembahyang) pada malam lailatul qadar di sisi Hajar Aswad. Bumi yang paling mulia bagi seorang manusia ialah bumi yang paling dia taat kepada Allah dan rasulNya. Ia berbeza mengikut situasi. Tidak ditentukan bumi mana yang lebih mulia yang dipijaki oleh manusia, tetapi yang lebih mulia bagi setiap manusia tertakluk kepada sifat takwa, taat, khusyuk, tunduk dan hadir hatinya di hadapan Allah.
Abu al-Darda' telah menulis surat kepada Salman;
"Jomlah kita ke tanah suci!"
Salman terus membalas suratnya :
"Sesungguhnya bumi tidak dapat menyucikan seseorang. Tiada yang dapat menyucikan seseorang hamba kecuali amalnya."
Sebelum ini Rasulullah S.A.W telah mempersaudarakan di antara Salman dan Abu al-Darda' dan Salman lebih dalam kefahamannya berbanding Abu al Darda' dalam beberapa perkara termasuk hal ini.
Oleh itu, amal lah yang sebenarnya menyucikan pelakunya. Semulia-mulia pekerjaan ialah tugas amar makruf dan nahi mungkar. Manakala semulia-mulia amar makruf nahi mungkar ialah yang dilaksanakan di negeri yang memerlukan kegiatan tersebut dan membuahkan hasil darinya. Janganlah kamu diperdaya oleh dirimu semata-mata dan rasa zuhud yang mendorong kamu untuk berhijrah dari tempat yang memberi manfaat kepada kamu.
Dengarlah penjelasan Ibnu Taimiyyah untuk kita;
"Agama itu bukanlah semata-mata meninggalkan perkara yang jelas haram, bahkan juga melaksanakan segala perintah yang disukai Allah. Sebahagian besar manusia yang beragama tidak mempedulikan hal ini kecuali apa yang dibuat olehnya bersama-sama masyarakat awam. Jihad, amar makruf nahi mungkar, nasihat kepada Allah, rasulNya dan hamba-hambaNya, menolong Allah,rasulNya,agamaNya dan kitabNya merupakan kewajipan-kewajipan yang tidak terlintas di dalam fikiran mereka, apalagi hendak dilaksanakan.
Manusia yang paling kurang agamanya dan yang paling dimurkai Allah ialah manusia yang meninggalkan kewajipan-kewajipan ini sekalipun dia seorang yang zuhud dan meninggalkan dunia seluruhnya. Jarang sekali kamu melihat orang yang merah padam mukanya kerana Allah, kerana kehormatan Allah dicabuli dan mengorbankan hartanya untuk menolong agamaNya."
Lihatlah Rasulullah S.A.W : "Seluruh waktunya diwakafkan untuk berjihad dengan hatinya, lidahnya dan tangannya. Oleh itu , jadilah Baginda manusia yang paling tinggi namanya di seluruh alam dan paling mulia kedudukannya di sisi Allah." Sesungguhnya Rasulullah S.A.W merupakan contoh ikutan dan tauladan yang terbaik bagi kita.
-muntalaq
"Sesuatu yang dibaca itu jadinya berkesan, bilamana kita terus melangkah kepada praktikal sejurus memahami apa yang dipelajari..jom try..xcuba maka xtahu..kalau asyik baca buku then duduk dalam bilik je pon tak guna juga kan.."
Salman kata: Hanya amal yg bisa menyucikn seseorg..apakah amal itu??
Thursday, 18 March 2010
Posted by misoshiru2312 at 11:18
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment