skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ▼ 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Dunia

Thursday, 31 July 2008


"Kenikmatan dunia seperti bersumpah,
Bahawa dia tidak akan berkhianat,
Seolah-olah dunia mengatakan,
Bahawa dia tidak mungkin akan binasa."



Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya lah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu. (Muhammad,47:36)

Posted by misoshiru2312 at 00:08 0 comments    

Labels: Hikmah

~

Saturday, 26 July 2008



Wahai hati..
Cinta itu terlalu mahal harganya
Bukan sekadar di bibir
menjadi ungkapan semata
Tapi jauh didasar hati
Terungkap di setiap lafaz
Zahirnya di setiap tingkah perbuatan

Ya Rabb,
Ku damba cinta itu
Biarkan rindu disemai
menjadi satu
SATU hanya untuk MU...

Ya Rahman,
Sujudku di mihrab MU
Mengemis kasih
Mengharap ampun

Aku hanya hamba
Penuh palitan dosa

Ya Khaliq,
Bawa diriku jauh
Jauh dari masa lalu
Yang dihujani kejahilan itu~

Posted by misoshiru2312 at 00:11 1 comments    

Labels: perkongsian

Manusia Luar Biasa

Thursday, 10 July 2008


Menerima banyak mesej dari "pakcik" semalam...
Terharu dengan segerombolan manusia luar biasa di bumi sendiri..
Mereka seolah-olah pejuang-pejuang dalam peperangan Badar
Mengorbankan apa saja yang ada pada mereka..
Tiadalah masa yg mereka ada melainkan semuanya untuk Islam..
Tiadalah wang yang mereka miliki melainkan semuanya untuk Islam..
Tiadalah gunanya jasad itu melainkan untuk agamaNYA...
Segala potensi diri, guna untuk memacak kembali kegemilangan agamaNYA..


Ayuh...bangkitlah wahai diri ..jangan biar syaitan menghiasi futurmu itu!


Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui, ( As- Saff, 61:10~11)




Posted by misoshiru2312 at 12:41 1 comments    

Tangis dan Tawa..

Thursday, 3 July 2008

Maru-Maru~


Assalamualaikum everyone..

Diatas ini adalah jadual saya sepanjang bulan Julai sebelum kimatsu shiken(final exam) hujung bulan ini..terasa bebanan yang teramat, bilamana saya perlu menyiapkan lab report yang berlambak-lambak dan dalam masa yang sama, perlu berdepan dengan peperiksaan..agak susah menyusun masa dengan baik.

Saya terpanggil untuk menulis hari ini..walaupun kondisi diri tidak begitu mengizinkan..kerana esok saya perlu menduduki peperiksaan akhir utk subjek Mathematic Laplace transfer dikala report terakhir masih belum sudah. Namun semua itu tidak mengganggu niat saya untuk menulis hari ini..bermacam kejadian minggu ini menyebabkan saya mahu berkongsi sesuatu dengan anda semua...

Sabtu lepas saya berkongsi kegembiraan dengan seorang sahabat baik saya di Gunma yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan rakan sebatch saya di Iwate ini..tahniah untuk anda berdua..terharu, kerana andalah pasangan pertama batch ke 23 AAJ yang bakal berkahwin..tidak pernah menyangka bahawa sahabat saya inilah yang akan menamatkan zaman bujangnya paling awal..semoga BaitulMuslim yang bakal terbina beberapa bulan lagi ini akan dirahmati Allah..semoga walimahnya juga akan berjalan dengan lancar..inshaAllah..

(Izinkan saya bercerita sedikit tentang pasangan yang bakal berkahwin ini)..

Secara peribadinya saya sangat kagum dengan mereka berdua, dikala remaja lain sibuk dengan percintaan ala monyet , pasangan ini sangat berjaga-jaga dalam menjaga hubungan mereka..
Sejak awal hati terpaut, mereka telah menyuarakan hasrat untuk berkahwin..kerana sedar, hubungan tanpa ikatan yang sah itu bukanlah sesuatu yang dituntut dalam agama...dan alhamdulillah, setelah begitu banyak halangan..akhirnya Allah mudahkan jodoh mereka..yoku gambattanee nina Chang..akhirnya keyakinan ibu bapa itu datang jua akhirnya..Siapa yang membuka hati mereka..kalau bukan Allah Taala..lakukanlah apa saja demi redhaNYA, walaupun kelihatan ianya seolah2 suatu perkara yang mustahil, kerana redha Allah itu sentiasa ada untuk hambaNYA yang memelihara agamaNYA..


Dan lazimnya, dalam tawa itu pasti ada tangis..beberapa hari lepas, saya menerima berita kematian ayah kepada sempai(senior) saya yang telah pulang ke Malaysia..tidak dapat menghubungi sempai saya itu..dari jauh, hanya doa yang mampu saya kirim..agar roh arwah dicucuri rahmat..

Dan pagi ini, saya menerima satu lagi berita sedih, ayah kepada kohai(junior) saya meninggal dunia semalam..hati berdetik hiba..bagaimana mahu dikongsi perasaan sedih itu..saya duduk mengenang nasib sendiri..bagaimana andai saya yang diuji sebegitu?? Amat berat dugaan itu, tidak dapat pulang ke Malaysia menatap jasad ayah untuk kali terakhirnya..Saya hanya mampu berdoa, semoga Allah rahmati arwah dan semoga kohai saya itu diberi kekuatan untuk menghadapi semua ini....

Hari ini adalah hari yang terlalu banyak pengajarannya..selalu saya menganggap diri saya yang paling sibuk..diuji dengan kesibukan-kesibukan duniawi, namun, Allah mahu mengajar saya sesuatu hari ini, bahawa ujian pada diri saya ini sangatlah kecil..bermakna saya perlu tabah untuk ujian sekecil ini..kerana hari esok pasti ada ujian yang lebih besar..

Hari ini saya menumpang gembira juga kesedihan insan lain..melihat gembira itu hanya pada insan lain..malah melihat sedih itu hanya pada insan lain..saya tidak mahu lupa..saya tidak mahu
menganggap diri saya tidak akan diuji dengan "Tawa dan Tangis" itu..esok hari akan tiba masanya insan lain akan hanya menjadi pemerhati, hanya menumpang gembira dan sedih yang akan saya lalui..

Setiap kekuatan, setiap kudrat ini milik Allah..kita hanya menjadi peminjamnya..kita tidak punya apa-apa..malah untuk mengerakkan jari jemari diatas keyboard ini jua atas izin Allah..untuk berjalan ke dewan exam esok juga atas izin Allah...setiap "Tawa dan Tangis" ini jua atas izinnya..segala-gala nya atas izin Allah...kita hanya hamba yang kadang-kadang megah dengan diri sendiri, merasa diri hebat dengan pencapaian sendiri hingga lupa semua itu milik sang Pencipta...Ya Rabb jangan murka pada kami...kami hanya hamba yang penuh dengan palitan dosa..beri maafMU pada kami..tunjuki kami jalan menuju redha-Mu~


"Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, Dan sesunggunya Dialah yang mematikan dan menghidupkan, Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan laki-laki dan perempuan, dari mani apabila dipancarkan, dan sesungguhnya Dialah yang menetapkan penciptaan yang lain (kebangkitan setelah mati), dan sesungguhnya Dialah yang memberikan kekayaaan dan kecukupan." (An-Najm54: 42_48)









Posted by misoshiru2312 at 13:39 1 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.