skip to main | skip to sidebar

About me

My photo
misoshiru2312
Segenap jiwa, seluruh hidup medamba RAHMAH dari NYA.. Bertatih mewarnakan jalan hidup, tidak sendiri malahkan berteman..temannya siapa jua yang sejalan dengannya. Masih lagi seorang ADIK..yang sedang belajar bagaimana menjadi seorang KAKAK. Cintanya pada bumi sakura bukan kerna kemewahan yang ada padanya..Bumi Sakura menjadi saksi..diatasnya dia berkenalan semula dengan Yang Maha Agung..di atasnya juga dia bertemu jalan hidup seorang MUSLIM 51:56,2:30.. Punya banyak impian..satu impiannya yang mahu dikongsi semua.."Berbaiah dengan seorang khalifah di bawah naungan Khilafah Islamiyah"..doakan~
View my complete profile

Sushi dari Misoshiru

  • Bara api yg digenggam RIJAL (30)
  • Hikmah (5)
  • pena dari hati (23)
  • perkongsian (9)
  • Why MISOSHIRU? (1)

Archive

  • ► 11 (1)
    • Aug (1)
  • ► 10 (15)
    • Nov (1)
    • Oct (1)
    • Jul (1)
    • Apr (2)
    • Mar (2)
    • Feb (2)
    • Jan (6)
  • ► 09 (47)
    • Dec (5)
    • Nov (4)
    • Oct (4)
    • Sept (1)
    • Aug (4)
    • Jul (2)
    • Jun (1)
    • May (1)
    • Apr (3)
    • Mar (7)
    • Feb (10)
    • Jan (5)
  • ► 08 (28)
    • Dec (1)
    • Nov (4)
    • Oct (5)
    • Aug (1)
    • Jul (4)
    • Jun (1)
    • May (3)
    • Apr (3)
    • Mar (1)
    • Feb (1)
    • Jan (4)
  • ▼ 07 (15)
    • Dec (5)
    • Nov (3)
    • Oct (3)
    • Sept (1)
    • Aug (1)
    • Jul (1)
    • May (1)

it`s a life of test

Hidup ini indah bila semuanya kerana DIA..~^

Genki kanaaa..

Monday, 29 October 2007

Takamatsu ike..Iwate..



Tujuan sebenar blog ini bukanlah untuk menulis luahan hati, awalnya sekadar suka2 untuk merakam setiap detik indah di iwate ini,namun akhir-akhir ini aku terpanggil untuk menulis apa saja yang aku rasa...:)
Sekadar untuk kepuasan diri sendiri,bukan untuk ditatap dan dihayati orang lain..:)
Sahabat2 di luar sana semuanya sedang sibuk...really2 need sum1 to talk to right now....dan akhirnya jari jemari ini terasa ingin menari-nari di atas keyboard..walaupun sekadar catatan yang agak ringkas.....i`m missing everyone.....:(


I refuse to be discouraged,
To be sad, or to cry,
I refuse to be downhearted,
And here's the reason why...

I have a God "Allah" who's mighty,
Who's sovereign and supreme,
I have a God "Allah" who loves me,
And I am on His team.



`Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu,
Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis`
( An-Najm,53: 42,43)

Posted by misoshiru2312 at 19:54 4 comments    

Need a brave heart...

Friday, 19 October 2007

sekiranya jalan bahagia itu ada di depan mata............



Untuk sampai ke tahap ini, aku memerlukan masa yang terlalu panjang....Kembali mencari makna hidup sebenar..setelah terlalu jauh menyimpang dari tujuan asal.kehadiran che sue dan kak aimi utk usrah yang lepas benar2 memberi sinar dalam hidup aku...alhamdulillah..ALLAH izinkan semua ini berlaku...terima kasih utk kak aimi dan che sue..semoga segala usaha kalian diberkati ALLAH s.w.t..


Hati terasa sedih dan sayu hari ini..mungkin juga kerana pengaruh cuaca di iwate yang semakin hari semakin sejuk ini...aki(autumn) dengan suhu 9drjh...ditinggalkan housemate yang sibuk dengan hal masing2...berhijrah sebentar ke rumah jiran sebelah..sekadar berbual kosong...


Merenung sebentar perjalanan hidup selama 1thn 8bulan di iwate ini...terlalu banyak masa yang aku sia-sia kan...terlalu banyak memikirkan hal2 yang belum pasti..terlalu banyak melupakan Dia penciptaku...dan aku menyedari sesuatu...terlalu lama aku menangis mencari jawapan kepada kekalutan jiwa yang aku hadapi...ya...ALLAH s.w.t tidak ketemukan aku dengan jalan ini, kerana selama ini aku menangis kerana hilangnya bahagia duniawi...aku tersasar dari makna sebenar taubat...aku tidak menangis keranaNYA..aku tidak menangis kerana dosaku yang terlalu banyak ini...


20 tahun 10 bulan aku hidup..dan dalam usia ini...baru aku mengerti sebenar tujuan hidup..syukur Alhamdulillah...aku temui jalan ini..aku berani mencipta keputusan sendiri untuk meninggalkan apa sahaja yang aku sayangi demi bahagia menujuNYA...dan aku temui ketenangan sebenar buat pertama kalinya...buat pertama kalinya aku mampu memaafkan diri sendiri..membuka jalan untuk mengubah diri..kerana menyedari ALLAH s.w.t itu Maha Penyayang...sedangkan Sang Pencipta memberi keampunan kepada makhlukNYa...terasa kebodohan yang teramat sekali kerana menutup peluang untuk berubah selama ini...


`Biarlah tiada satu pun manusia yang mampu menerima aku kembali...kerana aku ada DIA yang mampu menerima ku walau seberat mana kesalahan ku selama ini...Ya Rabb..hadirkan cintaMU dalam hati dan jiwa ini...`



Wahai orang –orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu seorang Muslim” [Al-Imran,3:102]




Posted by misoshiru2312 at 19:16 5 comments    

Eidul Fitri 1428H

Tuesday, 16 October 2007


Iwatetachi , Eidul Fitri 1428H



Subhanallah..koyo di hari raya ke2


Ini masuk kali kedua aku beraya di bumi indah Jepun ini..rasanya tiada apa-apa yang berbeza dari hari2 yang lain..cuma rasa sedikit sedih kerana rasanya aku terlalu banyak mensia-siakan ramadhan sebelum ini..dan aku biarkan bulan penuh berkat itu berlalu begitu saja..semoga ada rezeki untuk kita bertemu dengan ramadhan di tahun seterusnya..amin..


Post ni aku berkesempatan untuk tulis pada hari raya ke4..x sedar rupanya dah masuk hari ke 4 kita beraya..tiada apa2 yang istimewa bagi aku..walaupun bergembira pada hari raya pertama dan ber`koyo`(akt melihat daun2 luruh) pada hari kedua..tapi rasanya, bagaimana gembira sekalipun aktiviti disini..raya di ranau dengan kehadiran mak lebih bermakna...


Terima kasih utk sahabat2 se`batch`..sempai2..kohai2...untuk raya yang best tahun ni...

semoga syawal ini juga akan penuh barakahnya sama dengan ramadhan yang telah lepas...:)

Posted by misoshiru2312 at 17:50 2 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod.