skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ▼ 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Kaya Tapi Miskin

Saturday, 19 April 2008

Singapura sentiasa menduduki kelompok teratas dalam pelbagai tinjauan berdasarkan ukuran material seperti mesra perniagaan dan pencapaian ekonomi tetapi kedudukannya terbalik apabila faktor lain diambil kira.

"Dari segi kebebasan media, kebahagiaan, malah hubungan seksual serta percintaan dan sebagainya, kedudukan Singapura sangat rendah.

"Adakah kami mencapai kemakmuran material ini dengan mengorbankan aspek lain? Rohani, jiwa, hati, perasaan, apa sahaja yang hendak kita gambarkannya?" kata Catherine, 66, dalam wawancara dengan AFP.

Agak menarik artikel ini...saya tertanya-tanya, kalau Singapura begini..bagaimana dengan Malaysia?? Adakah Malaysia sama saja ataupun miskin kedua-duanya?? Mungkin juga kaya kedua-duanya??..huh..


Singapura Kaya tapi Miskin Rohani
Utusan Malaysia 19/04/08

Posted by misoshiru2312 at 19:06 2 comments    

Labels: perkongsian

Bola Besi

Bola Besi


Alhamdulillah..semalam saya sempat meluangkan sedikit masa bertadarus, belajar tajwid, perkongsian ilmu dan nasihat seterusnya makan malam bersama-sama dengan jelitawan Iwatetachi yang teramat disayangi...walaupun tanpa kehadiran 2 orang sempai yang tidak dapat menghadirkan diri lantaran kesibukan kenkyu mereka..but it`s ok..inshaAllah ada rezeki nanti cerita ini akan dikongsi bersama mereka pula..=)

Istilah dan perumpamaan bola besi ini saya belajar sewaktu jaulah tempoh hari,saya masih ingat ustaz sampaikan ini pada hari2 terakhir kami di Dublin, Ireland...walaupun mungkin ada sesetengah daripada kita yang merasakan perkara ini agak remeh..namun bagi saya inilah basic dalam kehidupan setiap insan.....

AQIDAH

Dari sudut bahasa AQIDAH diertikan sbg: Ikatan atau sangkutan, atau menyimpukan sesuatu


Dari sudut istilah AQIDAH diertikan sbg: Keyakinan ataupun keimanan terhadap sesuatu dan tidak akan terungkai oleh mana-mana pengaruh samaada dari dlaman mahupun luaran

Pengertian Aqidah dalam Al-Quran adalah, keimanan kepada Allah swt yakni mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah swt berperan sebagai Rabb (رب), Malik (ملك), dan Ilah (إله) seperti dapat dilihat dalam surah al-Fatihah ayat 1, 3, 4, surah an-Naas ayat 1, 2, 3. Berdasarkan ayat di atas, Aqidah Islamiyah dapat disimpulkan dengan rumusan Tauhid Rububiyah, Tauhid Mulkiyah, dan Tauhid Uluhiya

Secara ringkasnya disini saya sertakan pengertian Tauhid Rububiyah, Tauhid Mulkiyah dan Tauhid Uluhiyah yang saya catat ketika perbincangan dengan kak Mira minggu lepas:

Tauhid Rububiyah: Meyakini hanya Allah S.W.T yang mencipta, memiliki dan memberi rezeki kepada manusia.


Tauhid Mulkiyah : Meyakini bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang memerintah, membuat hukum dan melindungi manusia.

Tauhid Uluhiyah : Meyakini Allah lah satu-satunya yang disembah dan layak disembah dan Allah lah matlamat utama kita.(Ibu kpd segala matlamat)


Berbalik kepada cerita Bola Besi ini...Bola Besi ini terdiri daripada 3 lapisan, lapisan paling dalam adalah lapisan yang diisi oleh Aqidah, Tasawwur. Manakala lapisan kedua terdiri daripada hati, emosi dan segala yang bersangkut paut dengan perasaan dan lapisan terakhir sekali iaitu lapisan paling luar pula diisi dengan pemakaian,perilaku,hobi dan segala yang bersangkut paut dengan luaran setiap insan...dan kita bahagikan Bola Besi ini kepada dua iaitu Bola Besi Muslim dan Bola Besi Kafir...

Seperti yang kita sedia maklum salah satu sifat besi ialah senang melebur...dan sekiranya kita telah memahami Aqidah kita yang sebenar..lapisan paling dalam itu akan melebur dan seterusnya mengenai lapisan kedua yang terdiri daripada hati,emosi dan perasaan..apabila leburan tersebut sudah menembusi lapisan kedua...leburan itu juga secara automatiknya akan menembusi lapisan ketiga yang terdiri daripada perilaku, pemakaian,hobi dan apa saja yang nampak pada luaran setiap insan...kesimpulan yang dapat dibuat dari teori Bola Besi ini ialah,
untuk melahirkan seorang insan yang benar-benar mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslim yang sejati..aqidah kita perlu dihadam,diyakini dan perlu difahami dengan sebenar-benar kefahaman. One point yg perlu ditekankan disini bahawa Aqidah kita sebagai seorang muslim bukanlah sekadar aqidah yang dihafal dan ungkapan di mulut semata-mata...kita mahukan setiap apa yang terbit dari jasad kita ini didasarkan kepada Aqidah yang benar...

Setiap insan dimuka bumi ini punya Bola Besi masing-masing, malah org kafir jua punya Aqidah mereka sendiri..dan seperti yang kita lihat sekarang..ramai Muslim yang terikut-ikut dengan cara hidup orang kafir secara sedar mahupun tidak..dari segi gaya hidup mahupun pemikiran..apa yang dapat disimpulkan disini..orang kafir telah meleburkan lapisan terdalam bola besi mereka seterusnya leburan bola besi mereka telah melebur sehingga palitannya juga terkena Bola Besi orang Muslim..yang dikesali, lapisan terdalam Bola Besi umat Islam zaman kini kebanyakannya tidak lagi tembus malah sangat mudah terpalit dengan leburan Bola Besi orang kafir..pointnya disini, Bola Besi kita tidak tembus untuk mempengaruhi Bola Besi orang kafir malah terlalu senang untuk terpalit dengan leburan Bola Besi mereka....

Saya juga masih memeriksa Bola Besi sendiri..masih dalam proses untuk meleburkan lapisan terdalam Bola Besi untuk menembusi lapisan kedua juga ketiga..tiada lain yang kita harapkan kecuali redhaNya...dan kita perlu ingat proses ini adalah satu proses yang berterusan dan bukannya suatu proses yang hasilnya akan kita perolehi dalam sebulan dua..mari kita muhasabah diri masing-masing....

Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya...tidak kira siapa pun kita..sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar..cuma, kita perlu berusaha ke arah itu...carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu..InshaAllah....

p/s: Mungkin tulisan ini lebih menarik sekiranya disertakan dengan perjalanan dakwah Rasulullah menanamkan Aqidah dan Tasawwur yang mantap ke dalam diri setiap sahabat ketika dakwah 13 tahun di Makkah...tapi saya terlalu penat untuk menaip hari ini..gomennasai..lain kali inshaAllah kita cerita lagi


"Saya mengimpikan Bola Besi yang tembus..."=)










Posted by misoshiru2312 at 17:35 10 comments    

Labels: perkongsian

Tuesday, 15 April 2008

Alhamdulillah..saya terbangun agak lewat malam ini..dari waktu dan kebiasaannya saya bangun malam sebelum ini..melihat meja study yang agak tidak tersusun,dengan kertas-kertas yang saya photostat sebentar tadi..semuanya untuk report jikken minggu ini..ya, minggu ini jikken kagaku (eks kimia) saya akan bermula..dari hari rabu dan seterusnya berlarutan sehingga ke hari jumaat..terdiam sejenak..bagaimana agaknya kehidupan selepas ini..huh..busy3^^

...............................
Jari jemari tekun menekan keyboard pc..dari satu website ke satu website..emel dibuka..dan saya teruja menerima emel dari ahli2 JR dan juga ustaz..setiap catatan pengalaman mereka dengan tekun saya amati...bagaimana agaknya sahabat2 di tempat lain bergerak dan bekerja...banyak yang mereka lakukan..alhamdulillah..dan saya terdiam lagi kali ini..saya amati perjalanan hidup saya sekembalinya saya dari UK dan Ireland tempoh hari.."Apa yang aku dah buat??"..."Komitedkah aku dengan jalan ini??"...agak lama saya berfikir..."Bangun dari tidur tadi pun...aku lebih berat memikirkan hal-hal dunia.." saya capai headphone, yg ada dalam fikiran saya saat itu adalah insan yang kata-kata nya bisa membuat saya tenang...saya tekan namanya dalam list akaun skype saya..

: Eh tak tido lagi?..dah lewat ni..kenapa?
: mmm...(saya ceritakan semuanya)
: Once kita dah pilih jalan ni, kita kena komited...bukan semua orang dapat kefahaman ni.ramai orang yang nak..tapi kita yang Allah pilih..so no turning back lagi adikku..At the same time..kita kena study betul-betul..kalo study kita teruk..susah kita nak dakwah orang lain..xde sapa yang ikut cakap kita kalo imej study kita buruk..so study pun kena jaga juga..jadikan kecemerlangan akademik tu sbg satu kelebihan untuk menguasai org lain..kita nak jadi daie kan..so kita kena buat something yang buat org lain respect kat kita..berfikir tentang jikken tu bukannya bermaksud kita lebihkan hal-hal dunia..tapi letakkn niat dalam hati..kita selesaikan hal-hal jikken tu supaya mudah kita nak buat kerja dakwah nnt..fikirlah sendiri..seimbangkan ke2-2nya..lagi satu, kerja yang kita buat ni, hasilnya bukan datang sekelip mata..kita kena sabar..jalan masih panjang, kita akan diuji dengan bermacam-macam ujian..jgn cepat mengalah..biarlah kita buat kerja pelan2..rancang elok2..dan pastikan ianya berterusan..Nabi pun buat kerja lama..13 tahun kat Makkah...bukannya 2-3 tahun...kita buat kerja ni untuk cari redha Allah..kita bukannya nak nama ataupun pujian..semuanya kerana Allah...ok??

:saya tersenyum...saya perlukan nasihat itu...terima kasih..jazakallah...=)



Tanpa berfikir panjang, saya menyambung report jikken yang perlu saya selesaikan sebelum hari rabu ini..dan kuncinya..saya selesaikan itu untuk memudahkan saya meghadam bhn bacaan untuk majlis tadarus minggu ini dan supaya saya boleh berjumpa dengan kak Mira malam rabu nnt dengan tenang tanpa memikirkan hal-hal jikken ini lagi..=)
Semoga Allah mudahkan semua ini....amin ya Rabb..


"Tiadalah AKU jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah AKU. AKU tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan AKU tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan pada-KU. Sungguh ALLAH, Dialah pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh"
Adz- Dzariyat (51: 56-58)

Posted by misoshiru2312 at 02:30 4 comments    

Labels: perkongsian

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.