skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ▼ 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Tatkala Kelam

Wednesday, 19 August 2009


Menyendiri mengintai tirai berlabuh,
Di ufuk cahaya kaki As-Sama',
Sukarnya jalan tarbiyyah, mehnah,
Ujian dan prasangka,
Hiasan capai taqwa ahsan,
Dan berapa ramai mereka tidak ngerti,
Setiap langkah derap pejuang,
Rahsia hikmah yg di ludah,
sang jiwa yg dahaga diisi..al-hawa,

Berapa ramai mata,
Hati yg masih belum ngerti,
Erti peritnya rasa diolah,
erti peritnya rasa dilentur,

Dek sebuah kata,
S.A.B.A.R,
Dek sebuah kata,
Lawan E.G.O.I.S
Dek sebuah kata,
Terima seadanya,
Dek sebuah kata,
Syukuri nikmat,
Dek sebuah kata,
Menelan kata nafs yg tewas. .

Dan betapa ramainya ummah,
Yang hanya H.E.R.O pd hawa sendiri...

-muhasabah juang al-ukht

hasil nukilan seorang akhawat~

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar..Terima Kasih Allah....atas nikmat yang amat banyak
Terima kasih akhawati sayang..atas sebuah mukhayyam yang terlalu banyak ibrahnya itu...

"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi , nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Al anfal 8: 63)


Ya tuhan kami, yang membolak balikkan hati, tetapkan kami atas jalan agamaMu...


Posted by misoshiru2312 at 20:40 0 comments    

Labels: pena dari hati

Why I wish I could understand Arabic

Friday, 7 August 2009

Assalamualaikum.



100th post seem to take so long to accomplish and yet this is it.Dah 2 tahun blog ni. Baru nak sampai post ke 100...*sigh*

*************************************************************************************



Awal pagi tadi, saya dikejutkan dengan mesej dari seorang murabbiyah. Isinya ringkas tapi penuh makna.



"Akhowatfillah, dari surah Fussilat ayat 33 hingga 36, jelas terkandung undang-undang dakwah yang perlu kita pastikan, kita ikuti agar dakwah yang kita jalankan akan dapat membuahkan hasil di dunia dan akhirat. InshaAllah."



*************************************************************************************

Saya bangun, mencapai Tafsir Quran, menyelak Surah ke 41 ayat 33-36



33. Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh aku termasuk orang muslim (yang berserah diri)?"



34. Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman setia.



35. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.



36. Dan jika setan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.



*************************************************************************************

Dan saya mendengar alunan bacaan ayat ini melalui video di bawah;









Dan saya mencemburui manusia-manusia ini, kerana ayat-ayat Allah ini menusuk sampai ke dalam hati mereka...saya mahu mendalami bahasa Al-Quran, merasai yang sama.......inshaAllah, mahu melaksanakan impian ini dengan seseorang kelak...doakan.



4 cara memahami Al-Quran dengan hati.

1. Memahami bahasa Arab.

2.Mengetahui asbabunnuzul surah/ayat

3.Mengetahui Sirah Nabi

4.Hidup seperti Rasulullah s.a.w.



*************************************************************************************

Bakal bermusafir jauh, berjumpa dengan mereka yang dirindui. Bakal berhadapan sesuatu yang mencabar dalam 5 hari lagi..

Doakan kami selamat pergi dan pulang.

Selamat bercuti semua.

*************************************************************************************



Dibawah ini ada disertakan booklet Ramadhan khas untuk iwatetcahi. Dan inshaAllah boleh saja dikongsikan dengan semua. Bolehlah download booklet ini ya. Jangan segan-segan, nak kongsi dengan rakan-rakan kat komuniti sendiri pun bole..silakan..

Ramadhan Iwatetachi

Posted by misoshiru2312 at 13:05 3 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

2:272

Thursday, 6 August 2009


Kesan pertama yang ditinggalkan seorang da'i di hati mad'u nya adalah harapan akan masa depan. Kelapangan dada dan terbukanya hati mad'u sangat tergantung pada besarnya pengaruh pertemuan pertama antara sang da'i dengan mad'u nya. Oleh kerana itu, seorang da'i harus terwarnai oleh ruh dakwah, baik secara kewajipan mahupun perilaku.


Seorang da'i harus benar-benar berorientasikan kepada Allah dalam setiap langkahnya, agar dibukakan oleh Allah hatinya dan hati orang yang menjadi sasaran dakwahnya. Bila tujuannya tidak tercapai dan tidak mampu menembusi hati manusia dengan cara ini, kerana setiap manusia punya kondisi berbeza yang tidak diketahui kecuali oleh Allah, maka ia harus ingat firman Allah swt.


"Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah lah yang memberikan petunjuk (memberi taufik) kepada siapa yang dikehendakiNya."

(Al-Baqarah 2: 272)





petikan; Bagaimana menyentuh hati, Abbas As-Siisiy


Posted by misoshiru2312 at 21:01 0 comments    

Labels: Bara api yg digenggam RIJAL

Terima kasih dan angin

Tuesday, 4 August 2009

Terima kasih kerana sudi
Terima kasih kerana ambil tahu
Terima kasih kerana melepaskan
Terima kasih kerana berterus terang...

Yang terlalu lama ditinggalkan..
Dan akan terus dibiarkan sepi..

*******************************

Musim panas yang dihiasi angin
Namun masih kering..

Wahai sang angin..
Berhembuslah ke hadapan masaku
Agar tiada lagi arah
Yang bisa kemudi aku
Kembali memeriahkan
Yang sepi itu.

********************************

Terima kasih sang angin
Diatas deru keringmu
Muhasabah aku..

********************************

Pada Dia segala harapan

"Dan hanya milik Allah kerajaan langit dan bumi. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki, dan akan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. " (Al-Fath 48; 14)

Posted by misoshiru2312 at 21:28 1 comments    

Labels: pena dari hati

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.