skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ▼ 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Merantaulah

Sunday, 29 March 2009


bukanlah yang tinggal tetap itu
rehat bagi orang yang berakal dan berbudi
maka tinggalkanlah kampung halamanmu
dan pergilah mengembara
merantaulah
pasti kau akan temui pegganti mereka
yang kau tinggalkan

berusaha keraslah
sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada
dalam usaha yang bersungguh-sungguh

sesungguhnya aku melihat
air yang menjadi cemar
kerana tidak mengalir
andai ia mengalir
pasti elok keadaannya
dan andai ia bertakung
nescaya cemar jadinya.
Imam Syafie~



Ya Rabb..

Izinkan aku mengukir ikhlas

Di sepanjang lorong perjuangan ini

Biar gelap, panjang hatta sempit sekalipun

Ya Rabb..

Izinkan setiap inci tanah yang ditapaki
Setiap hayunan langkah
Mengharap Mardhotillah

Izinkan aku pulang
Menghuni lembah damai itu~

-Yonezawa, Yamagata

Posted by misoshiru2312 at 05:46 1 comments    

Labels: pena dari hati

Jodogahama

Thursday, 26 March 2009

Salam..

Lama rasanya tidak menulis di misoshiru ini. Agak sibuk kebelakangan ini menguruskan bermacam-macam hal, dari hal-hal kenkyu hinggalah kepada hal perpindahan senpai dan menyambut kedatangan kouhai baru..


Dibawah ini, ada sedikit cerita mengenai trip bijintachi (walaupun tidak semua) ke Jodogahama. Salah satu pulau yang sangat terkenal di Iwate.

Kami merancang satu perjalanan menaiki train bersama Kak Aida, sebelum kakak kesayangan kami ini pulang ke Malaysia dan tidak akan kembali ke Iwate lagi selepas ini. Perjalanan jauh bersama-sama untuk kali terkahir. Tahniah Kak Aida..sotsugyou omedetou..selamat pulang ke Malaysia...

Jodogahama tiada dalam plan perjalanan kami (memang xde plan pun), tidak pernah tahu tentang pulau ini, kami memang tidak punya plan yang tetap untuk perjalanan kali ini. Dari Morioaka eki, tekotouni kami pilih untuk naik train yang dalam 2 minit lagi mahu bertolak. Bila dah dalam train, baru perasan train yang kami naiki itu rupanya menuju Miyako.

Perjalanan untuk sampai ke Miyako mengambil masa selama 2 jam. Sepanjang jalan kami berdiri, langsung tidak tidur (kecuali budak comel yang pening )..sudahlah berdiri di bahagian paling hadapan train, riuh rendah train tu dengan suara2 orang melayu, lagak macam orang tak pernah naik train pun ada. Tapi pakcik pemandu tak marah pun dengan kami, selagi tak ganggu kosentrasi pakcik, takpela ye..hi..hi..hi..

Tapi kosentrasi pakcik terganggu kot bila ada seorang akak tu yang meninggalkan kesan dahi di bahagian cermin yang memisahkan bahagian penumpang dan pemandu..rasanya bukan saja pakcik pemandu yang terganggu, tapi penumpang lain yang tengah tidur pun ade yang terkejut dari tidur bila dengar bunyi dahi yang mencium cermin tadi..adalah dalam 2 minit kakak tu tadi kena gelak..hi..hi..hi..

Di bawah ni ada beberapa gambar yang sempat diambil dari dalam train. Mungkin untuk next trip setiap kali cuti musim panas, iwatetachi bolelah ke Miyako menaiki train. Rasanya pemandangan di sepanjang laluan train lebih menarik berbanding laluan lebuh raya (kalau ikut lebuh raya, tak boleh tengok sungai)

Salji bertompok-tompok atas bukit. Saya suka gambar terowong ni.


Sisa-sisa salji



Teringat satu artikel dalam buku teks nihonggo waktu kat AAJ dulu mengenai aliran sungai di Jepun yang sangat deras


Inaka da yoo nee~
Si adik tanya, pokok-pokok ni ada orang yang tanam ke ek? Tersusun je semua.
Semua itu atas kehendak Allah yang menjadikan harakat alam sangat indah~
Beza antara setiap pokok seakan-akan punya ukuran yang sama.

Sampai saja di Miyako, kami terus ke kaunter pertanyaan, tanya dimana tempat pelancongan yang paling menarik di Miyako. Makcik kaunter kata, Jodogahama paling dekat, naik bas dalam 15 minit saja. Alhamdulillah..sangat2lah gembira waktu tu, sebabnya kak Aida dah bising sejak dalam train lagi, katanya mahu ke Jodogahama. Kak Aida tahu tentang Jodogahama ni pun sebab salah seorang senpai kami yang baru berkahwin (eh dah nak dapat anak pun) pernah berbulan madu di Jodogahama ni. Tercapai juga hasrat kak Aida nak datang ke pulau ni, rezeki dari Allah...=)

Bandar Miyako ni sangat kecil kalau nak dibandingkan dengan bandar Morioka. Dipenuhi dengan orang-orang tua, sangatlah susah nak jumpa anak-anak muda. Sepanjang duduk dalam bas, saya asyik berfikir, rasa mcam dah nak pupus manusia dalam bandar ni, sangat sedikit. Keadaaan sekeliling yang sangat tenang, tak banyak kereta, bangunan-bangunannya pun tidaklah setinggi mana. Bandar ini tenang, tapi tiada ruh..lain keadaannya dengan kampung2 di Malaysia. Keadaan bandar dan kampung di Jepun ini memperlihatkan kepada saya dua sisi kehidupan yang berbeza pada orang Jepun. Sangat berbeza..yang saya sendiri pun pelik, kenapa ada jurang yang sangat berbeza ini. Negara maju yang pelik..oo..itu pandangan saya saja.

Tiba di Jodogahama, semua terpaku..sangat cantik..sangat indah.. subhanallah..subhanallah..subhanallah...adanya pemandangan yang indah ini bukti kuasa Dia Yang Maha Pencipta. Bagaimana nak kenal Allah, maka berjalanlah dan lihatlah apa yang ada pada diri kita dan alam ini.

"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaaan Allah) bagi orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkan Nya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakiniya." (Al-Jathiyyah 45:3-4)

Keindahan Jodogahama tidak dapat diceritakan dengan taipan huruf-huruf pada keyboard laptop saya. Cukuplah gambar-gambar dibawah ini yang membawa tafsiran kepada kebesaran Allah Yang Maha Besar.


Kita melihat langit yang luas..kerajaan Allah meliputi keluasan semuanya..diatas dan dibawah.


Atas batu

Burung bertenggek atas batu


Burung ni sangatlah bising


Gambar burung yang diambil dari dalam hakuchou. (angsa putih yang kita kayuh atas air tu)
Sangat kinchou kayuh hakuchou, takut bila ombak kuat memukul2 hakuchou..bising suara bergema, makin kuat Kak Aida kata jangan kayuh ke kanan, makin galak pula Aar kayuh ke kanan, saja nak kenakan kak Aida..hi.hi.hi. *comel je mereka berdua ni*


Air yang sangat jernih


Biru langit dan laut


Putih awan dan batu kapur


Muhasabah perumpamaan batu dan hati manusia.
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga hatimu seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang airnya memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:74)

~Sekeras-keras batu, batu setia mengikut arahan Allah. Sekeras-keras batu, keras lagi hati manusia.

~Kita berbeza dengan semua makhluk Allah ini, Islam mereka atas ijtibari, Islam kita atas Iktiyari.


Muhasabah si adik..tgh fikir apa ye?



Kak Aida dah sampai sini tau..kata Huda~hik


Walaupun singkat, tapi ini perjalanan yang sangat menarik. Langkah kaki hanya menurut takdir Allah yang mahu membawa kami kemana hari itu. Setiap jenaka, setiap muhasabah sangat bererti..saya sayang semua~~~~~~


Lain kali bolelah rehlah bersama hamasatus syabab disini pula..=)

Posted by misoshiru2312 at 23:49 5 comments    

MERAH SAGA

Friday, 13 March 2009

Bismillah.

Mari kita dengar lagu ini.

MERAH SAGA






Saat langit berwarna merah saga
Dan kelikir perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika Yahudi-Yahudi membantaimu
Merah berkesimbah di tanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad Palestina
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cintaNya


siapa yg berkaca mata itu?
namanya Abdul Aziz Rantisi
Dia sudah syahid.

Yang pakai penutup kepala berwarna putih itu namanya syeikh Ahmad Yassin.
Dia juga sudah syahid.

Saya tahu tentang as-syahid berdua ini melalui berita syahid mereka di televisyen dan melalui emel yang saya terima.

Apalah sangat yang difahami waktu itu.
Yang saya tahu,
kasihan melihat tubuh yang berderai menjadi cebisan-cebisan daging..
Jahatnya Israel!
Tanpa faham erti perjuangan sebenar Palestin
Tanpa tahu apa peranan saya sebagai muslim dalam isu ini


Mereka berdua sudah syahid..
Syahid mereka Allah takdirkan dengan apatchi dan peluru berpandu.
Apalah sangat Apatchi dan peluru berpandu itu untuk manusia berjiwa besar seperti mereka.
Tapi untuk mencapai martabat itu, tidak dengan jalan yang mudah!


Terharu dengan kata-kata Abdul Aziz Rantisi itu..
live in dignity or die as a martyr!

Tidurlah dengan aman disisi Allah taala..

Posted by misoshiru2312 at 02:48 4 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

En tutor

Saya penat baca suratkhabar Malaysia..
Penat baca banyak pendapat yang saya rasa ntah apa2..
Penat baca pendirian manusia-manusia yang hanya pentingkan diri sendiri saja.

Serius..saya sayangkan negara saya.
Mengapakah sistem negara saya begitu?
Generasi baru muslim bakal hidup dalam sistem itu.
Adehh..
Malas nak ulas.

Saya geram dengan tutor saya!
Dia janji nak hantar pdf file ronbun hari ini.
Tapi dia tak hantar..setiap minit saya cek email.
Nampaknya saya kena ubah jadual.
Saya mahu siapkan powerpoint happyou saya malam ini juga.
Esok ada halaqah..
Hujung minggu tiada di rumah.
huarghh..huhu..

En. tutor..hujung minggu saya busy.
Hujung minggu saya ada tugas lain.

Huhu..marah-marah kat sini pun tiada gunanya.
Harus menelefon en tutor esok hari.
Saya tidak mahu membazir masa!


Posted by misoshiru2312 at 02:09 2 comments    

Fuyu ke Haru~

Friday, 6 March 2009

Hari ini hujan sehari suntuk. Langit sudah tidak menghidangkan buti-butir putih. Salji sudah bertukar menjadi hujan. Suhu juga sudah tidak sesejuk sebelum ini. Dari -7darjah kepada suhu yang biasa-biasa saja. Hampir 3 tahun menjalani kehidupan di sini, sudah ampuh berhadapan kesejukan bumi. Fuyu bakal pergi, haru tiba bertandang. Subhanallah, indah caturan Dia. Alhamdulillah diberi peluang menikmati nikmat 4 musim, kuasa Allah yang Maha Hebat.




Bunyi angsa putih ini juga bakal hilang. Angsa bakal pulang ke teduhan asal. Pulang semula ke bumi Hokkaido setelah hampir 2 bulan berkampung di bumi iwate. Selamat tinggal makhluk Allah yang bernama angsa. Kirimkan salam kami pada bumi Allah "Hokkaido".
Semoga jumpa lagi di fuyu yang bakal datang disember ini.



Sepanjang fuyu, 3 kali kami melawat takamatsu ike ini..huhu..dalam jangka masa 2 bulan, hanya 3 kali berkesempatan ke sini. Tidak sanggup meredah ais yang membeku menyeliputi tanah. Ibarat bermain ice skating, perlu berhati-hati berjalan diatasnya. Sebab itu, aktiviti di musim fuyu agak berkurangan. Banyaknya masa dihabiskan di dalam rumah. Mujur, 3nen sei kouki ini hanya ada 4 kelas seminggu..dan sekarang saya telah meninggalkan zaman "hima" itu..hihi.

3 kali saya berkunjung disini, ditemani oleh kouhai2 saya.

Perbualan bersama mereka yang masih saya ingat.
Bersama nik, dia utarakan soalan ini;
"Kenapa itik tu berjalan berkumpulan, tidak seperti angsa?"
huhu..saya blurr..apa ek jawapan yang sesuai..
Saya jawab ringkas, tak tahu betul ke tak jawapan tu;
"Sebab itik kecik dari angsa, takut angsa makan dia"..(Ade ke angsa makan itik??)

Bersama Huda, soalan ini diutarakan:
"Tengok angsa-angsa ni kan..mesti dorang pun tengok kita, berbual-bual pasal kita, sama seperti manusia tengok dorang kan..manusia borak-borak..."
huhu..tiada jawapan dari saya..waktu itu juga tengah berfikir.."Apalah angsa tu kata bila tengok manusia sebok amik gambar dia ek?"..

Yang pasti, semua makhluk Allah itu bertasbih memujinya..cuma kita je yang tak faham tasbih-tasbih mereka..kan..kan..

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka.Sungguh Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun."
(Al-Isra 17: 44)



Kedatangan Haru menandakan permulaan saya sebagai pelajar tahun akhir. Alhamdulillah, saya sedang bekerja dengan "ronbun", perlu mengalih bahasa 11 muka surat thesis bahasa inggeris ke bahasa Jepun. "Payah"..tapi ini tugasan yang diberi, kalau tidak..jangan bermimpi untuk bergelar "4 nensei".



OFF-OFF-ON Switching of Fluorescence and Electron Transfer Depending on Stepwise Complex Formation of a Host Ligand with Guest Metal Ions.

Musim baru...gakunen baru...semangat baru..tekad baru..doakan segalanya berjalan lancar..
=)

Posted by misoshiru2312 at 14:41 2 comments    

Misoshiru saya~

Wednesday, 4 March 2009

Banyak perkara tidak terluah..
Perasaan tidak mampu saya kongsi..
Tersekat tidak diluah..
Menulis juga saya tidak mampu..
Mahu menulis apa yang ada di dalam hati..
Namun tidak kesampaian..
Saya mahu bercerita dengan sahabat..
Tapi tidak terluah..

Kadang-kadang,
Perasaan ini hanya terluah dengan tangisan..

Tapi,
Saya tidak suka menangis di hadapan ramai
Tidak suka wajah sedih dihidang di depan mata semua..
Kerana itu saya selalu dilabel "blur"
hmm..

Saya tidak gemar menulis..
Kalau hati tidak hadir menari bersama jari2 yang menekan keyboard..
Kerana itu, misoshiru saya biar tersadai tanpa apa-apa pengisian..
Mungkin juga misoshiru bakal berkubur..

Seorang sahabat menukar isi blog,
Dari perkara-perkara serius kepada aktiviti seharian yang melambangkan dirinya,
Mungkin juga untuk menggambarkan kehidupan seorang daei yang manis dan gembira..
Ada baiknya, daie juga seorang manusia bukan..
Hidupnya tidak selalu pahit..bukan seharian berkisar perkara-perkara yang serius dan memberatkan jiwa..
Saya menyokong perubahannya..

Tapi saya?
Masih terus begini..
Apa yang ditulis tidak menggambarkan sepenuhnya diri saya.
Tahu, manusia di luar sana menilai peribadi seseorang melalui tulisannya.

Kerana itu..misoshiru tidak menjadi persinggahan wajib bagi saya.
Banyak perkara yang tidak dirakam disini..hee

Kalau tiada input yang berguna..
Maka janganlah dibuang masa singgah disini..

~

Posted by misoshiru2312 at 00:07 4 comments    

Labels: pena dari hati

Shahadah ini bukan sekadar pasport!

Tuesday, 3 March 2009

Salam~

Shahadatul Haq untuk kedua kalinya.
Penyampai yang sama.
Di bilik sendiri..alhamdulillah ruang yang hanya sebesar 12jyou, mampu memuatkan seramai hampir 30 orang.Awalnya khuatir ruang yang tidak mencukupi untuk jumlah yang sebegitu.
Almaklum sebelum ini bilik kami hanya diguna untuk liqa` iwatetachi sahaja.
Alhamdulillah..Allah melapangkannya untuk program kali ini..subhanallah..Maha suci Dia..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Pertama kali saya dapat Shahadatul Haq..autumn 2007 di Nagano..
Penangan beratnya bebanan Shahadah itu menggerak seluruh jasad mengutip Mutiara iman,kerna sedar ruh masih kontang..
sehingga akhirnya dipilih Allah untuk ke jaulah uk/eire..
Mulai saat dan detik itu perjuangan saya bermula..
Manis pahitnya sama banyak..diuji pelbagai..jalan ini bukan untuk meraih gembira..
Pahit itu ujian..iman ada turun naiknya..ukhuwwah teruji..masa rehat terbatas..minda perlu bergerak..berfikir dan berfikir..
Ahh..ujian baru sekecil ini, kadang-kadang sudah terngadah..apatah lagi bila diuji ujian yang lebih besar..

Mengeluh...
Wahai hati..kamu masih jauh rupanya dari Dia..
Matlamatmu mahu tetap di jalan ini bukan?
Ikhlas..ikhlas..ikhlas..
Itu kuncinya.

Melihat adik yang menangis kerana beratnya bebanan Shahadah yang selama ini hanya dianggap sebagai pasport untuk melangkah ke syurga..
Lidah saya kelu, duduk di sebelahnya mendengar luahan hatinya..saya tidak mampu memberi nasihat terbaik..kamu bertuah adik, hidayah Allah itu sedang memenuhi lompong-lompong di dadamu..teruskan perjalanan mencari mutiara iman dariNya..kami di sini sedia untuk bermusafir ke lokalitimu..kerana beban shahadah itu juga terpikul di bahu kami..

Shahadatul Haq kali ini membawa saya ke fokus yang lain. Tidak sama seperti pertama kali saya mendapatnya setahun yang lalu.

Sudah tiba masanya saya perlu serius berfikir untuk lokaliti di bumi kelahiran sendiri..
Saya bakal pulang.........................
Bagaimana tarbiyyah di sana kelak?
Jauh dari semua..
Kerana bumi itu tidak pernah disentuh..

Hati ditanam benih-benih tekad..
Bertekadlah dengan nama Allah..
Semoga Allah memudahkan perjuangan disana kelak~

Ranau, Sabah

Posted by misoshiru2312 at 23:27 0 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.