skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ▼ 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ► 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

2-2 pon comey..:)

Saturday, 19 January 2008


Video 1



Video 2


Assalamualaikum everyone...:)

Tengah saya busy membaca buku "yuukikagaku"=organic chemistry...tetiba teringat pula dengan 2video yang saya tonton di Chiba tempoh hari..taktaula macammn bole teringat time tengah busy menghafal persamaan kimia..hihi..semua dengan izin ALLAH...:)

Lebih elok untuk kita kongsi bersama jyanai....
Cuba anda lihat 2 video diatas...

Video 1:
Budak kecik comey yang hafal lagu Anuar Zain, xtau la pula sapa nama dia..:)

Video 2:
Budak kecik umur 3 tahun yang sangat comel bernama Basmallah bercerita mengenai kisah Rasulullah dan orang Yahudi...:)

setelah menonton kedua-duanya...apa kesimpulan yang boleh anda buat??

Persekitaran sekeliling mempengaruhi fikiran...itu kesimpulan yang saya buat...
anda bagaimana??

Bayangkan kalau Malaysia bumi tercinta kita itu diisyhtihar sebagai tanah perang..ada masa ke nak bagi anak2 kita hafal lagu2 cintan cintun ni...rasanya pada saat dan ketika itu, kita xde masa untuk perkara2 sebegini...ya, kerana kita sibuk mendidik generasi kita mencintai bangsa dan tanah air sendiri dan membenci para musuh...cuba kita lihat bagaimana nenek moyang kita di ajar membenci orang Jepun suatu ketika dulu, hinggakan ada antara kita yang di larang untuk menyambung pelajaran ke Jepun oleh nenek atuk kita hanya kerana kisah penjajahan dahulu kala itu..lihat saja kanak2 kecik Basmallah ini....

Ini hal berkaitan agama kita bukannya bangsa mahupun keturunan,kerana kita orang melayu kita tidak perlu tahu mengenai isu Palestin...bukan begitu sahabatku..anak2 kita perlu tahu siapa itu zionis..apa tujuan mereka..apa matlamat mereka terhadap agama kita...bagaimana mereka berusaha untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan niat mereka melaksanakan projek "The Great Jurusalem" yang diinisiatifkan oleh Ariel Sharon itu..memusnahkan kawasan Al-Aqsa dan menggantikannya dengan kuil Yahudi(haykal) ... perlu ada usaha untuk menyemai rasa tanggungjawab dan ambil peduli terhadap bumi palestin..dan sedaya upaya kita tidak mahu melihat apa yang terjadi di Palestin itu hanyalah sebagai isu bangsa arab sahaja...ini masa depan agama kita sahabatku...Al-Aqsa itu bukan tanggungjawab rakyat Palestin sahaja..malah tanggungjawab bagi sesiapa yang bergelar Muslim..

Saya cukup beremosi dengan isu Palestin ini...ingin bercerita panjang lebar..tapi ilmu tentang Palestin ini belum saya hadam habis lagi...dan saya syorkan anda membaca buku tulisan ust Maszlee Malik bertajuk "Al-Aqsa dalam bahaya"

Dan bagaimana kita sentiasa merasa diri berada di zon selamat..tanpa menyedari sebenarnya minda masyarakat kita sedang dihancurkan...malah boleh kita kata telah dihancurkan....

Tapi,keadaan sekeliling negara kita sekarang tidak menjadi halangan bagi kita untuk mendidik anak dengan kaedah yang betul menurut syariat Islam..untuk melahirkan kanak2 seperti Basmallah, kita tidak semestinya perlu hidup di bumi yang bergolak..kalau kita cuba memahami dan berusaha bekerja untuk agama ALLAH..inshaAllah..dimana saja kita berpijak di bumi Allah ini, baitul muslim akan tertegak jua...:)



"Leburkan Segala Geografi dan Keturunan dengan AQIDAH"



teringat anak2 buah saya yang seramai 12 org di Ranau...:(

Posted by misoshiru2312 at 17:28 3 comments    

Labels: perkongsian

(^^)....

Monday, 7 January 2008

sayounara dari Cik Husna..:)


Akhirnya masa untuk berpisah tiba jua...alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..:)..minna arigatounee,mata aimasyou..semoga apa yang kita perolehi kali ini membawa manfaat pada kita semua juga insan2 di sekeliling kita..insyaAllah..:)..terima kasih yang x terhingga untuk Cik Una dan Cik Nani yang sudi menumpangkan kami bermalam di rumah mereka sehari sebelum ke tempat program...seronok berjumpa Cik Haz,Cik Husna,Cik Nani, CikUna,Cik Ayu,Che Sue,Cik Suraya,Cik Nurrina dan yang sentiasa di sisi saya Cik Mad dan CikSiti...(sekadar menyebut beberapa nama)..selesai program di Chiba, saya terus mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Nagoya..walaupun perjalanan mengambil masa hampir 10jam dengan menaiki futsu densya (train biasa) dan terpaksa membatalkan niat untuk merasa tom yam di sebuah restoran di Tokyo bersama sahabat2 yang lain..saya tekad untuk meneruskan perjalanan..kerana saya terlalu ingin bertemu dengan mereka2 yang berjasa membawa saya ke jalan ini..biar penat dan susah sekalipun saya gagahi jua..kerana insyaAllah ukhuwwah itu akan meleburkan segala kepenatan dan susah payah ini..dengan izin Allah..:)..maafkan saya Cik Siti,Cik Ayu dan Cik Mad..kerana saya...kalian susah..:(


KobeS tachi...:)

Setelah selesai segala-galanya di Nagoya..saya dan Cik Mad teruskan perjalanan dari Nagoya ke Kobe..alhamdulillah Allah izinkan jua saya bertemu dengan sahabat2 yang sudah lama saya tidak berhubung dan berjumpa...gembira berjumpa Cik Ayu,Cik Adil,Cik Izzah dan Cik Wannur..satu benda yang saya perasan,kali ini saya berjumpa dengan Cik Izzah, sahabat saya yang paling tinggi di AAJ dan juga Cik Siti, sahabat saya yang paling kecik dan comey di AAJ..hihi..dan rupa2nya saya yang di label "kaki gossip" di AAJ, masih memegang gelaran itu walaupun tidak dapat mengalahkan Cik Ichi Yamagata..hihi..mana2 saya pergi semua akan bertanya gossip2 terbaru..huhu..bilala agaknya label "kaki gossip" ini akan hilang...saya sendiri pun menanti waktu dan detik itu..aisey..:)
Hari-hari di Kobe dipenuhi dengan "shopping"..memburu "fuku bukuro"(lucky bag) sempena shogatsu(New Year)..hari pertama kami, start dengan pusing2 bandar Kobe...:)


Cik Siti bersama Kak Wardah n kak Pici...:)

Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah untuk solat di Masjid Kobe..alhamdulillah, betapa kerinduan pada rumah Allah akhirnya terubat juga.usai solat..kami terserempak dengan sekumpulan pelajar2 Indonesia yang sedang berprogram di Masjid tersebut...betapa saya kagum dengan akhlak mereka, dengan peribadi mereka..mereka menegur kami seolah2 telah lama kenal, dan mereka sangat peramah..betapa perasaan rendah diri menguasai saya waktu itu,namun cepat2 saya buang jauh perasaan itu, terus berborak2 dan sempat mengambil gambar 2 orang kakak bersama Cik Siti ...:)


Makan..:)

Inilah tempat yang selalu dikunjungi bila datang ke Kobe..ini adalah restoran makanan laut dan makanan yang disediakan semuanya sedap2..dan sangatla rugi bagi mereka yang alah kepada makanan laut seperti sahabat saya Cik Mad..hihi..sebab tu Cik Mad banyak makan dessert saja...ini kali kedua saya berkunjung ke restoran ini..tiada apa yang berubah..cuma kali ini para pelayan yang kacak2 sudah bertambah di restoran ini..mulanya saya xperasan,tapi Cik Izzah la yang sebok bergossip,almaklumlah saya tidak memakai cermin mata waktu itu sebab tu xnampak sangat..selamat mata ni...hihi...:)


Kamera yg kurang berkualiti..=P

Selesai makan kami bergerak menuju tempat ni..hihi..xingat nama la pulak...pada sahabt2 kat Kobe sila bgtau nama tempat ni ye..diriku terlupa..:)...thanks to Cik Izzah n Cik Adil yang sudi temankan kami meninjau2 tempat ni..lain kali korg dtgla Iwate dan mari kita sama2 melawat ladang ternakan bebiri kami..kihkihkih...:)


Sepanjang Jalan...:)

Kami bertolak dari Kobe ke Gifu dengan menaiki train dan perjalanan ini mengambil masa selama 4jam.Minta maaf kepada sahabat2 di Kobe kerana rancangan ini dibuat terburu2(xsempat nak merasa asam pedas Johor Cik Adil)..mulanya kami bercadang untuk terus balik ke Tokyo keesokan paginya, tapi kerana masalah terlebih 18kippu, kami perlu menghabiskan tiket2 tersebut dan mengambil keputusan untuk melawat kak ateen dan Cik Mimi di Gifu..ada hikmahnya disini, sebabnya dah lama x jumpa Cik Mimi dan ada banyak benda yang ingin saya luahkan kepada kak ateen..hihi..kedatangan kami ke Gifu penuh dengan dugaan,memandangkan kami tiba agak lewat di Gifu,kami terpaksa menaiki teksi ke apartment Mimi n kak ateen,timbul pula masalah bila pemandu teksi xtahu alamat yang kami tunjukkan,lebih2 lagi bila saya ngn cik Mad baru pertama kali menjejakkan kaki ke Gifu..dan Cik siti pula tidak pasti arah jalan ke rumah mereka..at last, kami diturunkan di bangunan "nougakubu"(faculty of agriculture) gifudai (kemana2 saya pegi,mesti ada chemistry dengan bebiri)....yang rupanya cuma bersebelahan dengan rumah Cik Mimi n kak ateen..tapi, saya memuji sikap pemandu teksi yg kami naiki itu, dia sangat bersungguh2 untuk mencari alamat yang betul dan sanggup memberhentikan meter teksi kerana harga tambang yang hampir mencecah 4oooyen..huhu..alhamdulillah sampai juga ke destinasi sebenar.Thanks to Cik Mimi yang sediakan makan malam dan breakfast yang sgt sedap untuk kami, dan cian kat kak ateen yang xdapat nak laksanakan rancangan asalnya untuk buat "nabe" kat kitorang...lain kali ada rezeki kami datang lagi ya...


Comel..:)

Dalam perjalanan dari Gifu ke Tokyo, kami berjumpa dengan budak lelaki yang sangat comel ini..sempat meng`usha` dan mengambil gambarnya..nasib baik xkena tahan polis sebab main tangkap gambar orang..huhu...kami berada dalam car yang berbeza,kalau anda perasan ada pintu pemisah antara tempat duduk kami dan tempat duduk budak lelaki ini..sebab tu xsempat nak berborak dengan budak comel ni..cuma jeling2 manja ngn buat isyarat tangan je dengan dia..hihi..sgtla lawak bila diingat kembali...hari ini dia melihat sesuatu yang baru dalam hidupnya,melihat manusia2 yang kepalanya "berbungkus"..dan waktu itu terdetik di hati saya, harap2 suatu hari nanti ,budak ni akan berjumpa dengan seseorang yang boleh menyampaikan risalah Islam padanya, InsyaAllah..:)..

Thanks a ton to Cik Mad yang terlalu banyak bersabar dengan kerenah deskmate mu ini....
Dan minta maaf kat skulmate saya yang saya chat dengannya kat ym..dan kata, saya ryoko(melancong) ke India..sebenarnya xdepun pi India..kat Jepon saja..hihi...

"Semoga Ukhuwwah ini kekal berpanjangan walau kita terpisah jauh di bumi Jepun ini..dari utara ke selatan..dari Hokkaido ke Okinawa...."

Posted by misoshiru2312 at 10:43 6 comments    

Ukhuwwah bonds us together,Aqidah tights us 4ever..:)

Saturday, 5 January 2008


Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Ya ALLAH...
Tetapkan hati-hati ini pada jalan MU..amin Ya Rabb..

p/s:mari sama-sama amalkan doa rabitah..pengikat hati kita semua..amin..:)

Posted by misoshiru2312 at 03:04 0 comments    

Sayounara Jahiliyyah..youkoso Islam...

Friday, 4 January 2008

"ketika melihat binatang-binatang kecil (ulat atau serangga lain) memasuki buah, pohon-pohonan dan melubanginya, saya merasa memperoleh pelajaran darinya, bagaimana musuh-musuh Islam bekerja untuk merosak dan menghancurkan Islam. Mereka berusaha mengosongkan kandungan Islam baik yang berkenaan dengan akidah, amaliyah, mahupun akhlaknya, hingga tinggal kulitnya yang nampak tak berisi, kemudian divonisnya sebagai sesuatu yang layak dibuang ke keranjang sampah. Begitulah mereka bekerja dan melakukan tipu dayanya untuk merosakkan Islam"-(Prof Dr. Abdul Rahman H.Habanakah)

Assalamualaikum everyone..

Alhamdulillah saya berpeluang untuk update lagi hari ini..selepas berjalan-jalan di Ibaraki tempoh hari..saya menghadiri program Winter Gathering selama 3 hari 2 malam di Kazusa Ichinomiya, Chiba. Tema program kali ini adalah "sayounara Jahiliyyah, Yokoso Islam"...dalam bahasa melayu nya bermaksud..."Selamat Tinggal Jahiliyyah, Selamat Datang Islam".

Dengan ceramah ustaz yang amat memahami kehendak remaja masa kini dan ceramah yang mudah difahami, alhamdulillah saya bersyukur kerana terpilih untuk menyertai program kali ini.Disini ada beberapa pengisian yang saya rasa elok untuk di kongsi bersama sahabat2 semua..:)

"GHAZWATUL FIKRI"

Pengertian dari segi bahasa:
Ghazwatul fikri terdiri daripada 2 kata; ghazwah dan fikr, ghazwah bererti serangan, serbuan. dan fikr bererti pemikiran.

Pengertian dari segi istilah:
Serangan dengan pelbagai cara terhadap pemikiran umat Islam untuk merubah apa yang ada di dalamnya sehingga tidak lagi mampu membezakan dirinya dari hal-hal yang benar kerana telah tercampur aduk dengan hal-hal yang tidak islamik.

Bagaimana Ghazwatul Fikri memusnahkan Umat Islam:

*MEMBATASKAN PENYEBARAN AJARAN ISLAM

1. Tasykik(pendangkalan/ragu-ragu)
Gerakan yang berupaya menciptakan keraguan dan pendangkalan umat Islam terhadap agamanya...

2. Tasywih(pencemaran/pelecehan)
usaha orang kafir untuk menghilangkan kebanggaan kaum muslimin terhadap Islam dengan menggambarkan Islam secara buruk.

3.Tadhlil(Penyesatan)
Usaha orang kafir menyesatkan umat Islam bermula dari cara yang halus sehinggalah ke cara yang kasar.

4.Taghrib(Pembaratan/westernisasi/kafirinisasi)
Gerakan yang sasarannya untuk mengeliminasi Islam, mendorong kaum muslimin agar mahu menerima seluruh pemikiran dan perilaku orang kafir.


*MENYERANG ISLAM DARI DALAM

1.Penyebaran fahaman sekularisme, yakni memisahkan agama dengan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

2.Penyebaran fahaman nasionalisme sempit, yakni nasionalisme sempit yang membunuh roh ukhuwwah islamiyah yang merupakan asas kekuatan umat Islam.

3.perosakan akhlak umat Islam terutama para pemudanya.

4.Penyusupan fahaman2 animisme dan dinanisme dalam tubuh pemahaman Islam

5.Pemutarbalikkan pemahaman Islam yang Hanif.

Ini adalah tajuk pertama yang kami bincangkan dalam program tersebut...dan seterusnya ada lagi perbincangan mengenai Sekularisme,Freemason,Kristianisasi dan Hedonisme.

Dan disini..dapat kita lihat bahawa musuh2 islam sejak dahulu kala lagi telah mengatur strategi yang amat teliti untuk memisahkan Umat Islam dari kehidupan beragama..menjadikan hati-hati Umat Islam curiga dan ragu-ragu terhadap agama yang syumul ini..nauzubillah..Kita sebenarnya telah dijajah terlalu lama..pemikiran kita telah disogokkan dengan fakta2 yang bersifat berat sebelah..dengan mengagungkan setiap kejayaan dan fahaman yang dibawa oleh para pemikir barat.Hingga apa yang kita lihat di zaman ini..umat Islam tidak lagi mempraktikkan ajaran agama ini sepenuhnya..hanya mengambil sebahagian sahaja dari ajaran agama ini dan meninggalkan sebahagiannya.Sebagai contoh, hanya mempraktikkan ajaran agama dalam urusan2 perkahwinan dan meninggalkan ajaran agama dalam bidang lain seperti urusan jual beli dan juga ekonomi...dan seharusnya kita perlu sedar bahawa musuh2 umat Islam amat peka dengan kelemahan2 kita..dan kejayaan terbesar mereka adalah menjauhkan umat Islam dari kitab suci Al-Quran.


Disini, ada satu kisah yang saya rasa kita semua perlu tahu;

Suatu ketika di perang salib, seorang petinggi kaum Palangis tertangkap oleh pejuang-pejuang penegak agama Allah dan ditawan. Sang Petinggi ini diperlakukan sangat baik selama ditawan. Ada satu hal yang membuatnya berfikir, setiap malam ia memperhatikan sang penjaga berlinangan air mata saat membaca kitab sucinya. Dia puas berfikir bagaimana seorang yang begitu perkasa di medan tempur dapat menangis sedemikian rupa di malam hari ketika membaca Al-Quran. Akhirnya dia membuat kesimpulan bahawa di situlah letaknya kekuatan kaum Muslimin. Selama beberapa pertempuran fizikal mereka tidak berjaya mengalahkan kaum muslimin, ternyata ada suatu sumber kekuatan yang Maha dahsyat yang memberikan motivasi yang begitu kuat kepada kaum muslimin. Dia lalu mengirimkan surat kepada pasukannya yang mengkhabarkan bahawa jika ingin mengalahkan kaum muslimin, tidak melalui fizikal tetapi mereka harus dijauhkan terlebih dahulu dari kitab sucinya. Dan ternyata mereka beroleh kemenangan setelah umat islam mulai jauh dari kitab suci Al-Quran (Umat Islam tidak lagi mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka,dan dalam segala urusan).


Ada banyak lagi yang boleh kita kongsi bersama dari program yang saya sertai kali ini, insyaALLAH jika ada kelapangan saya akan update lagi selepas ini..:)
Dan saya syorkan buku tulisan Harun Yahya yg bertajuk "ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM"...(kalo ada sesapa yang nakkan bahan bacaan ni, insyaALLAH kita boleh kongsi bersama..:)





sumber:
buku program..:)












Posted by misoshiru2312 at 08:23 4 comments    

Labels: perkongsian

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.