skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ▼ 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Fuyu ke Haru~

Friday, 6 March 2009

Hari ini hujan sehari suntuk. Langit sudah tidak menghidangkan buti-butir putih. Salji sudah bertukar menjadi hujan. Suhu juga sudah tidak sesejuk sebelum ini. Dari -7darjah kepada suhu yang biasa-biasa saja. Hampir 3 tahun menjalani kehidupan di sini, sudah ampuh berhadapan kesejukan bumi. Fuyu bakal pergi, haru tiba bertandang. Subhanallah, indah caturan Dia. Alhamdulillah diberi peluang menikmati nikmat 4 musim, kuasa Allah yang Maha Hebat.




Bunyi angsa putih ini juga bakal hilang. Angsa bakal pulang ke teduhan asal. Pulang semula ke bumi Hokkaido setelah hampir 2 bulan berkampung di bumi iwate. Selamat tinggal makhluk Allah yang bernama angsa. Kirimkan salam kami pada bumi Allah "Hokkaido".
Semoga jumpa lagi di fuyu yang bakal datang disember ini.



Sepanjang fuyu, 3 kali kami melawat takamatsu ike ini..huhu..dalam jangka masa 2 bulan, hanya 3 kali berkesempatan ke sini. Tidak sanggup meredah ais yang membeku menyeliputi tanah. Ibarat bermain ice skating, perlu berhati-hati berjalan diatasnya. Sebab itu, aktiviti di musim fuyu agak berkurangan. Banyaknya masa dihabiskan di dalam rumah. Mujur, 3nen sei kouki ini hanya ada 4 kelas seminggu..dan sekarang saya telah meninggalkan zaman "hima" itu..hihi.

3 kali saya berkunjung disini, ditemani oleh kouhai2 saya.

Perbualan bersama mereka yang masih saya ingat.
Bersama nik, dia utarakan soalan ini;
"Kenapa itik tu berjalan berkumpulan, tidak seperti angsa?"
huhu..saya blurr..apa ek jawapan yang sesuai..
Saya jawab ringkas, tak tahu betul ke tak jawapan tu;
"Sebab itik kecik dari angsa, takut angsa makan dia"..(Ade ke angsa makan itik??)

Bersama Huda, soalan ini diutarakan:
"Tengok angsa-angsa ni kan..mesti dorang pun tengok kita, berbual-bual pasal kita, sama seperti manusia tengok dorang kan..manusia borak-borak..."
huhu..tiada jawapan dari saya..waktu itu juga tengah berfikir.."Apalah angsa tu kata bila tengok manusia sebok amik gambar dia ek?"..

Yang pasti, semua makhluk Allah itu bertasbih memujinya..cuma kita je yang tak faham tasbih-tasbih mereka..kan..kan..

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka.Sungguh Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun."
(Al-Isra 17: 44)



Kedatangan Haru menandakan permulaan saya sebagai pelajar tahun akhir. Alhamdulillah, saya sedang bekerja dengan "ronbun", perlu mengalih bahasa 11 muka surat thesis bahasa inggeris ke bahasa Jepun. "Payah"..tapi ini tugasan yang diberi, kalau tidak..jangan bermimpi untuk bergelar "4 nensei".



OFF-OFF-ON Switching of Fluorescence and Electron Transfer Depending on Stepwise Complex Formation of a Host Ligand with Guest Metal Ions.

Musim baru...gakunen baru...semangat baru..tekad baru..doakan segalanya berjalan lancar..
=)

Posted by misoshiru2312 at 14:41 2 comments    

Misoshiru saya~

Wednesday, 4 March 2009

Banyak perkara tidak terluah..
Perasaan tidak mampu saya kongsi..
Tersekat tidak diluah..
Menulis juga saya tidak mampu..
Mahu menulis apa yang ada di dalam hati..
Namun tidak kesampaian..
Saya mahu bercerita dengan sahabat..
Tapi tidak terluah..

Kadang-kadang,
Perasaan ini hanya terluah dengan tangisan..

Tapi,
Saya tidak suka menangis di hadapan ramai
Tidak suka wajah sedih dihidang di depan mata semua..
Kerana itu saya selalu dilabel "blur"
hmm..

Saya tidak gemar menulis..
Kalau hati tidak hadir menari bersama jari2 yang menekan keyboard..
Kerana itu, misoshiru saya biar tersadai tanpa apa-apa pengisian..
Mungkin juga misoshiru bakal berkubur..

Seorang sahabat menukar isi blog,
Dari perkara-perkara serius kepada aktiviti seharian yang melambangkan dirinya,
Mungkin juga untuk menggambarkan kehidupan seorang daei yang manis dan gembira..
Ada baiknya, daie juga seorang manusia bukan..
Hidupnya tidak selalu pahit..bukan seharian berkisar perkara-perkara yang serius dan memberatkan jiwa..
Saya menyokong perubahannya..

Tapi saya?
Masih terus begini..
Apa yang ditulis tidak menggambarkan sepenuhnya diri saya.
Tahu, manusia di luar sana menilai peribadi seseorang melalui tulisannya.

Kerana itu..misoshiru tidak menjadi persinggahan wajib bagi saya.
Banyak perkara yang tidak dirakam disini..hee

Kalau tiada input yang berguna..
Maka janganlah dibuang masa singgah disini..

~

Posted by misoshiru2312 at 00:07 4 comments    

Labels: pena dari hati

Shahadah ini bukan sekadar pasport!

Tuesday, 3 March 2009

Salam~

Shahadatul Haq untuk kedua kalinya.
Penyampai yang sama.
Di bilik sendiri..alhamdulillah ruang yang hanya sebesar 12jyou, mampu memuatkan seramai hampir 30 orang.Awalnya khuatir ruang yang tidak mencukupi untuk jumlah yang sebegitu.
Almaklum sebelum ini bilik kami hanya diguna untuk liqa` iwatetachi sahaja.
Alhamdulillah..Allah melapangkannya untuk program kali ini..subhanallah..Maha suci Dia..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Pertama kali saya dapat Shahadatul Haq..autumn 2007 di Nagano..
Penangan beratnya bebanan Shahadah itu menggerak seluruh jasad mengutip Mutiara iman,kerna sedar ruh masih kontang..
sehingga akhirnya dipilih Allah untuk ke jaulah uk/eire..
Mulai saat dan detik itu perjuangan saya bermula..
Manis pahitnya sama banyak..diuji pelbagai..jalan ini bukan untuk meraih gembira..
Pahit itu ujian..iman ada turun naiknya..ukhuwwah teruji..masa rehat terbatas..minda perlu bergerak..berfikir dan berfikir..
Ahh..ujian baru sekecil ini, kadang-kadang sudah terngadah..apatah lagi bila diuji ujian yang lebih besar..

Mengeluh...
Wahai hati..kamu masih jauh rupanya dari Dia..
Matlamatmu mahu tetap di jalan ini bukan?
Ikhlas..ikhlas..ikhlas..
Itu kuncinya.

Melihat adik yang menangis kerana beratnya bebanan Shahadah yang selama ini hanya dianggap sebagai pasport untuk melangkah ke syurga..
Lidah saya kelu, duduk di sebelahnya mendengar luahan hatinya..saya tidak mampu memberi nasihat terbaik..kamu bertuah adik, hidayah Allah itu sedang memenuhi lompong-lompong di dadamu..teruskan perjalanan mencari mutiara iman dariNya..kami di sini sedia untuk bermusafir ke lokalitimu..kerana beban shahadah itu juga terpikul di bahu kami..

Shahadatul Haq kali ini membawa saya ke fokus yang lain. Tidak sama seperti pertama kali saya mendapatnya setahun yang lalu.

Sudah tiba masanya saya perlu serius berfikir untuk lokaliti di bumi kelahiran sendiri..
Saya bakal pulang.........................
Bagaimana tarbiyyah di sana kelak?
Jauh dari semua..
Kerana bumi itu tidak pernah disentuh..

Hati ditanam benih-benih tekad..
Bertekadlah dengan nama Allah..
Semoga Allah memudahkan perjuangan disana kelak~

Ranau, Sabah

Posted by misoshiru2312 at 23:27 0 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

=)

Friday, 27 February 2009





Alhamdulillah atas rahmat Allah..
Huluran kasih sayang itu disambut..

Namun, fitrah manusia..
Seringkali minta balasan..

Jika benar kasih sayang itu kerana Allah
Maka, jangan pernah harap balasan
Bukankah balasan yang terbaik itu hanya dari Dia?

Cukuplah Allah
Sebagai sebaik-baik pembalas..=)

Posted by misoshiru2312 at 05:45 1 comments    

Labels: pena dari hati

Mendambamu

Friday, 13 February 2009

Raheeq Maqtum saya tutup..Seusai membacanya,rindu makin bercambah..

Mana bisa untuk bertemu insan sehebat baginda lagi..Sedang bertemu dengan
murabbi/murabbiyah pun..Hati sudah jatuh cinta pada peribadi mereka..Apatah lagi bila bertemu insan seperti Muhammad s.a.w..Tiada gambaran terhebat mampu dibuat akal..

Saya masih lagi dalam proses membedah isi raheeq maqtum..Mahu mengenali Baginda lebih dekat..Kerana mahu merasai manisnya merinduinya..Masakan bisa kita merindui seseorang tanpa kenal dekat dengannya..

Setiap kali saya perlu travel jauh untuk usrah atau daurah..Setiap kali itu juga saya teringat kisah-kisah yang saya baca di dalam buku ini..Setiap kali saya menerima pengisian..Setiap kali itu juga saya cuba kaitkan dengan isi buku ini..Dan setiap kali saya bercakap di dalam liqo`, di hadapan ramai..Setiap kali itu jugalah saya cuba mencari kekuatan dari peribadi Baginda..

Akhlaknya begitu mempesona...Pengorbanannya terlalu banyak. Banyak tangisan yang buku ini terpaksa lihat setiap kali buku ini dibaca..

Dan petang ini saya mahu bercakap tentang Baginda di dalam halaqah bijintachi..mengclearkan beberapa perkara penting yang adik-adik kabur mengenainya..semoga Allah mudahkan..=)




Mendambamu - Opick

berlalu sang waktu
berabad sudah jauh aku darimu
dalam hitam legam zaman di wajahku

Ku...

mendambamu merindumu
hadir kembali dalam setiap langkah hidupku
Muhammad ya Rasullullah

ya Nabi ya Habibi
semoga Allah selalu merahmatiMu
dengan cinta dengan kasih selamat umatmu

Mu...

di wajahmu di langkahmu
di setiap hela nafas yang terpancar cahaya
teranglah gelapnya jiwa

Allahumma shali wassalim alla Muhammad
ya Rasullullah
Allahumma shali wassalim wabarik allaihi

Muhammad karenamu
tersingkaplah jalan cinta hamba kepadaNya
terang hati dengan cahaya di jalanmu

Ku...

mendambamu merindumu
hadir kembali dalam setiap langkah hidupku
hadirlah gelap kan sinar

Oo...
ya Nabi ya Nabi..ya Rasullullah

Oo...
Muhammad ya Nabi..

Allahumma shali wassalim alla Muhammad
ya Rasullullah
Allahumma shali wassalim wabarik allaihi
ya Muhammad

ya Nabi ya Nabi..

ya Nabi ya Habibi
ya Muhammad

Posted by misoshiru2312 at 06:59 0 comments    

Labels: pena dari hati

Sekadar ingatan

Wednesday, 11 February 2009

Bismillah..

Baru sekejap tadi saya menonton dokumentari tentang Gaza di tv3.
MAJALAH 3

Walaupun mungkin himmah diri tidak begitu terkesan (Atas beberapa faktor),
Sekurang kurangnya saya dapat melihat pelbagai sisi pandangan manusia tentang isu Palestin ini.
Mungkin ada yang memandangnya tidak lebih sebagai satu isu tanah air, kemanusiaan,simpati dan bermacam pandangan lain lagi.
(OOO..lebih menyedihkan bila tgk komen penonton, masih lagi cuba mencari kelemahan org lain dari lebih menghayati isi penting yang cuba disampaikan..huhu)

Mungkin pemimpin kita masih asyik berkata tentang isu bantuan untuk membangunkan semula Gaza, derma wang untuk bina segala kemudahan di sana.. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya masih ada rasa simpati..

Tapi, sampai bila agaknya kita hanya mahu melihat isu Palestin itu dengan pandangan-pandangan yang sama seperti apa yang difikirakan oleh orang bukan muslim.

Benarlah, peristiwa berdarah di Gaza baru-baru ini bolehlah diumpamakan seperti air bah yang sangat besar..bila banjir surut..hilanglah Palestin dari cerita kehidupan seharian kita...

Tak pelik ke ek?

Sudah bertahun-tahun lamanya kisah penduduk Palestin disembelih Yahudi kita dengar, baca etc..tapi kenapa masih ada lagi manusia-manusia yang terus menerus berjuang di sana?
Tak pernah berkurang, tak pernah surut semangat jihad mereka..itu bukan calang-calang semangat namanya..

Rasulullah s.a.w bersabda..
Diriwayatkan dari Abu Umamah, secara marfu’ kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Akan tetap ada sekelompok umatku berada dalam kebenaran, tak terkalahkan oleh musuh-musuhnya sampai datangnya putusan Allah sedang mereka tetap demikian.” Kemudian ditanyakan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, dimanakah mereka?” Beliau bersabda, “Baitul Maqdis dan daerah sekitarnya.

Benarkan apa yang Rasulullah s.a.w beritahu..dari zaman Rasulullah sehingga zaman kita sekarang ini..berapa lama bezanya? Dan Rasulullah s.a.w memberitahu sesuatu kepada sahabat-sahabat Baginda tentang perkara-perkara yang akan berlaku terahadap Umat Islam kelak..dan apa yang Rasulullah s.a.w beritahu itu benar-benar berlaku saat ini..
Tapi..kenapa kita masih taknak kembali pada sunnah Rasulullah s.a.w ...bukankan Rasululllah s.a.w itu adalah insan yang paling benar kata-katanya..(ooo..peringatan yang sangat berat untuk diri sendiri..T_T)


Adakah orang di Palestin sana tu mendapat semangat yang sangat hebat hanya kerana semangat kebangsaan,balas dendam atas kematian saudara etc..ya, memang itu yang kita selalu dengar dan kita baca..

Tidak..tidak..semangat perjuangan mereka bukan hanya untuk itu..malah lebih dari itu..


Kenapa agaknya kita ambil berat isu Palestin ini hanya apabila adanya pembantaian habis-habisan oleh yahudi baru baru ni ek?

oo..

Sebab fitrah kita manusia..sedih bila melihat gambar anak-anak kecil dibunuh..

Sebab kita masih belum merasakan kita ini saudara seaqidah mereka..

Sebab kita masih merasa jauh dari mereka...

Sebab kita tak cuba kaji sejarah umat terdahulu...


Bila isu ini sejuk...kita pun dah tak ambil peduli tentang Palestin..
Nanti bila Yahudi datang serang lagi...
Baru kita nak baca, tulis tentang Palestin.........(oooo..saya juga tengah bercakap dengan diri saya sekarang..T_T)


Hari untuk ambil tahu tentang Palestin bukanlah hanya ketika berlakunya penyembelihan besar-besaran disana..............................................................

Kalau masih belum peduli...
Mari kita sama-sama peduli...
Mulai saat ini...
Kembali pada ayat-ayat Allah..
Tadabbur surah banyak-banyak...
Bacalah sejarah tentang yahudi..tentang Palestin..
Bagaimana sifat Yahudi..apa tujuan mereka...

Kalau anda mahu tahu..
Bush itu lebih arif tentang sistem khalifah...
Ariel Sharon itu lebih arif tentang sejarah pahlawan Islam..

Kalau mereka tidak arif tentang sejarah...
Maka mereka tidak akan mampu mencari titik lemahnya umat Islam..

Harus ingat..
Yahudi itu juga punya kitab..
Dan mereka sangat beriman terhadap kitab, talmud mereka..
Kalau mereka yang beriman terhadap kitab-kitab yang diseleweng boleh hebat seperti itu..

Kita Umat Islam??

Bukankah kita ada Al-Quran..
Yang Haq..tidak diseleweng...
Yang Allah jaga sentiasa isi kandungannya..

Bayangkan betapa hebatnya Umat Islam..
Kalau kita beriman terhadap Al-Quran yang Haq itu!

Allah telah bekalkan Umat Islam dengan Al-Quran dan hadith..kita punya segala-galanya..
Cuma, terpulang...pilihan di tangan kita..


Tulisan ini mungkin agak emo..dan tiadalah entry ini ditulis melainkan untuk peringatan kepada yang menulis juga...

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya". Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu kebenaran sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.
(2:120)


Dan sungguh engkau (Muhammad) akan mendapati mereka (orang-orang Yahudi), manusia yang paling tamak akan kehidupan dunia, bahkan lagi tamak dari orang-orang musyrik. Masing-masing dari mereka, ingin diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu tidak akan menjauhkan mereka dari azab. Dan Allah Maha melihat apa yang mereka kerjakan.
(2:96)



Disini ada sedikit link tentang sejarah palestin

Sejarah Palestin dan rakyatnya




Posted by misoshiru2312 at 01:03 0 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Kehilangan

Monday, 9 February 2009

Terkadang, angin yang berhembus itu
Tidak searah dengan keinginan bahtera
Terpulang,
Bagaimana kemudi sang nakhoda..


--------------------------------------------------------------------------------------------------




Ya Rabbi..
sungguh, hatiku kering..
Isinya penuh duniawi..
Sangkaan manusia lebih dahulu di mataku
Pandangan manusia lebih berat ku timbangi

Benarlah..
Kehilangan terbesar dalam hidup
Bila Engkau
Seakan tidak hadir
Dalam hari-hari ku

Benarlah..
Nikmat hidup makin pudar
Bila hati kian keras membatu
Bila air mata
Semakin kurang untuk Mu

Maafkan aku..
Maafkan aku..
Maafkan aku..

Wahai Tuhan pemilik nyawaku
Wahai Tuhan yang menguasai hatiku

Aku bukan siapa-siapa tanpaMU
Jangan biar aku sendiri
Mengemudi hidup
Yang aku sendiri tidak pasti


Izinkan
Niatku
Nafasku
Langkahku
Hanya untukMu

Amin Ya Rabb..

Posted by misoshiru2312 at 16:19 7 comments    

Labels: pena dari hati

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.