skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ▼ 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Maafkan kesalahan teman

Tuesday, 28 October 2008

Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata:

"Janganlah hanya kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda tahu kemuliaannya, dan yang pernah anda tahu kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan medapatkan teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pula melakukan sesuatu kesalahan. Oleh kerana itu, cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya, pertimbangkanlah dia dengan pandangan yang objektif, dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu. Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnya dan juga penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan."


Ibnu Rumi pernah berkata:

Manusia dan dunia ini
Pasti mempunyai kekurangan
Yang tak sedap dipandang mata
Atau kelemahan yang mencemari kemulusannya.
Tidaklah adil jika engkau
Menginginkan teman yang bersih di dunia ini
Sedang engkau sendiri tidak bersih.


"Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma`ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."
(Al-A`raf 7:199)


It takes time to build.."Ukhuwwah"
.
.
.
.
.
Lost my words....





Posted by misoshiru2312 at 06:20 3 comments    

Labels: Hikmah

Jawapan?

Thursday, 23 October 2008

  • A: akakkkkkkkkkkkkkkkkk
  • B: ek nape?
  • A: bolehla esok
  • B: ape?
  • A: gitu2
  • B: ape?
  • B: gitu2 ape?
  • A: kter nk bg usrah kt sy srg
  • A: hheeheh
  • A: nak2
  • A: esok
  • A: xbzio mase
  • B: haha
  • B: bole je
  • B: akak xde klas esk
  • A: smbil nk tggu bndalah tu smpi
  • A: pas asr la
  • A: kls hbs 230
  • B: wokeh
  • B: nak tajuk ape?
  • A: errkkk....
  • A: nk bljo dr basic semule
  • A: akidahhhh
  • B: aiseh
  • A: knp?
  • B: hehe
  • B: jap2 akak pk nk bg apa yg sesuai
  • A: okke

Semalam kohai saya menwarkan diri untuk di"usrah"kan seorg diri..hihi..bunyi agak kelakar,
itu bukan usrah namanya syg, itu "talking2" aje..=)

Duduk membaca kembali teks2 perbualan di ym ini, macam-macam di fikiran saya..apa agaknya yg membuatkan kohai saya yg seorg ini beria benar mahu belajar tentang akidah? Saya masih belum cukup memahami dirinya mungkin. Alhamdulillah, junsui benar hati kamu.

Teringat zaman dulu2..saya selalu lari dari usrah. Macam-macam alasan saya cipta bila kakak naqibah menghantar sms bertanyakan samaada saya dapat hadir ke usrah minggu tersebut atau tidak. Sedaya upaya mencipta alasan paling kukuh untuk tidak hadir. Ooo..jahilnya diri. Berbeza benar dengan kohaiku seorang ini..=)

"Kenapa kamu join usrah?"
"Sebab saya nak ilmu"
"Xjoin usrah pun boleh dapat ilmu"

Itu perbualan saya dengannya tempoh hari, soalan yang agak direct tanpa kiasan sedikitpun. Dan yang pastinya, jawapan kepada soalan itu tidak akan dapat dicari dalam masa sejam dua, sehari dua..jawapan skemanya mungkin ramai yang tahu,"Matlamat kita adalah Allah, sasaran kita adalah mengukuhkan agama Allah di muka bumi"... "Mahu mejadi batu bata kepada sebuah rumah".."Mahu jadi individu muslim yg jadi asas pada ustaziyatul alam"..."Mahu mengajak orang lain kepada islam"..bla..bla..bla..cukupkah jawapan ini dimulut saja adikku?

Tapi jawapan yang benar-benar difahami oleh hati itu mungkin mengambil masa....jawapan dari dalam hati yang faham itu memerlukan suatu perjalanan berbekalkan nawaitu dan kesabaran. Teori dan praktikal tidak sama adikku. Jawapannya bukan pada akak, tapi jawapannya ada pada kamu. Mungkin bukan hari ini, tapi berjalanlah menyusuri jalan yang Allah kurniakan ini beserta takwa dan sabarmu..kerana kelak, jawapan itu tidak hanya lahir dari kata-kata, tapi juga pada matlamat hidupmu, fikirmu dan tingkahmu juga. Ayuh kita susuri jalan ini bersama, kerana yang menulis ini juga masih perlu berjalan jauh, masih mecari kekuatan dan kesabaran lantaran diri yang punya terlalu banyak kelemahan. Semoga Allah pandu perjalanan ini sehingga sampai ke destinasi yang wajib ditujui..amin~

"Dan sesungguhnya inilah jalanKU yang lurus, maka hendaklah kamu ikutinya, dan janganlah kamu ikut berbagai jalan(lain), ini boleh memecahkan kamu dari jalanNya , demikian kamu dipesankan denganNya, semoga kamu bertakwa"
(Al-An`am 6:153)


Kadang-kadang adikku, terasa diri layak digelar "pengkhianat".. berapa kali kita ingkar, sudah berapa kali kita lari jauh dariNya..tapi, Allah sayang kita bukan..walaupun berkali-kali mengulangi dosa-dosa yang sama, Allah masih menjaga aib kita atas dosa-dosa itu..malah, Allah kurniakan jalan untuk kita kembali padaNya..cuma terpulang pada kita, mahu berjalan di atas jalan tersebut atau berpaling darinya. Allah sayang kita...Allah kasihani kita..Allah tahu setiap yang baik dan buruk untuk kita..Allah segala-galaya untuk kita..siapa kami tanpa cintaMu Ya Rabb!



"Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diri-Nya, (iaitu) barang siapa berbuat kejahatan di atara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka Dia Maha Pegampun Maha Penyayang"
(Al-An`am 6:54)


"Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa"
(Ali Imran 3:133)





kohai: junior
junsui: suci






Posted by misoshiru2312 at 02:21 5 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Hebat kerana apa?

Tuesday, 21 October 2008

Assalamualaikum everyone..

Lama saya tidak menulis sesuatu untuk misoshiru. Kekangan masa menyebabkan saya terpaksa membiarkan ia bersarang tidak di sentuh..sudah genkai dengan lab report yang berlambak-lambak, mual bergelumang dengan bahan kimia setiap hari.
Dalam apa pun situasi, kondisi diri perlu diperiksa. Cukup amanahkah kita memberi makanan terbaik pada diri. Akal, hati dan jasad. Setiap satunya perlu diberi makanan terbaik, hati dengan zikrullah, akal dengan ilmu dan jasad dengan makanan dan senaman. Mungkin masih banyak yang perlu saya perbaiki, masih banyak kelompongan untuk memenuhi keperluan 3 komponen ini. Moga Allah beri kekuatan untuk memperbaikinya.

Abi Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda:

"Baharukanlah iman kalian." Rasulullah S.a.w ditanya. "Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami?". Baginda menjawab." Banyakkanlah menyebut: "La Ilaha Illallah".

(Riwayat Ahmad dan lain-lain)


Semester ini mungkin agak mencabar bagi saya, diamanahkan dengan beberapa komitmen yang memerlukan saya untuk memerah idea utuk meghasilkan sesautu yang terbaik untuk semua. Pada Allah saya kembalikan semuanya, moga dipermudahkan.

Amanah yang terpikul buat masa ini agak menakutkan saya. Semestinya sahabat-sahabat yang lain juga sedang serius bekerja. Dalam kesibukan itu, saya perlukan sesuatu untuk memandu niat kearahNYA. Kalau niat tersasar, natijahnya semestinya bukan yang terbaik.

Lari dari niat kerana redha Allah itu amat menggelisahkan jiwa, bagaimana harus dipimpin agar niat itu tidak tersasar. Meriah benar status yahoo messengger, blog2 dengan promosi2 program.
Lantas, ramaila peserta yang mendaftar untuk program kita...maka bergembiralah para tukang promote, berpuas hatilah para pembuat website, merasa usahanya telah mendapat perhatian. Lebih menakutkan bila kita merasa hasil bilangan yang ramai itu datang dari usaha kita sendiri, lupa, yang menentukan segalanya adalah Allah Taala. Berkali-kali mengingatkan diri sendiri, semua ini kerana Allah, biarlah usaha ini kerana Allah. Kita mahukan hasil yang terbaik kerana Allah, mengembalikan segala urusan kita padaNya..

Sesungguhnya pergantungan itu hanya pada Allah S.W.T

Program ini hebatnya bukan kerana jumlah peserta yang ramai..
Program ini hebatnya bukan kerana penceramah yang popular...
Program ini hebatnya bukan kerana tempat yang menarik...
Program ini hebatnya bukan kerana makanan yang best..


Jangan biar pergantungan kita beralih kepada kelebihan2 yg nampak di depan mata..
Kita berusaha melakukan yang terbaik kerana Allah, dan serahkan segalanya pada Allah. Apa jua hasilnya kelak, pasti ada hikmah yang Allah telah tetapkan utuk kita. Bekerja kerana redhaNya..janji kita untuk menjayakan semua ini kerana Allah Taala.

Jom sama2 muhasabah, renung kembali ibrah daripada kisah perang Hunain.. Kekalahan yang melanda tentera Islam lantaran rasa angkuh dan bongkak mereka dengan jumlah tentera yang ramai sehingga lupa akan pergantungan pada Allah Taala. Allah telah menunjukkan buktinya sebelum ini, maka tidak boleh tidak, Allah Taala adalah yang pertama wajib hadir dalam setiap langkah, dalam setiap percaturan mahupun kata-kata. Walaupun kita bekerja untuk program yang sekecil ini , pergantungan kita perlu besar kepada Allah Taala..


“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.” (At-Taubah 9:25)



Posted by misoshiru2312 at 00:12 6 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Autumn Gathering

Thursday, 9 October 2008


Autumn datang lagi !!

dan seperti biasa AUTUMN GATHERING akan diadakan sekali lagi tahun ini…

Kali ini bertemakan al-mukminah as-solehah..khas utk muslimah saje. menarik kan

Di bawah ni ada details untuk AUTUMN GATHERING kali ini..

Tarikh: 1 Nov 2008 ~ 3 Nov 2008

Tempat: 国立信州高遠青少年自然の家(National Shinsyu Takato Youth Outdoor Learning Center)

Pengangkutan: Bas akan disediakan dari Shinjuku Eki ke tempat program.

Tentatif program:

Sabtu (1/11/2008)
9:30~ berkumpul di shinjuku eki
10:00~ bas bertolak
13:00~ sampai di tmpt prog, lunch dan solat
15:00~ pembukaan
15:30~ ice breaking games
17:00~ dinner
18:00~ mandi + solat + tazkirah
20:00~ pengisian 1
22:00~ bersiap utk tidur dan al-mulk

Ahad (2/11/2008)
4:30~ subuh + tazkirah + mathurat di luar rumah
7:00~ sarapan + solat dhuha
8:00~ jungle X-plorace
11:30~ solat + lunch
12:30~ pengisian 2
17:00~ solat + tazkirah
17:30~ dinner + mandi
19:00~ malam kebudayaan
22:00~ al-mulk + tido

Isnin (3/11/2008)
4:00~ qiam + solat subuh + tazkirah + mathurat
6:00~ berkemas
7:00~ sarapan + solat dhuha
9:00~ majlis penutup

Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran boleh lawat laman web di sini

Apa lagi jom ramai2 kita ke AUTUMN GATHERING 2008

Boleh ajak kawan ramai-ramai..kita meriahkan gathering kali ini..

InsyaAllah dpt bina tautan ukkhuwah dan mengeratkan ukkhuwah yg sedia terjalin..

Daftar segera sebelum terlambat!!

Kite jumpe di Nagano nanti

Wassalam.

Posted by misoshiru2312 at 21:20 0 comments    

Saya rindu..~

Wednesday, 8 October 2008


Dulu saya tidak pernah ambil kisah tentang mereka...
Selalu berkata pada diri.."Biarlah mereka dengan apa yang mereka suka, kerana aku juga tidak suka diganggu".....

Tapi, kali ini saya menerima ucapan sayang, jaga diri dan juga nasihat dari mereka....

Dan yang manisnya...mereka mengambil berat akan diri ini tidak lain dan tidak bukan hanya kerana ukhuwwah yang terjalin diatas satu kefahaman yang sama..di atas satu tujuan dan matlamat yang sama..Alhamdulillah..

Terima kasih kerana menyayangi saya..dan saya lebih gembira, kerana ucapan sayang itu adalah kerana redha Allah semata-mata..

INNI UHIBBUKI FILLAH

Tak sabar nak jumpa semua weekend ni..rindu semua..:)

Posted by misoshiru2312 at 00:12 1 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.