Terharunya..baru semalam saya berkira-kira mahu bersama,
Hari ini saya dijemput. Dan jemputan itu datang dari seseorang yang tak pernah terlintas di fikiran saya yang dia akan mengingati saya.
Memandang keyboard laptop seketika.
Subhanallah..Allah tahu! dan Allah dengar!
Allah menjemput saya melalui dia..terharu lagi!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan kamu tahu..saat ini saya tengah di brainwash oleh surah Ahzab!
Ditaujih oleh surah Nuh!
Walau si tukang taujih itu terlalu jauh jaraknya dengan bumi saya berpijak.
Tapi kekuatan taujihnya merentas laut china selatan!
Beginilah kehidupan tarbiyyah saya..
saya bermula dengannya..dan saya terus menerus diuji dengan itu.
Dan acap kali Allah memberikan medan yang sama dengan ujian-ujian itu.
Dan itu mematangkan saya..
Merebus lebur EGO!
Membentuk segi-segi SABAR!
Dan saya tahu, saya sangat hina.
Mencanangkan gelap itu jelek, cahaya itu indah
Tapi masih tidak mampu mencahayakan yang gelap itu.
Dan si tukang taujih beritakan...
Hasil dan tanggungjawab itu berbeza, tapi kita mahu keduanya!
Dan tiadalah rugi manusia yang bekerja untuk Tuhannya
Walau hasilnya tak pernah berbuah lebat.
Maka jujurlah..jujurlah kepada Allah.
Dan aturlah strategi sebagus usaha yang pernah diusahakan dalam hidup!
------------------------------------------------------------------------------------------------
Afwan katheera untuk yang menghantar emel untuk diinvite ke blog baru saya yang usang tak berpenghuni itu. iA satu hari nanti andai diizinkan saya akan invite antunna:)
saikin terasa seperti tak pandai nak berterus terang. Ada saja benda yang tak terkeluar bila bercakap. Dan sungguh bijak sekali kerana suka buat benda yang dimatomekan sekali gus seperti entry kali ini .
____________________________________________________________________
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (yusuf; 12:108)
..
Tuesday, 19 October 2010
Posted by misoshiru2312 at 01:52 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)